Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies tiba-tiba menjadi bualan wargamaya apabila video yang memaparkan kemesraan antara mereka berdua menerima interaksi yang banyak di platform TiktTok.
Menerusi akaun dengan nama Zaharzbubu, kedua pelakon itu dilihat berpegang tangan dan berpelukan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
ARTIKEL MENARIK:“Ramai Ker Terhibur, Saya Buat Saja-Saja Jer” Banjir Di Klang, Zaiton Sameon Semp4t Buat TikTok Berpayung At4s Pel4mpung
Sebelum ini juga tular video mesra Zul Ariffin dan Ruhainies memegang tangan dan tindakkan Ruhainies menyentuh badan Zul Ariffin tanpa rasa malu.
Pada ruangan kapsyen, tertulis: “Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Video:
Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh
Meninjau ruangan komen, ada yang menganggap hubungan Zul dan Ruhainies sudah seperti adik beradik.
“Mungkin anggap mcm adik je kot. Macam Nelly dengan Sharnaaz. Dorang rapat macam adik dan abang,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Sweetnya Zul..” seorang lagi pengguna TikTok memberikan reaksi.Ada juga yang memberi komen suka melihat Zul dan Ruhainies jika mereka serius ke fasa seterusnya.
“Kahwin cepat sikit boleh omagad I ship diorang… sumpah comel,” tulis seorang warganet pula.
Dalam pada itu, ada juga yang bersetuju bahawa mereka perlu memberikan kerjasama memandangkan keduanya bergelar pelakon.
“Betul.. kena sporting lah.. dah mcm adik-beradik sebab lama sangat bekerjasama kat set drama atau filem,” tulisnya.
Komen Warganet:
Sebelum ini, nama Zul dan Ruhainies pernah menjadi bualan netizen apabila adegan mesra mereka menerusi drama bersiri Wifi Sebelah Rumah dianggap keterlaluan.Begitupun, Zul pada waktu itu berkata, kemesraan yang dipaparkan adalah disebabkan oleh chemistry yang kuat antara dirinya dengan Ruhainies.Menurut Zul lagi, isu berpegang tangan dan terlebih mesra dalam drama merupakan satu hal yang sensitif dan tidak perlu diperbesarkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : slamber media via
إرسال تعليق