Baru je Pak Azad tegur KJ tentang kualiti gelang. Sekali Syarikat Pengeluar Gelang tampil beri respon dan ini yang terjadi.

Umum mengetahui, individu yang pulang dari menunaikan ibadah umrah perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari dan diwajibkan memakai peranti pengawasan digital.

Baru je Pak Azad tegur KJ tentang kualiti gelang. Sekali Syarikat Pengeluar Gelang tampil beri respon dan ini yang terjadi.



Pemakaian peranti pengawasan digital ini berfungsi bagi mengawal pergerakan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin dan perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:Baru Je Pak Azad Tegur KJ Tentang Kualiti Gelang. Sekali Syarikat Pengeluar Gelang Tampil Beri Respon Dan Ini Yang Terjadi.


Pelakon dan pelawak Azad Jasmin dan isterinya Eira Syazira yang baru sahaja pulang menunaikan umrah turut tidak terkecuali menjalani kuarantin dan memakai peranti pengawasan digital. Namun, di sebalik pelaksanaan pemakaian peranti pengawasan digital tersebut, pelakon ini tampil menceritakan gelang tersebut berkualiti rendah dan mudah tercabut.

Kurang berpuas hati dengan kualiti gelang tersebut, pelakon Anak Mami Mek Ani ini turut meminta pihak berwajib bertanggungjawab. Nasib baik saya selebriti, kalau keluar orang kenal. Yang bukan selebriti orang tak kenal cabut sahaja boleh melawak dan berjumpa saudara.

Terbaru, menerusi perkongsian Azad menceritakan dia sudah pun dihubungi oleh pihak berkenaan bagi menggantikan gelangnya yang sudah tercabut. Azad bagaimanapun tegas menyeru pihak berwajib mengambil langkah drastik berkaitan isu ini memandangkan ianya melibatkan nyawa.


Syarikat pengeluar gelang datang untuk tukar gelang Pak Azad

QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bantuan penyelesaian segera akan dilaksanakan sekiranya e-Bracelet RFID (e-Bracelet) CvdI9 yang dipakai mengalami masalah. QuickMed yang merupakan penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn. Bhd., serta anak syarikat UEM Edgenta Berhad memaklumkan, sejak Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) itu digunakan bermula 8 Disember 2021, hanya 25 kejadian memerlukan bantuan lanjut iaitu kurang 0.08 peratus malah pembetulan semula juga telah dilakukan.

Katanya, pasukan operasi mereka bersedia untuk membantu sekiranya isu itu berulang lagi seperti mana susulan kejadian baru-baru ini di mana seorang individu telah mengalami e-Bracelet CvdI9 yang tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya.

“Kejadian ini amat kami kesali dan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kami telah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Jelas kenyataan itu, pemakai akan dipantau melalui HQMS untuk membantu usaha pemulihan negara dalam membendung penularan varian CvdI9 baharu.

“Sistem HQMS dilengkapi dengan teknologi Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk pemantauan secara real-time ke atas individu yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kuarantin di rumah seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Sistem tersebut terdiri daripada Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) e-Bracelet dan Covert Tracking Unit yang akan mencetuskan amaran serta memaklumkan pihak berkuasa tentang sebarang pelanggaran perintah kuarantin,” katanya. Tambahnya, pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03 3000 8856 atau e-mel support@quickmed.care sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah. Sumber : OhBulan / K! Online / Pak Azad IG

Kj Bagitahu Individu Yang Balik Dari Umrah Wajib Pakai Gelang Peranti Digital. Terkejut Sekali Bila Tiba Tiba Pak Azad Bagi Kantoi Tentang Gelang Tu.

Kualiti Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri. Pelakon dan pelawak terkenal Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45, mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Difahamkan, Azad bersama isterinya Syazira Shuhaimi, 37, yang sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah perlu memakai alat tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan. Melalui video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Azad memberitahu, walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ia telah terbuka daripada tangannya secara tiba-tiba.

Azad dilihat turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan perkara tersebut. Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke . Tangkap layar Azad menunjukkan peranti pengesan yang dipakai olehnya sudah terbuka.

“Kalau berikan alat ini pada 30,000 orang dan boleh tercabut macam ni, lepastu mereka gantung di leher lembu, leher keldai, merebak juga kan? “Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan pergi kemana-mana,” katanya. Dalam pada itu, Azad turut menyarankan agar kerajaan menggunakan alat yang lebih berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik dan berkesan.

Individu pulang umrah wajib pakai gelang peranti pengesanan digital, kata KJ

PETALING JAYA: Individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang daripada menunaikan umrah diwajibkan memakai gelang peranti pengesanan digital bermula minggu depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 varian baharu, Omicron di Malaysia yang dikesan antara 23 dan 24 Dis merupakan kes import dari Arab Saudi.

“Kami dapati semua mereka yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu tidak mematuhi arahan pengasingan dengan ahli keluarga. Mereka berjumpa sesama mereka (ahli keluarga) dan menerima tetamu. “Mungkin tetamu atau ahli keluarga datang menziarahi untuk bersalam ambil berkat tetapi ‘salam Omicron’,” katanya dipetik Bernama, pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

loading...


Khairy berkata, kegagalan mematuhi arahan kuarantin berpontensi mengakibatkan peningkatan penularan jangkitan varian tersebut dalam negara. “Saya harap perkara ini (arahan kuarantin) dipatuhi. Ini adalah serius dan kami bagi kemudahan untuk kuarantin di rumah untuk jimatkan kos, tidak perlu tinggal di hotel, jadi kena patuh,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 62 kes varian Omicron direkodkan di negara ini yang terdiri daripada 61 kes import dan satu kes dipercayai kes tempatan. Susulan situasi tersebut, Khairy berkata, Malaysia akan memasukkan Arab Saudi dalam senarai

negara berisiko tinggi bersama sembilan negara lain iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria. Memperincikan perkara itu, Khairy berkata, kerajaan amat menggalakkan individu yang berhasrat melakukan perjalanan ke luar negara supaya mendapatkan suntikan dos penggalak CvdI9. SUMBER: KOSMO

Umrah Ditangguhkan. Sekali Syifa Melvin Tampil Bersuara Sampaikan Ada Yang Petik Nama Safawi.

Umum mengetahui kebenaran perjalanan umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini susulan peningkatan kes C0vid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air. Perkara itu turut mendapat pelakon Syifa Melvin yang menyifatkan penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya yang sepatutnya ke Tanah Suci pada 20 Januari depan.

“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” tulisnya. Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Syifa turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah namun penerbangan ke negara lain dibenarkan.

“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja. Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicr0n apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya. Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa yang diperoleh.

Berikut reaksi dari warganet

“couple dengan safawi keluar sana sini takpe. bukan dosa? bertudung lilit leher pakai ketat takpe bukan dosa? umrah tangguh sementara utk kesihatan kemaslahatan ummah pulak yg dipertikai” tulis seorang warganet.

Dunia, warganet semakin teruk – Syifa Melvin

Berasakan dunia semakin teruk kerana hidup dalam ramai kalangan warganet yang tidak beradab membuatkan pelakon Syifa Melvin hilang minat untuk melakukan perkara yang disukainya seperti dahulu. Perkara berkenaan diluahkan Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dalam InstaStory beberapa jam lalu. Menerusi perkongsian video, Syifa, 27, mendedahkan bahawa dia terhimpit antara dua perasaan sama ada mahu kembali menjadi seperti dulu ataupun kekal menjaga privasi.

“Sejak kebelakangan ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercakap soal ini. Saya rasa, sekarang saya sedang terhimpit antara nak jadi orang yang bersifat terbuka macam dulu, selalu berkongsi apa sahaja dengan pengikut media sosial. Semua saya akan kongsikan dengan kalian. Ataupun, saya kekal menjaga privasi untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia mengakui dirinya sudah jarang berkongsi apa sahaja perkara kepada umum. Jika dulu, dia berasa disukai dan disayangi oleh ramai orang meskipun hanya berkongsi tentang perihal yang kecil. Namun segalanya dirasakan berbeza sekarang.

“Macam sekarang, saya dapat rasa yang saya sangat jarang berkongsi dalam media sosial. Jarang nak tulis apa-apa dalam InstaStory. Sebab rasa malas. Sebab saya rasa dunia sekarang semakin kj4m. Warganet suka bercakap itu ini kepada kita, mk1 hmvn macam tiada adab. Tapi sebenarnya saya rindukan semua itu,” katanya. Pelakon yang mempunyai seramai lebih 705,000 pengikut Instagram itu sebelum ini pernah beberapa kali dihimpit kontroversi membabitkan soal cinta, kerjaya dan bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya.

Umrah ditangguh ikut data

Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa semata-mata, demi melindungi nyawa rakyat Malaysia. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data terkini diperoleh oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang telah menjalankan ujian ke atas 1,077 sampel kes positif CvdI9 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 29 Disember 2021. Katanya, hasilnya sebanyak 966 daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Om.icr0n dan kini menunggu keputusan ujian jujukan genom penuh (whole genomic sequencing).

“Daripada sampel tersebut, 750 atau 78 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi. Sebab itu, kerajaan bersetuju menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah seperti mana saya umumkan bermula 8 Januari. Jadi, apabila dikemukakan data tersebut, saya minta adakan mesyuarat kuartet khas tergempar semalam, sebab bila berdepan maklumat seperti ini, kita tidak boleh duduk diam, kita kena melaksanakan sesuatu dengan pantas, saya mesti melaksanakan tugas berdasarkan pada statistik dan data yang dikemukakan.

“Tidak ada mana-mana menteri beragama Islam yang nak tangguhkan ibadah umrah, tetapi ini perkara serius, ini bukan ciapan di media sosial, ini bukan video di TikTok, ini melibatkan nyawa anda,” katanya. Justeru, katanya, penilaian risiko situasi CvdI9 varian Om.icr0n dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala sebelum membuat

keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah. Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Om.icr0n dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes CvdI9, ini adalah langkah pencegahan. Apa yang kita tahu, akan datang gelombang Om.icr0n, di Amerika Syarikat hampir setengah juta kes harian, di United Kingdom hampir 200,000 kes harian dan gelombang ini satu perkara yang nyata, yang akan tiba di semua negara. Apa yang kita dapat buat adalah langkah pencegahan bagi memperlahankan gelombang ini daripada melanda negara kita,” katanya. Sumber : Kosmo viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post