Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Dato Alha Alfa berkongsi beberapa momen sekitar sambutan hari lahirnya yang ke-33 di media sosial termasuklah mendapat hadiah hari lahir dari pelakon jelita, Zara Zya.
Kasut Jenama Mewah Dari Perancis Sebagai Hadiah Hari Jadi Buat Alha Alfa
ARTIKEL MENARIK:Minat Heliza Helmi Sejak 2019! Nurulhidayah Kongsi Perbualan Mahadi Mengenai Calon Isteri
Menerusi sebuah hantara di Instagram, Alha meluahkan rasa teruja apabila mendapat kasut rekaan terkini dari jenama mewah Perancis, Christian Louboutin sebagai hadiah hari hari lahirnya pemberian Zara.
“@zarazya! yeay arini dapat powww kasut paling mahal n design paling latest kat sini sebuk sangat tanya nak hadiah apa kan! ahahaha tqqq daun keladi! ”-tulis Alha
“Diorang Ade Pape Ke Ni Haish”-Netizen
Dalam pada itu, turut menarik perhatian adalah komen-komen yang diberikan oleh netizen yang berteka-teki mengenai hubungan mereka yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa. Malah ada diantara mereka turut meminta Alha dan Zara untuk segera mendirikan rumah tangga.
“Tolong laa kahwin hahaha”
“Lain Maciam nie hehe kalau jodoh tak ke mana janganla lama-lama tak gituu hehehe”
“Ade jodoh tuu”
“Alahai sweet nye secocok la korang”
“Sweet la korang ni”
“Bismillah, semoga berjodoh”
“Semoga ada jodoh kalian berdua..Aminn” komen mereka
Meskipun begitu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin mengakui hubungan mereka hanya sekadar berkawan dan sudah menjadi kawan baik sejak lebih dari lima tahun yang lalu. Untuk info, ini bukan kali pertama hubungan mesra mereka diperkatakan. Terdahulu, sekitar Oktober peminat turut membuat spekulasi mengenai Alha dan Zara selepas kedua-duanya kelihatan mesra ketika menyambut ulang tahun kelahiran pelakon itu.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment