Ketika tuan rumah hanya selangkah untuk menempa sejarah, Stadium Hang Jebat terpaksa bergelap gara-gara terdapat gangguan bekalan elektrik.
Menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), gangguan tersebut menyebabkan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia melibatkan Melaka United dengan Kuala Lumpur (KL) City itu terpaksa ditangguhkan selama 30 minit.
ARTIKEL MENARIK:Pandelela Rinong Jelas Sebab Dedah Sikap Jurulatih Melawak Lucah
“Terdapat masalah gangguan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) sedang dalam usaha membaik pulih. Perlawanan Melaka United FC lwn Kuala Lumpur City FC dijangka akan bermula pada jam 9.30 malam,” kata MFL menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.
Pandangan dari dalam stadium ketika penonton menyalakan lampu. Melaka United hanya selangkah untuk melakar sejarah dalam bola sepak negara seandainya dapat menamatkan penantian 100 tahun layak ke final Piala Malaysia.
Stadium Hang Jebat mengalami gangguan bekalan elektrik ketika ini. Sementara itu, KL City kali terakhir berada di pentas akhir kejohanan berprestij itu pada 1989, yang menyaksikan mereka mengesahkan hatrik kejuaraan apabila mengatasi Kedah 2-1. Bekalan elektrik di stadium Hang Jebat trip daripada punca bekalan voltan tinggi 11kv MBMB. Punca trip disebabkan oleh terdapat burung m4t1 di busbar peti pembekal scoreboard. Sumber : Trending Sangat
Kfa Bayar Tunggakan Gaji Pemain. Sekali Terkejut Bila Tmj Boleh Komen Macam Ni Pulak.
ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap tiada lagi isu tunggakan gaji melibatkan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, masalah itu perlu diselesaikan sekiranya benar-benar berlaku.
“Kena tanya pihak KDA FC. Kita harap tidak ada dah (isu tunggakan gaji). Jikalau ada sangkut (tertunggak) kita harap akan usaha untuk menanganinya,” ulas Muhammad Sanusi ketika disoal dakwaan berlaku tunggakan gaji pemain Kedah.
Ia susulan khabar angin gaji pemain itu Kedah tertunggak antara dua hingga tiga bulan yang didakwa menjadi antara faktor pemain kurang mempamerkan semangat dalam perlawanan. Tahun lepas, isu tunggakan gaji pemain Kedah mengejutkan peminat apabila mereka dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji sejak lebih lima bulan sebelum dijelaskan sepenuhnya tahun ini.
” Bila nak lwan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji?”-TMJ
Susulan itu, TMJ di lihat tingglkan komen mengenai isu gaji pemain. Tidak berdiam diri, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah terus memuat naik status menjawab balik dakwaan TMJ tersebut. “La ni bulan sebelaih dah… bulan satu sampai bulan sepuluh kena lwn JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya pelru kapoq tala ikut suka dia…”
Kedah jumpa JDT suku akhir Piala Malaysia
Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC memilih laluan sukar apabila bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir Piala Malaysia pada 14 November ini. Ia selepas Kedah tewas 0-2 kepada Melaka United pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan Helang Merah terpaksa akur mara ke suku akhir sebagai naib juara dengan 12 mata, ketinggalan empat mata di belakang Melaka yang langsung tidak tewas dalam enam perlawanan Kumpulan C. Dalam aksi sebentar tadi, Melaka yang dikendalikan Zainal Abidin Hassan berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain campuran Jerman-Filipina, Manuel Ott pada minit ke-24.
Ia berpunca daripada larian solo penyrng import Melaka, Sony Norde dan melakukan rembatan yang ditepis keluar penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal sebelum Ott membuat percubaan susulan. Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar mempunyai peluang terbaik untuk mengikat kedudukan, namun percubaan jarak jauhnya hanya singgah di palang gol pada awal babak kedua.
Aksi selepas itu lebih banyak dikuasi Kedah apabila kali ini giliran Kpah Sherman pula melakukan percubaan menerusi sepakan gunting tetapi masih gagal menewaskan penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat. Kedah bernasib baik gawang mereka tidak dibolosi buat kali kedua dalam aksi itu disebabkan kesilapan Ifwat ketika menumbuk keluar sepakan percuma pemain sayap Melaka, S. Kumaahran pada minit ke-78.
Walaupun Kedah banyak melancarkan srngan tetapi kredit harus diberikan kepada Melaka yang bermain lebih tersusun dengan beberapa serangan balas pantas berbahaya melalui kelincahan larian Norde. Hasrat Kedah untuk bangkit dalam perlwnan itu tidak kesampaian apabila Giovane Gomes memanfaatkan hantaran lambung daripada Adriano Narcizo untuk menanduk masuk gol kedua Melaka pada minit ke-88.
Kemenangan itu menyaksikan hasrat Melaka mahu mengelak bertemu JDT di suku akhir tercapai dan bakal menentang pasukan tempat kedua Kumpulan D, Sabah yang menyambar slot terakhir selepas menang 1-0 ke atas Petaling Jaya City.
Boleh Pulak Bahasakan Tokti Macam Ni. Sekali Individu Ini Dikritik Gara Gara Tokti Kayuh Guna Lorong Yang Salah.
Tindakan seorang individu mendkwa penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berbasikal menggunakan laluan yang salah akhirnya me.ma.kan diri sendiri. Selain isu laluan, individu itu juga menerusi ciapannya di akaun Twitter miliknya mendkwa Datuk Siti atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ti telah mempromosi budaya berbasikal yang tidak sihat.
“Tok Ti dan Dato K ni ada pengaruh yang kuat untuk promote budaya basikal yang sihat dan beretika tapi sebaliknya mereka pilih untuk jadi those MAMIL yang kayuh dalam big group tayang basikal mahal siap escort 4×4 habis makan jalan dan buat orang lagi benci cylist.” tulisnya. Bagaimanapun hantaran itu ternyata mengundang rasa kurang senang peminat Tok Ti yang membalas kembali kenyataannya dengan nada sinis.
Selepas teruk menerima kritikan, individu tersebut kemudian menetapkan Twitternya dalam mood privasi. Siti sebelum ini memang terkenal sebagai salah seorang selebriti yang aktif melakukan aktiviti berbasikal selain Alif Satar dan Hanez Suraya. Sumber : KL Menjerit
Dikritik Warganet Selalu Guna Filter. TokTi Dipuji Masih Jawab Cara Baik.
Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, penggunaan filter di aplikasi Instagram semakin menjadi pilihan untuk hiburan. Mana tidaknya, ia mampu merubah penampilan wajah yang kusam menjadi bertambah menarik dan lebih segar. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi konsep filter lain yang juga melucukan dan sesekali membuatkan tekanan menghilang sekejap.
TokTi pun suka jugak guna filter…Tak kiralah waktu bergambar atau IG Live
Tidak ketinggalan, penyanyi kesayangan negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut sama menggunakannya. Bukan sahaja ketika mengambil gambar, malah sewaktu melakukan IG Live bersama para peminatnya. Walau bagaimanapun, ada segelintir warganet yang menegur kononnya adalah lebih baik jika artis berkenaan tidak menambahkan features filter berkenaan.
Tapi kadang-kadang filter ni buat kita happy…Sekali-sekala nak benda yang positif
Namun begitu, TokTi langsung tidak melatah dengan teguran individu berkenaan. Malah dengan nada yang cukup lembut, penyanyi tersebut menegaskan merasa seronok ketika bermain dan menggunakan teknologi tersebut. Baginya tidak salah kalau sekali sekala berhibur dengan perkara-perkara yang positif.
Memang pun, filter ni macam satu keseronokan…Dah dibuat filter untuk user pakai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet cukup setuju dengan jawapan yang diberikan oleh TokTi. Dalam pada itu, mereka juga turut penyanyi berkenaan yang menjaga tutur katanya meskipun telah menerima kritikan sebelumnya.
Sumber: Kisah Dunia via Era Kini
Kredit -
Post a Comment