Bekas isteri kepada pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud mendedahkan kali terakhir menerima nafkah untuk perbelanjaan kedua-dua anaknya, Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat, 11, adalah pada tahun 2020.
Malah, kata Julia bekas suaminya itu hanya memberikan wang untuk perbelanjaan persekolahan sebanyak RM50 sahaja secara tidak konsisten.
ARTIKEL MENARIK:Sedia beri kerjasama jika dipanggil pihak berkuasa. Raysha Rizrose tampil dedah hal sebenar yang terjadi di Majlis Resepsi Uqasha .
“Apa yang dalam laporan polis, itulah yang terjadi. Memang saya tak ada nak tokok tambah cerita. Dia nak nafikan, itu terpulang pada dia.
“Persoalannya, kalau tak betul mana telefon bimbit dan barang-barang pakaian anak hilang?
“Fasal nafkah tu pun saya tak bohong. Kalau betul dia bagi nafkah macam dia cakapkan tu, saya minta sangat dia tolong bagi kerjasama hadir ke mahkamah. Jelaskan sendiri seperti yang dikata dengan bukti-buktinya.
“Dia beri nafkah boleh dikira dengan jari. Bukan setiap bulan pun. Sejak anak masuk asrama dah dua tahun tak ada langsung bagi.
“Dulu masa anak-anak dengan saya, adalah juga saya bising-bising minta duit belanja sekolah anak-anak. Setakat RM50 sebulan untuk dua orang anak, itu pun kadang-kadang jer. RM50 tu lepas duit belanja sekolah je sehari RM3 untuk anak-anak,” katanya kepada Gempak.
Beli baju raya
Mengulas lanjut mengenai pemberian nafkah pelakon Harry Boy itu kepada kedua-dua anaknya, kata Julia bekas suaminya itu mula jarang memberi nafkah apabila Julia kembali mendirikan rumah tangga dengan suaminya sekarang pada 2018.
“Penat saya nak jelaskan, nak tegakkan siapa yang betul. Dia pernah beri RM1,000 seperti yang dia maklumkan pada media, itu duit untuk beli baju raya tapi pada tahun 2016.
“Tahun 2017 dia beri RM700 untuk beli baju raya anak-anak juga. Kemudian pada 2018 dah tak bagi lagi selepas saya berkahwin dengan suami sekarang.
“Pada 2019 dia minta guna duit suami saya dulu RM300 beli baju raya, tahun lepas pun guna duit suami saya dulu tapi terus tak bayar. Sebab itu saya tuntut melalui mahkamah biar dia jelaskan tanggungjawab dia untuk nafkah anak-anak.
“Saya bukanlah kejam sangat sampai tak ada hati perut. Saya dah beri banyak peluang pada dia, bagi muka, berlembut, tapi semua tak jalan. Saya dah penat menunggu,” tambahnya yang memberitahu tidak menerima sepanjang nafkah sepanjang tahun ini.
Anaknya yang mula bersekolah di asrama mendapat bantuan baju sekolah, buku-buku dan yuran daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Delete posting Facebook
Bagaimanapun, Julia berharap kemelut yang terjadi dapat diselesaikan dengan cara baik dan Badrul boleh memberikan kerjasama untuk menyelesaikan kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak-anak mereka.
“Tak guna nak berbalah dalam media sosial, kalau dia benar kalau betul apa dia katakan berilah kerjasama untuk hadir di mahkamah. Cakap benda benar bukannya nak mengelak dan melengah-lengahkan mahkamah.
“Saya pun tak nak bermusuh sebab nanti mesti tak selesa bila dia datang nak jumpa anak-anak. Isu saya halang anak dari Badrul memang tak pernah ada langsung sebelum ini.
“Dia (Badrul) mula bertindak agresif dengan cuba mengambil anak-anak dari saja apabila saya mula buat tuntutan nafkah di mahkamah.
“Saya yang jaga anak-anak dari kecil, susah payah saya sendiri tanggung. Dahlah tak bertanggungjbawab, tiba-tiba tak minta izin, tak bincang dengan saya nak bawa lari terus. Siap boleh ceroboh rumah lagi. Mana saya tak angin.
“Hilang anak bukan perkara main-main. Bila terlalu sedih itu yang seakan-akan hilang pedoman tulis posting Facebook dengan kata-kata kesat dan keluar cerita lama. Bukan sengaja nak aibkan dia,” katanya yang telah memadamkan posting berkenaan dari akaun Facebooknya selepas anak-anaknya dipulangkan ke pangkuannya pada Selasa.
Maafkan Badrul
Tambah Julia, Badrul berhubung dengan suaminya, Mohamad Yusri Mohamd Yusof sebelum memulangkan anak-anaknya di balai polis Slim River pada Selasa lalu.
“Dia hantar pesanan suara kepada suami saya minta maaf pada kami. Saya pun dah maafkan. Saya yang minta dia tinggalkan anak-anak di situ (balai polis).
“Kalau dia tak lengahkan mahkamah dan tak bawa lari anak-anak benda ni takkan jadi besar.
“Malam tadi pun dia ada hubung saya, nak hantar barang-barang sekolah anak-anak tapi saya tak izinkan dia datang sebab keadaan masih panas. Jadi, saya minta dia tinggalkan di balai polis Hulu Bernam saja,” ujarnya.
Julia juga menunggu waktu sesuai untuk bertemu dan berbincang secara baik dengan Badrul apabila keadaan reda.
“Saya fobia, saya takut perkara ini akan berulang,” getus Julia lagi.
sumber: astrogempak via
Post a Comment