Keghairahan sebilangan penduduk Kampung Bukit Lata, di sini, yang menemui objek seakan-akan emas terjawab, apabila ia disahkan batu biasa oleh pengusaha kedai emas tempatan.
Penemuan batu yang disangka emas itu tular di Facebook Selasa lalu selepas dimuat naik beberapa individu, namun kawasan berkenaan ditutup keesokannya selepas dikerumuni orang ramai termasuk dari luar daerah.
ARTIKEL MENARIK:Selepas Di Beri notis Bertulis 5 Hari, Mnteri KPDNHEP Ddah ‘Tindakan’ Terkini Terhadap Pemllik Kedai Slakap
Penduduk tempatan, Syed Ismail Syed Mamat, 55, mengakui dia antara individu yang turut sama mencari ’emas’ terbabit memandangkan lokasi pencarian hanya 100 meter dari kediamannya.
PENDUDUK kampung yang mencari objek seakan-akan ’emas’ (gambar kiri) di Kampung Bukit Lata. FOTO Ihsan pPembaca
“Kawasan ini sebenarnya tapak pembinaan projek tebatan banjir yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Malah batu itu ditemukan seorang pekerja yang menjalankan kerja di sana.
“Selepas khabar penemuan batu keemasan ini tersebar kepada penduduk kampung, ramai yang menyerbu ke lokasi sehingga ke lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa menutup kawasan berkenaan.
“Bagaimanapun, seorang kenalan saya yang juga penduduk di sini, ada membawa ketulan objek itu ke kedai emas berdekatan yang mengesahkan ia bukanlah emas seperti yang disangkakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Syed Ismail yang juga pesara guru berkata, sehingga hari ini masih ada kenalan yang menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan dia terpaksa menceritakan perkara sebenar supaya tiada yang salah faham.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Azlan Omar, 35, berkata, ramai antara mereka yang benar-benar percaya objek itu adalah emas, tetapi akur ia hanyalah batu biasa selepas disahkan beberapa pengusaha emas.
“Saya sendiri sudah membuang semula beberapa batu yang saya temui ketika turut serta mencari ketulan ’emas’ berkenaan.
“Tidak mengapa, tiada rasa menyesal atau malu kerana ia suatu pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini, lagipun penemuannya memang seakan-akan emas.
“Selepas kisah penemuan ini tular di laman sosial memang ramai ‘orang luar’ yang dilihat datang ke kawasan ini namun ia sia-sia sahaja kerana lokasi terbabit sudah ditutup awal oleh pihak pengurusan bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini,” katanya
Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=642502283408250
Sumber: HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Pakai Emas Sampai Terpaksa Membongkok. Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena Tayang Hantaran Suami.
Sebuah majlis perkahwinan di Hubei, China berlangsung pada 30 September lalu, menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan memakai aksesori emas seberat 60 kilogram.
Tindakan pengantin ini bagaimanapun, meraih kritikan dan ‘simpati’ daripada warganet berikutan dia dilihat sukar untuk berjalan berikutan membawa ‘beban’ yang berada di leher dan pergelangan tangannya.
Lapor Tribun News, pengantin perempuan ini segak mengenakan gaun berwarna putih dipadankan dengan suaminya yang memakai sut hitam. Bagaimanapun, pengantin lelaki terpaksa ‘membongkok’ demi membantu isterinya untuk menanggung beban emas tersebut. Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut risau dengan pengantin perempuan ini berikutan kesukarannya untuk berjalan.
Mengulas lebih lanjut, pengantin perempuan ini memakai 60 gelang emas dan setiap satu gelang tersebut dianggarkan mempunyai berat satu kilogram dan pemberian tersebut merupakan hantaran daripada pihak lelaki yang berasal daripada keluarga berada.
Difahamkan, pengantin lelaki ini juga mempunyai kerja tetap dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Menurut kepercayaan, emas adalah simbol kekayaan, melambangkan status seseorang itu dan dipercayai mampu menghalang roh jahat.
Sumber: Tribun News via apampink
Post a Comment