‘Ada Hati Nak Saman Saya’ – Chef Wan Selar Tindakan Bekas Menantu, Nasihat Hentikan Drama!

Cef selebriti terkenal tanah air Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan, berkongsi rasa hampa di Instagram terhadap bekas menantunya Shikin Maembong.

‘Ada Hati Nak Saman Saya’ – Chef Wan Selar Tindakan Bekas Menantu, Nasihat Hentikan Drama!



Dapat Surat Saman Dari Bekas Menantu


ARTIKEL MENARIK:“Dimanakah Maruah Anda”- Netizen Kecam Tindakan Kak KM Menyusukan Anak Depan Orang Ramai


Sebelum ini, cef tersohor negara ini pernah menasihati bekas menantu dan anak lelakinya Mohd Nadzri yang membabitkan isu cucu perempuannya Putri Arianna Natasya.

Namun niat baik dan nasihat yang diberi Cef Wan, di balas dengan surat tuntutan saman yang di hantar oleh pihak peguam yang mewakili bekas menantunya itu baru-baru ini.




Foto – Instagram @_chefwan58

“Bekas isteri anak lelaki saya, Shikin Maembong melalui peguam dia hantar saya surat saman malu konon beberapa bulan lalu, saya tegur dia dan anak saya Nadzri bergaduh pasal anak itu adalah salah. Terutama hak bapa mau pun ibu adalah sama ke atas anak itu.” Jelasnya

Lebih Dari Setahun Tak Dapat Jumpa Cucu

Dalam muat naik Cef Wan di Instagram menjelaskan, dirinya dan anak lelakinya pernah hampir lebih dari setahun tidak dapat bertemu dengan Arianna, kerana bekas menantunya itu tidak berpuas hati berikutan isu urusan nafkah anak.

Dalam pada itu, Cef Wan juga menyifatkan tindakan bekas menantunya itu seolah-olah tidak mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah dilakukan.




Foto – Instagram @_chefwan58

loading...


“Kerana dendam tak puas hati pasal urusan nafkah anak, dia guna cara ini sebagai jalan untuk kenakan dia (Nadzri) dan ia juga beri kesan pada saya untuk berjumpa dengan Ariana. Letih saya nak melayan drama dia ini pun.

Tak malu ke semasa susah, saya lah juga keluar untuk dia dan Ariana selesaikan semua bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara-perkara macam tu salah ke?

Kita orang tua nasihat baik-baik tanpa pergi mahkamah untuk lawan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai kongsi jaga anak itu. Ini tak kasi jumpa sampai hampir lebih dari setahun kerana nak main drama dia. Kasihan anak itu dihalang mendapat kasih sayang seorang ayah.” Luahnya

Saman RM1 Juta

Cef selebriti ini juga mengatakan perbuatan bekas menantunya itu menuntut bayaran saman malu sebanyak RM1 juta hanyalah tindakan yang bodoh dan menunjukan seolah-olah wanita tersebut seperti terdesak.

“Dia tak malu ke ada hati nak saman saya nasihat baik-baik untuk kedua belah pihak? Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta? Kasihan rasa pahit di dalam.. Terdesak sangat ke?

Kita semua dah ‘move on’ pun! Bodoh sangat nak lawan sebab seorang anak pun. Anda dah lupa ke yang anda dah cukup malukan saya? Kasihan kan anak tu sudah lah!” Tegasnya

Untuk rekod anak cef selebriti ini, Mohd Nadzri Redzuawan berkahwin dengan Shikin Maembong pada tahun 2014 dan berpisah pada tahun 2016. Dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Putri Arianna Natasya.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post