Usahawan kosmetik, Dato’ Sri Vida atau Hasmiza Othman, 50, tidak menolak sekiranya dia ditakdirkan bercinta dengan usahawan yang juga pelawak popular, Shuib Sepahtu.
Menurut Vida, Shuib memiliki semua ciri-ciri lelaki idaman yang dia cari selama ini dan dia amat tertarik dengan sikap Shuib melayani anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
ARTIKEL MENARIK:Selepas tular di media, ada pihak nak lamar Rohana Abdullah. Sekali PM sendiri call
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia, kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” katanya.
Bagi Vida, walaupun ada yang mengatakan dia serasi dengan Shuib, tetapi perhubungan itu perlulah melalui proses pengenalan dan restu tanpa paksaan.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tetapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang, saya tiada masalah untuk berkawan dengan
Shuib,” katanya.Minggu lalu, Shuib dikritik netizen yang menganggap dia terlalu cepat mencari pengganti arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin, baru lima bulan meninggal dunia akibat Covid-19. Namun bagi Shuib, dia sudah lali dan tidak mampu menutup mulut orang. Apa yang penting baginya, hanyalah pandangan dari keluarga terutama dari ibu bapanya.
“Jika mahu mencari jodoh, perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey, memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.
‘Tak mungkin bercinta dengan Vida’
Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan popular Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenali buat masa ini.
Shuib berkata, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes makanan yang diusahakan bersama ketika ini.
“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.
“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.
“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,”katanya.
Menurut Shuib, siapapun jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.
“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.
“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.
Katanya, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.
SUMBER: HMETRO via
Post a Comment