Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya, Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara-gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram.
Kata Fizo dia sudah memaafkan Mawar dan menghormati pandangannya berhubung salah faham itu.
ARTIKEL MENARIK:Suami Pernah Terpalit Pelbagai Kontr0versi, Ini kata2 Bella Selepas Aliff Aziz Muncul Juara GV8
“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.
“Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.
“Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham,” katanya.
Justeru, Fizo memohon agar netizen berhenti mengecam dan menghukum bekas isterinya itu.
Terdahulu, Mawar tampil menyatakan perasaannya melihat keadaan anaknya, Wan Maryam yang didakwa bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama Fizo baru-baru ini. Foto berkenaan diperoleh Mawar daripada kiriman pengguna di media sosial.
Namun, Fizo tampil memaklumkan situasi berkenaan hanya salah faham dan secara tidak langsung telah mencalarkan hubungan baik mereka selama ini.
Fizo Omar Jawab Tuduhan Abaikan Anak | Melodi (2022)
Tampil dalam rancangan Melodi, Fizo akhirnya menjawab beberapa persoalan yang bermain di kalangan netizan. Fizo juga ada menitipkan beberapa pesanan buat Mawar
Maryam main dalam playground bersama sepupu…disebabkan 1 gambar tu, korang (pengirim) keruhkan keadaan (minit 2:12)
Menerusi temubual bersama pihak Melodi TV3, Fizo Omar buka cerita bahawa foto viral Maryam bersendirian itu sebenarnya telah dizum secara dekat ketika bermain di sebuah taman permainan bersama sepupunya. Walhal, ramai orang dewasa termasuk dirinya dan isteri sedang memantau mereka tidak jauh dari lokasi playground tersebut. Justeru Fizo akui terkilan dengan niat pengirim gambar tersebut kerana bukan saja menimbulkan fitnah, malah mengeruhkan hubungan antara pihaknya dan bekas isteri.
Mawar muat naik video anaknya berkongsi mengenai percutian bersama Fizo dan isteri.
“Awak pernah ada adik, budak 4 tahun tahu tak perkataan ‘trouble’ tu apa? What do you expect soalan macam tu? (minit 2:55)
Apabila diajukan soalan tentang video luahan sedih Maryam pula, pelakon drama ‘Maaf Tak Indah’ tersebut enggan mengulas panjang kerana baginya setiap individu dewasa boleh menilai bagaimana tahap pemikiran kanak-kanak. Fizo Omar juga berharap sebarang isu berkaitan anak sepatutnya dapatkan penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu, bukan terus dimuat naik ke platform media sosial.
Saya harap dia dapat bertemu dengan jodoh & ayah tiri terbaik untuk Maryam…tak payah approval daripada saya
Berkenaan gosip tentang bekas isteri sedang dalam proses mengenali seseorang pula, Fizo selalu berdoa dan berharap dia bertemu calon jodoh yang terbaik. Bahkan pihaknya juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada bakal ayah tiri Maryam, cukuplah sekadar ikhlas terima mereka seadanya.
Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
“Dia Orang Biasa, Bukan Selebriti Atau VIP”- Akui Kini Sedang Mengenali Hati Seseorang
Mawar Karim iaitu bekas isteri kepada Fizo Omar dikatakan sedang mengenali hati budi seseorang ketika ini. Sering diajukan soalan mengenai jodoh selepas Fizo Omar juga bertemu jodoh pada akhir tahun lepas.
Pun begitu, sambil berkongsi mengenai perkembangannya yang terkini, Mawar kata seseorang yang dimaksudkan itu hanyalah dari golongan biasa sahaja bukanlah selebriti atau VIP seperti yang diperkatakan.
Turut menjelaskan, selepas bercerai dengan Fizo, dia tidak ada berhubung dengan bekas suaminya itu selain hal berkaitan anak mereka iaitu Wan Maryam. Namun, dia berkata sebelum Fizo
mendirikan rumah tangga, bekas suaminya itu ada memberitahu sedang mengenali seseorang lantaran itu Mawar mengucapkan kepadanya selamat maju jaya.
Terdahulu, Mawar pernah mengeluarkan kenyataan kepada bakal isteri baharu Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’ kerana ia adalah khas untuk dirinya.
“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam
seorang sebab dia begitu istimewa,” katanya.
Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam kini berusia empat tahun. Fizo kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Fazeera Nazri.
Kredit : MSTAR, HMETRO, IG fizoomar & YouTube TV3MALAYSIA Official, https://viralnewsupdates.com/ via -
Post a Comment