Adik Mengaku Dah Kahwin, Sekali Sharifah Shahirah Masuk Komen Buat Ramai Berdekah

Akhirnya, pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan yang dia sebenarnya telah bergelar isteri kepada seorang lelaki Sweden bernama Michael Hansen.

Adik Mengaku Dah Kahwin, Sekali Sharifah Shahirah Masuk Komen Buat Ramai Berdekah



Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagramnya semalam.

ARTIKEL MENARIK:Anak Anzalna Nasir sakit sampai perlu masuk hospital. Sekali ramai ibu bapa tampil kongsi pengalaman dan ini yang Doktor cakap.


Menerusi perkongsian tersebut, Sakinah berkata, alasan dia tidak berkongsi tentang khabar gembira itu adalah kerana beberapa faktor peribadi.

“Ya, kami sudah berkahwin pada yang bertanya. Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak kongsikan tentang perkahwinan adalah kerana faktor isu peribadi dan juga hal berkaitan agama.

“Kami pilih untuk keep it low sebelum ini. Sekarang sudah rasmi, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan sayang semuanya,” tulisnya.

Begitupun, Sakinah tidak memberitahu lebih lanjut bilakah dia mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Sakinah turut menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian pusat kecergasan untuk wanita yang dibangunkan oleh mereka suami isteri sejak setahun lalu.

Sharifah Shahirah masuk komen

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Sakinah dan suami, termasuk kakaknya, penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah.

“Nasib baik laki handsome.. teringat pulak iklan tak kaya takpa janji hansome.. ehh terbalik,” tulisnya dalam nada berseloroh.

Terdahulu, Gempak pernah melaporkan yang Sakinah sudah mengikat tali pertunangan pada Disember 2020 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Sakinah pernah berkahwin dengan uruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.

“Disebabkan ramai bertanya… ya kami sudah berkahwin. Untuk mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan tentang perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama.

“Kami memilih untuk keep it low… tapi sekarang, it’s official, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Perkongsian Sakinah di Instagram mengenai status perkahwinannya.

Pada 5 Mac 2021, portal hiburan melaporkan Sakinah sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020.

Malah, Sakinah juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama!

Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan oleh mereka sejak setahun lalu.

“Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

Sakinah mula mengenali jejaka berasal Sweden itu sejak tahun 2020.

“Kemudian pandemik melanda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan.


loading...


“Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada equipment, trainers, komitmen daripada Sakinah setiap hari.

“Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama,” ujarnya.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Sumber : GEMPAK viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post