Viral Curi Tabung Masjid, Ini Hukuman Mahkamah Pada Remaja Tersebut

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja yang dimandikan seperti jenazah, atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.

Viral Curi Tabung Masjid, Ini Hukuman Mahkamah Pada Remaja Tersebut



Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan demikian terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

ARTIKEL MENARIK:Takut Untuk Berubat, Lelaki Bertindak Terjun Parit


Beliau berkata, hukuman itu digantikan dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Pendakwaan kes tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat manakala remaja itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.

Turut hadir peguam Haniff Khatri Abdulla, Muhammad Hariz Yusoff, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, Ahmad Khalil Md Rofiee dan Muhammad Mustaqim Ahmad Huzaini bagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) manakala Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie sebagai peguam pemerhati bagi Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang.


loading...


Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.

Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Sumber: Sinar Harian viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post