Klang, Petaling, Kuala Pilah & Muar Antara Yang Diramal Dibadai Ribut Petir, Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.

Klang, Petaling, Kuala Pilah & Muar Antara Yang Diramal Dibadai Ribut Petir, Hujan Lebat Pagi Ini



Antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu di kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, ribut petir juga dijangka akan melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

ARTIKEL MENARIK:Final Piala Malaysia: KL juara, Tapi Tindakan Annuar Musa Kat Paulo Josue Bikin Penyokong KL City Geram


Selain itu Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan di Johor yang melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dilanda cuaca buruk itu.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda Sarawak iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau)  dan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata MetMalaysia.


loading...


Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/gpqufltP1g

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 22, 2021

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia  viaSiakap Keli



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post