Lepas mangsa banjir mengeluh minta luluskan I Citra. Akhirnya KWSP tampil dengan kenyataan ini.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong pengeluaran khas i-Citra diberhentikan bagi membantu ahli membina semula kecukupan simpanan persaraan mereka.

Lepas mangsa banjir mengeluh minta luluskan I Citra. Akhirnya KWSP tampil dengan kenyataan ini.



Ia berkata, kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yang ditawarkan kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan daripada pandemik dan banjir baru-baru ini adalah dialu-alukan semasa waktu sukar ini, justeru sebarang pengeluaran khas daripada simpanan KWSP pada masa hadapan adalah dianggap tidak perlu.

ARTIKEL MENARIK:Gelombang kedua banjir dijangka bakal berlaku. Agong beri pesanan awal pada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.


Katanya, KWSP adalah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 70 peratus simpanan ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 30 peratus simpanan adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.

“Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” katanya dalam satu kenyataan.


KWSP berbesar hati dengan pendirian beberapa kesatuan negara seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF, yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja di Malaysia dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas simpanan KWSP.

Ia berkata, ketika negara sedang membina semula ekonomi dan orang ramai telah kembali bekerja, tumpuan utama kini adalah untuk memulih dan membina semula simpanan KWSP.

Katanya, fokus KWSP kini adalah untuk terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya, dan memastikan ahli turut memulihkan dan membina semula simpanan persaraan mereka bagi menjamin persaraan yang selesa.

Ia berkata, ketika negara sedang membina semula ekonomi dan orang ramai telah kembali bekerja, tumpuan utama kini adalah untuk memulih dan membina semula simpanan KWSP.

Katanya, fokus KWSP kini adalah untuk terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya, dan memastikan ahli turut memulihkan dan membina semula simpanan persaraan mereka bagi menjamin persaraan yang selesa.


“KWSP amat bersimpati dengan rakyat Malaysia berikutan kejadian banjir. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab dari segi sosial, KWSP dan organisasi lain perlu memainkan peranan penting ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Oleh yang demikian, KWSP, melalui penyertaannya di bawah Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN), telah menawarkan sokongannya melalui sumber di bawah keupayaannya, termasuk peruntukan RM10 juta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan oleh KWSP,” katanya.

KWSP ingin menegaskan bahawa tiada kesan material ke atas dana atau pulangan ahli kerana peruntukan berkenaan adalah daripada perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan. Katanya, bantuan akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas dan disalurkan melalui pertubuhan amal bukan untung yang berkredibiliti.

“Dengan hampir 15 juta ahli, sebarang bantuan melalui pertubuhan kebajikan dan melalui usaha sukarelawan KWSP sendiri akan memberi manfaat kepada ahli dan keluarga mereka secara langsung dan tidak langsung.

“Dengan langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi, KWSP berharap ini akan membantu dalam menangani keperluan rakyat sambil meyakinkan ahli bahawa KWSP kekal komited terhadap mandat dan tujuannya untuk menjamin kesejahteraan masa depan persaraan ahli,” katanya.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, skala dan kesan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Ia berkata, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.


“Setakat Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran ini. Ini adalah bersamaan 22 peratus daripada RM530 bilion pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

KWSP berkata, walaupun skim pengeluaran itu memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan PKP, ia menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000, sememangnya tahap yang tidak dapat menjamin persaraan ahli.

Ia berkata, majoriti mereka yang membuat pengeluaran kecemasan daripada KWSP adalah dalam kalangan Bumiputera.

“Hasil daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan dua juta atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000.

“Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000, iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun,” katanya.


Selain penyusutan pendapatan masa depan individu, KWSP juga bimbang bahawa ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak.

“Sehingga kini, terdapat lebih RM270 bilion simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang sudah mencapai umur lebih 55 dan 60 tahun, mahupun yang mempunyai simpanan lebih RM1 juta dalam akaun KWSP mereka.

“Dibimbangi bahawa kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak akan memberikan impak yang negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP adalah tunggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara,” katanya.


KWSP berkata, pengurusan keselamatan pendapatan hari tua kekal sebagai mandat utama dan panduan kepada pengurus dana persaraan itu dalam membangunkan strategi penjagaan dana warga emas yang sistemik.

Ia berkata, Malaysia mempunyai sembilan tahun saja lagi untuk mencapai status negara menua pada 2030.


loading...


Katanya, jumlah warga emas yang memerlukan sokongan kerajaan akan meningkat secara mendadak daripada 3.5 juta pada 2021 kepada 5.3 juta ataupun 15 peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2030 dan 7.4 juta ataupun 21 peratus daripada keseluruhan penduduk pada 2042, seterusnya memberikan cabaran dalam merangka dasar dalam aspek seperti pekerjaan, jaminan pendapatan dan penjagaan kesihatan.

“Ini menyerlahkan lagi kepentingan mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk kesejahteraan masa depan selain membendung sebarang kejutan kewangan masa hadapan,” katanya.- Sumber: BH

Lepas Ismail Sabri Umumkan Tiada Pengeluaran Kwsp Icitra Sekali Ini Pulak Pesanan Khas Dari Najib Razak Pada Perdana Menteri.

Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kali kedua. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai kemudahan kewangan sudah diperuntukkan selain bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Tujuan mewujudkan KWSP ini adalah untuk simpanan pada hari tua, dari segi akta KWSP memang tidak boleh dikeluarkan awal kecuali beberapa kali kita kecualikan. “Ada banyak kemudahan diumumkan kepada merka yang terlibat dengan banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin

Ismail Sabri berkata, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen. “Bagi yang mahu beli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.

“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-Allah ia boleh membantu sasaran banjir,” katanya.

SELEPAS RAKYAT MENGELUH, NAJIB RAZAK BERI KATA KATA INI KEPADA ISMAIL SABRI

Langkah kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran kali kedua i-Citra mendapat perhatian bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan ketinggalan zaman PN (Perikatan Nasional). Dengarlah rintihan rakyat. Last (akhir) sekali pengeluaran khas. “Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya,” kata Najib.

Najib antara individu yang menggesa Ismail Sabri agar memikirkan seklai lagi untuk membenarkan lagi pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi berharap kenyataan itu bukan keputusan akhir Ismail Sabri dan Tengku Zafrul.

Asyraf secara terang-terangan meminta Ismail Sabri tidak mendengar nasihat Tengku Zafrul mengenai perkara itu. “Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. “Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP

sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan menteri kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi,” kata Asyraf. Ismail semalam berkata, kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 buat kali kedua walaupun terdapat desakan politik selepas rakyat menghadapi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Sumber : HMETRO ONLINE / MALAYSIA GAZETTE

Baru Je Najib Razak Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen Rakyat. Terkejut Sekali Tiba Tiba Pm Keluar Kenyataan Ni Tentang Icitra.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen-komen rakyat yang menggesa pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Facebooknya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ramai rakyat di negara ini bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir, selain berdepan dengan kesan kenaikan harga barangan dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berbulan-bulan.

”Ramai pula bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat banjir. Tengku Zafrul, tolonglah baca komen-komen rakyat dalam FB sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook. Parti UMNO telah beberapa kali mendesak kerajaan membenarkan pencarum melakukan pencaruman terakhir KWSP sebanyak RM10,000 sekali gus sebelum ini bagi membolehkan rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Malah, rintihan agar pengeluaran itu dibenarkan kerap kali disuarakan oleh individu-individu yang memerlukan melalui Facebook Najib, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, Tidak kurang juga gesaan sama turut disuarakan oleh orang ramai kepada Tengku Zafrul menerusi Facebook beliau. Namun setakat ini belum ada respons positif daripada kerajaan mengenai permintaan pencarum.

PM ISMAIL SABRI BERITAHU SEBAB KENAPA KERAJAAN TIDAK AKAN LULUS ICITRA LAGI WALAUPUN RAMAI RAKYAT KENA BANJIR

Perdana Menteri, Datuk Seri IsmailSabri Yaakob berkata kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran iCitra RM10,000 buat kali kedua walau pun dapat desakan beberapa pimpinan politik selepas rakyat menghadapi banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Banjir: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada iCitra RM10,000, kata PMKerajaan tidak ber cadang membenarkan pengeluaran iCitra Kumpulan WangSimpananPekerja(KWSP) RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan banjir.

Perdana Menteri, IsmailSabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas. “Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.

“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan ke perluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua. Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, me mohon kerajaan atau mana-mana kesatuan sekerja tidak menggunakan alasan simpanan hari tua berhubung isu pengeluaran iCitraKWSP sebanyak RM10,000.

Kredit:MG/PakDin viaEra Kini




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post