Tular warga emas jadi penghantar makanan. Rupanya atuk grab dedah tanggung dua anak lelaki tidak berkerja.

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan walaupun sudah berusia 68 tahun.

Tular warga emas jadi penghantar makanan. Rupanya atuk grab dedah tanggung dua anak lelaki tidak berkerja.



Dia yang sudah terbongkok-bongkok menghantar pesanan dari pelanggan telah mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video tersebut di media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Dikatakan hampir setahun tidak duduk sebumbung. Isteri pengasas terkenal bongkarkan sikap sebenar suami.


Video:

https://www.tiktok.com/@danielashraf1370/video/7032138884301507867?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6907441421259671042

Anak dua orang lelaki tak bekerja

Dalam video lain dari @danielashraf1370, dia sempat berborak dengan warga emas itu. Menurutnya, sebelum ini dia menjadi penghantar pesanan dengan mengikuti perkhidmatan penghantaran lain, namun lebih serasi dengan Grab.

Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan,  warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan yang dia menanggung dua orang anak yang tidak bekerja.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/11/njU0OJq9yNwtEG_z.mp4?_=1

Grab pun cuba cari atuk ni.

Menerusi perkongsian semula di aplikasi Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai @piargh, pihak Grab juga sudah cuba mengesan Pakcik Zack atau nama sebenarnya Zakaria Abdul Wahab.


Anak2 dia tak rasa bersalah ke?

Walau bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kesal dengan anak-anak warga emas berkenaan yang tidak cuba membantu bapanya bekerja sedangkan dapat melihat sendiri lelaki tersebut sudah tua.

Ada juga yang berkongsi cerita hampir sama dengan video warga emas berkenaan dan akui perkara tersebut sangat menyedihkan.


Percayalah kebanyakkan pakcik makcik usia macam ni tak ada duit.


Semoga atuk terus sihat tubuh badan & dimurahkan rezeki.


Aku rider muda pun tahu penat dia macam mana


Pernah jumpa situasi sama macam ni jugak



Sumber: TikTok @danielashraf1370, Twitter @piargh.

Hidup Sendiri Di Tepi Jalan. Sekali Warga Emas 93 Tahun Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Ibu bapa merupakan insan yang sangat bermakna dalam hidup kita. Kasih sayang dan usaha mereka dalam membesarkan anak-anak tiada bandingan. Namun, lain pula kisah seorang lelaki warga emas berasal dari Indonesia yang mendkwa telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri sehingga terpaksa tidur di tepi jalan.

Didkwa ditinggalkan oleh anaknya

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fakta Indo di Instagram, memaparkan seorang pemuda terjumpa dengan seorang warga emas yang berusia 93 tahun di sebuah jalan dalam keadaan hujan lebat. Lebih menyed1hkan lagi apabila warga emas berkenaan hanya berbekalkan pakaian yang ada serta payung biru ketika dia sedang bertedvh. Apabila ditanya tinggal dengan siapa, lelaki itu menjawab yang dia tinggal sendiri.

Tak ada. Saya tinggal sendiri.

Lapor Merdeka.com, warga emas tersebut didkwa telah ditinggalkan oleh anaknya sendiri dan terpaksa tidur di tepi jalan sejak bertahun lamanya. Dia dikatakan terpaksa menunggu belas kasihan daripada orang ramai untuk memberinya bantuan seperti keperluan asas dan makanan. Pakcik ini sudah bertahun-tahun hidup sendiri kerana ditinggalkan oleh anaknya. Tak ada tempat tinggal dan setiap hari hanya menunggu belas kasihan dari orang ramai.

loading...


Dah pukul 11 malam masih tak makan lagi

Walaupun sudah pukvl 11.00 malam, namun lelaki warga emas ini masih belum makan dan sudah tidak mampu untuk berdiri dalam masa yang lama kerana faktor usianya. Sedih melihat keadaan warga emas berkenaan, pemuda itu menghulurkan sedikit wang kepadanya. Pakcik tersebut berterima kasih kepada pemuda terbabit dan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki. Dalam pada itu, pemuda tersebut turut berharap agar anak-anak pakcik itu sedar dengan apa yang telah mereka lakukan kepada bapa mereka. Kepada anaknya : Saya tak tahu bagaimana keadaan awak, tapi macam mana awak sanggup biarkan orang tua awak jadi macam ni? Sumber : OHBULAN

Jurusolek Ini Terharu Dengan Sikap Peniaga Buah Warga Emas Ini. Sehinggakan Tak Kisah Walaupun Beratur Lama Dan Ini Rupanya Peniaga Itu Lakukan.

Video memaparkan peniaga berkopiah ini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja seorang peniaga buah warga emas di Pengkalan Kubur, Kelantan menjadi tular di media sosial.

Semuanya gara-gara perkongsian yang dibuat oleh seorang jurusolek, Efa Farihah, 30, menerusi aplikasi TikTok. Menurut wanita dari Pasir Mas itu, dia berkunjung ke gerai warga emas itu yang terletak berhampiran Masjid Pengkalan Kubur selepas mendapat tahu mengenainya daripada seorang rakan, baru-baru ini.

“Saya kali pertama pergi ke gerai pakcik tu. Mula-mula saya tengok kawan yang pergi beli dengannya, dia kongsi di status WhatsApp. Jadi saya dari Pasir Mas, sanggup lalui perjalanan 30 minit untuk ke Pengkalan Kubur semata-mata nak beli buah dengan pakcik tu. Semasa beratur, saya dapat idea secara spontan untuk rakam video dia sedang berniaga,” ujarnya.

Menurut wanita yang mesra disapa Efa itu, ada dua perkara yang membuatkan hatinya tersentuh sewaktu berhadapan dengan warga emas itu. Ujarnya lagi, sikap peniaga itu juga membuatkan dia berasa tidak kisah untuk beratur dalam cuaca panas untuk membeli aneka buah berkenaan.


Kata Efa, dia cukup kagum dengan sikap yang dipamerkan peniaga itu.

“Saya sangat tertarik dengan cara pakcik tu berniaga. Setiap kali dia nak buat sesuatu, ia akan dimulakan dengan kalimah Bismillah. Saya boleh dengar dengan jelas. Kemudiannya, dia akan minta maaf kepada setiap pelanggan yang beratur kerana mereka terpaksa menunggu sebelum dilayan. Walaupun tunggu dalam cuaca panas, tapi saya rasa berbaloi. Kita tak rasa apa-apapun,” ujarnya lagi.

Menurut Efa yang sudah enam tahun berkecimpung sebagai jurusolek, harga yang ditawarkan oleh peniaga itu cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, buah yang diberi juga cukup segar dan rangup, ditambah pula dengan kuah pencicah atau ‘colek’ yang cukup menyelerakan.

Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.

“Memang berbaloi walaupun harga RM5 sahaja. Masa tu saya beli tiga jenis buah. Colek yang diberikan memang sedap. Tak pedas, tak manis… sesedap rasa. Waktu dia potong buah pun nampak tangkas. Saya jadi kagum,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Efa berkata dia dihujani pertanyaan warganet mengenai lokasi sebenar gerai peniaga itu.


Paparan skrin posting tular itu.

“Saya memang terkejut, tak sangka ia jadi viral. Saya suka-suka rakam video dia. Ramai yang komen tanya lokasi. Ada juga penduduk Kelantan yang merantau tinggalkan komen, mereka kata rindu nak balik kampung selepas tengok video tu. Mereka juga nak cuba buah yang dijual pakcik tu apabila balik ke Kelantan nanti. Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah saya akan repeat lagi,” ujarnya. Sehingga kini, video dikongsi Efa meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Ramai Peniaga Yang Terkesan Dikala Waktu Pandemik Ini. Sekali Penjaja Makanan Ini Tampil Menyatakan Harapannya Untuk Waktu Pandemik Ini.

“Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki,” itulah harapan kebanyakan penjaja makanan yang ditemui di Pusat Penjaja Persiaran Gurney di sini. Mereka berharap sekiranya kebenaran diberi kepada pelanggan untuk makan di kedai makan (dine in) iaitu mengehadkan dua orang untuk satu meja, sudah pasti dapat meringankan beban mereka menghadapi gel0mbang kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penjual Rojak, Tan Swee Hoe, 59, memberitahu Bernama perniagaannya meros0t semasa PKP kali ini dan kebanyakan yang datang untuk membeli makanan berbungkus di gerainya adalah pelanggan tetapnya atau penghantar makanan. Beliau berkata sekiranya kebenaran itu diberi, ia akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan peniaga.

“Sekiranya pelanggan dibenarkan makan di sini, kami boleh menghidangkan makanan terus kepada mereka dan pembeli dapat menikmati makanan yang masih panas dan segar,” katanya. Tan juga berkata, bulan lalu ketika Pulau Pinang berada dalam fasa pemulihan (PKPP), perniagaan jauh lebih baik kerana sasaran utama mereka adalah pelancong.

“Sekarang ini kita kembali kepada PKP, apabila perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan dan makan di restoran dilarang, apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah berdoa agar keadaan bertambah baik,” katanya lagi. Menurutnya, terdapat sekitar 111 gerai penjaja di Persiaran Gurney dan jika tiada PKP, sekurang-kurangnya 40 gerai akan dibuka pada hari Jumaat.

Bagaimanapun tinjauan Bernama di pusat penjaja di sini semalam mendapati hanya enam gerai beroperasi Sementara itu, pemilik gerai pasembur rojak, P Devi, 40, berharap wabak itu akan berakhir dan PKP akan ditamatkan tidak lama lagi, supaya perniagaan yang diusahakan bersama suaminya, M Raja, 45, dapat kembali ber0perasi seperti biasa.

Katanya, pada bulan lalu, musim cuti persekolahan yang panjang, perniagaan mereka berjalan lancar dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM800 dan RM1,000 pada hujung minggu. “Sekarang, kami betul-betul sukar mendapat pelanggan termasuk daripada servis penghantaran makanan. Minggu lepas kami buka dari Jumaat hingga Ahad, kami tidak dapat jual satu makanan pun untuk tiga hari itu,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun berniaga pasembur rojak, mereka tidak pernah mengalami keadaan sedemikian. Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membenarkan pelanggan makan di situ supaya perniagaan mereka dapat terus bertahan dalam menghadapi keadaan yang suk4r ini.

“Bukan sahaja dapat memberi kemudahan untuk penjual dan pembeli dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat, tetapi pelanggan juga boleh menikmati suasana di sini,” tambahnya. Pada 21 Jan lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, berkuat kuasa semalam

Pemilik gerai Muar Chee, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Miss Lai’, berkata, ia adalah langkah positif bagi penjaja apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan melanjutkan waktu operasi dari 8 malam hingga 10 malam. Peniaga berusia 51 tahun itu berkata, lanjutan waktu operasi itu dapat memberi pelanggan lebih banyak masa untuk membuat pesanan makan malam mereka.

“Ketika kami terpaksa menutup gerai seawal 7.30 malam, kebanyakan orang baru hendak pulang ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk memesan makanan untuk makan malam, jadi apabila 0perasi ini dilanjutkan ia memberi kelegaan kepada penjaja dan pelanggan,” katanya lagi. Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post