Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, negeri, mahupun daerah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau turut memberikan jaminan,
tiada lagi sekatan untuk rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun terdapat peningkatan daripada sudut jumlah kes sejak semalam.
ARTIKEL MENARIK:Tvlar post doakan kebbrukan Dr Mahathir, ini reaksi padu Najib
Jaminan terbabit diberikan berikutan terdapat spekulasi mengatakan akan ada penutupan ekonomi dan rakyat tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri tahun ini kerana penularan wabak covid-19. “Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah, melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini.
Justeru Ismail Sabri mengingatkan rakyat agar tidak lagi merasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini. “Jangan bimbang dengan spekulasi yang disebarkan kerana saya memberi jaminan, tiada lagi sekatan sama ada dari segi sektor ekonomi mahupun pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.
Beliau dalam pada itu melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jumlah kes semalam yang mencecah angka 4,115. “Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang dan seharusnya perkara ini perlu dibendung. “Kita tidak mahu negara kita mencapaikan angka seperti negara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endemik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Utusan Online
Baru Je Najib Razak Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen Rakyat. Terkejut Sekali Tiba Tiba Pm Keluar Kenyataan Ni Tentang Icitra.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen-komen rakyat yang menggesa pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Facebooknya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ramai rakyat di negara ini bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir, selain berdepan dengan kesan kenaikan harga barangan dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berbulan-bulan.
”Ramai pula bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat banjir. Tengku Zafrul, tolonglah baca komen-komen rakyat dalam FB sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook. Parti UMNO telah beberapa kali mendesak kerajaan membenarkan pencarum melakukan pencaruman terakhir KWSP sebanyak RM10,000 sekali gus sebelum ini bagi membolehkan rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Malah, rintihan agar pengeluaran itu dibenarkan kerap kali disuarakan oleh individu-individu yang memerlukan melalui Facebook Najib, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, Tidak kurang juga gesaan sama turut disuarakan oleh orang ramai kepada Tengku Zafrul menerusi Facebook beliau. Namun setakat ini belum ada respons positif daripada kerajaan mengenai permintaan pencarum.
PM ISMAIL SABRI BERITAHU SEBAB KENAPA KERAJAAN TIDAK AKAN LULUS ICITRA LAGI WALAUPUN RAMAI RAKYAT KENA BANJIR
Perdana Menteri, Datuk Seri IsmailSabri Yaakob berkata kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran iCitra RM10,000 buat kali kedua walau pun dapat desakan beberapa pimpinan politik selepas rakyat menghadapi banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Banjir: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada iCitra RM10,000, kata PMKerajaan tidak ber cadang membenarkan pengeluaran iCitra Kumpulan WangSimpananPekerja(KWSP) RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan banjir.
Perdana Menteri, IsmailSabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas. “Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.
“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan ke perluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua. Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, me mohon kerajaan atau mana-mana kesatuan sekerja tidak menggunakan alasan simpanan hari tua berhubung isu pengeluaran iCitraKWSP sebanyak RM10,000.
Kredit:MG/PakDin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jan gan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. J0m Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Dato Zahid Hamidi Pulak Mohon Menteri Kewangan Sambung I Citra. Sekali Ini Penjelasan Presiden UMNO Kenapa Ianya Perlu Dibuat Sekali Lagi.
Skim pengeluaran i-Citra yang bakal berakhir pada bulan ini wajar disambung memandangkan ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan tidak semua rakyat bersedia untuk kembali membayar komitmen mereka. Masih ada belum mendapat pekerjaan yang stabil, yang berniaga juga belum memperoleh keuntungan dan sebagainya.
Lantaran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menaruh harapan agar menteri kewangan memenuhi permintaan rakyat supaya menyambung i-Citra. Katanya, pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi wajar dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka sekali lagi.
”Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan sedikit masa lagi dengan harapan keadaan akan bertambah baik selepas itu,” kata beliau. Ahmad Zahid menambah, kesan pandemik CvdI9 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk.
”Bukan sahaja kepada ekonomi negara, malah terhadap ekonomi rakyat. Pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Jika kerajaan baharu sedang berusaha memulihkan kewangannya, begitu juga rakyat kebanyakan. Jika ada istilah long cvd dalam aspek kesihatan, ini pula boleh dianggap sebagai long cvd dalam aspek ekonomi,” ujarnya. Sumber : Malaysia Gazette
Baru Saja Warganet Minta KWSP Luluskan I Citra 10k One Off. Sekali Ini Yang Pihak KWSP Balas.
PETALING JAYA – Sebelum ini rata-rata rakyat berharap agar Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan pelbagai khabar gembira kepada setiap lapisan masyarakat.
Antara harapan disuarakan mereka ialah berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan memberikan bantuan secara one-off berjumlah RM 10,000 yang akan dikeluarkan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP.
Harapan itu dinyatakan rakyat menerusi ruangan komen di hantaran terbaru Facebook rasmi Tengku Zafrul apabila beliau memuat naik satu poster berkenaan Bajet 2022.
RM 10,000 one-off, harap ada dalam bajet, amin, doa Juan Shahpuddin.
Tidak dapat RM 10,000 one-off, dapat RM 5,000 pun sudah baik, kita tahu kerajaan mesti berat untuk lepaskan RM 10,000 sekali gus, semoga doa kalian termakbul, semoga ada rezeki, amin, kata Hilmi Rahman.
KWSP one off RM 10,000 tanpa syarat harus dilaksanakan, pinta Rockybalboa Man. Semoga KWSP RM 10,000 one-off berjalan lancar dan dipermudahkan urusan rakyat tanpa syarat,” kata Mohdyusrir Yusrie.Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi hantaran Facebooknya turut meminta agar rakyat mendoakan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berjalan lancar.
Katanya, bajet tersebut begitu penting bagi Keluarga Malaysia untuk mencapai agenda pemulihan yang akan membawa negara keluar daripada pandemik. Insya-Allah, bajet yang dirangka secara inklusif ini akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua. jelasnya.
Pengeluaran RM 10,000 akaun 1 KWSP perlu ambil kira jangka panjang.
Pertimbangan untuk tidak membenarkan pengeluaran RM 10,000 daripada akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP bukan bermaksud kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada memastikan keperluan semasa dan jangka panjang adalah simbang.
Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa pendedahan yang dibuat oleh KWSP menunjukkan dengan jelas kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi selepas bersara.
Isunya bukan kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada berhati-hati kerana apa yang dikongsi oleh pihak KWSP adalah kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaun KWSP mereka.
Boleh, mahu keluarkan semua wang tetapi perlu diingat apabila seseorang itu bersara kemudian hari, bagaimana jika wang itu tidak mencukupi untuk kos sara hidup, siapa pula hendak menanggung, kemampuan ketika itu juga kita tidak pasti,” katanya dalam sesi perbincangan Forum Pasca Bajet 2022 secara dalam talian.
Reaksi Komen Dari KWSP
“Bagi la I citra 10k one off yang terakhir kali. Ada yang mahu bayar itu ini”. “Please KWSP permudahkan urusan pencaum”.
Sekali ini respon daripada pihak KWSP.
“Setakat ini tiada sebarang perubahan pada syarat dan prosedur bagi setiap jenis pengeluaran KWSP sedia ada.”
“Sekiranya terdapat sebarang perubahan , KWSP akan memaklumkan melalui media massa dan laman web rasmi KWSP di www.epf.gov.my.” Kredit : Kosmo/KWSP/OM
Timbalan Menteri Kewangan Dedah Caruman Baharu Buat Pengeluar I Sinar Dan I Citra. Ianya Bakal Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1 KWSP.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. Caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan mereka menerusi kemudahan pengeluaran seperti i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 untuk membina semula simpanan mereka yang telah dikeluarkan.Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
Menurutnya, berdasarkan statistik KWSP, selepas mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berusia 18 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan asas iaitu RM240,000. Angka itu katanya, menunjukkan penurunan berbanding 30 peratus pada 31 Disember 2020 sebelum kemudahan pengeluaran itu dilaksanakan.
“Sudah pasti perkara ini membimbangkan, majoriti ahli dijangka tidak mencukupi simpanan yang mencukupi bagi sekurang-kurangnya menampung keperluan asas kelak. Justeru dalam usaha menambah baik simpanan ahli yang mengeluarkan i-Sinar dan i-Citra, kerajaan telah meletakkan caruman baharu yang diterima ahli yang terlibat akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 sepenuhnya sehingga keseluruhan jumlah pengeluaran Akaun 1 diganti semula,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Pelbagai langkah dilakukan pastikan ahli KWSP cukup simpanan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan simpanan di Akaun 1 KWSP ditingkat semula. Sementara itu menjawab soalan asal, Che Abdullah mengenai pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin mengecil susulan kebenaran pengeluaran wang KWSP dalam pelbagai skim di bawah pakej rangsangan ekonomi.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan ke atas Skim KWSP sedia ada. Antaranya kata beliau, pengeluaran umur 55 tahun dan pengeluaran umur 60 tahun yang lebih fleksibel, tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun sekiranya ahli masih bekerja, menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berumur 60 tahun dan ke atas serta memperkenalkan i-Saraan selain i-Suri. Selain itu ujarnya, KWSP juga akan memperkenalkan pengeluaran baharu pada tahun ini untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau takaful, menyediakan khidmat nasihat secara percuma dan menerusi program Belanjawanku. Sumber : Astro Awani via
إرسال تعليق