“Ajar Mereka Yang ‘Tak de Telor'”- Fizo Omar Minta Netizen Ambil Iktibar Dari Kes Saman Hannan Medispa

Nampaknya kemenangan pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof dalam kes saman fitnah baru-baru ini menarik perhatian pelakon Fizo Omar. Hannan yang juga merupakan sahabat baik Fizo, memenangi kes saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap seorang doktor yang mendakwa pusat kecantikan itu menipu pelanggan dengan cara menggunakan produk murah.

“Ajar Mereka Yang ‘Tak de Telor'”- Fizo Omar Minta Netizen Ambil Iktibar Dari Kes Saman Hannan Medispa



Menerusi Instagram rasmi Fizo, usahawan muda ini memuji Hannan kerana sikap beraninya menegakkan kebenaran. Fizo turut meluahkan rasa kagumnya kepada Hannan kerana mengambil keputusan untuk menyalurkan wang kemenangan saman fitnah sebanyak RM1 juta tersebut kepada anak yatim dan masjid.

ARTIKEL MENARIK:Netizen Seloroh Nampak Bentuk Kemaluan Lelaki! Foto Sajat Berbikini Dikritik Netizen


“Tahniah saya ucapkan kepada sahabat dan partner saya @dr_hannanyusof bukan diatas kemenangan dan sumbangannya, tapi tahniah diatas tindakan yang berani untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menabur fitnah di sosial media terutamanya.

Tambah Fizo lagi, orang ramai harus berwaspada dalam meninggalkan komen di sosial media supaya tidak mendatangkan fitnah.

“Sekarang ni,orang macam tak kisah dah nak komen apa, cakap apa di soc med. Mengikut akta undang-undang kita berhak untuk mengambil tindakan sekiranya komen atau kenyataan di soc media boleh menjejaskan reputasi dan menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

“Jangan ingat bila kita komen tu,orang tak tahu dan tak kenal kita, especially yang kononnya nak menyamar guna FAKE account, teknologi sekarang canggih wak, boleh je nak tahu siapa dan kat mana”- katanya lagi.


Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof, Foto: IG @dr_hannanyusof
loading...


Fizo memuji sikap Hannan yang tidak mementingkan wang kemenangan saman yang diperoleh tetapi soal maruah yang diperjuangkan.

“Respect dengan tindakan @dr_hannanyusof ni, bukan soal nak menang saman dan dapat duit ke apa, lebih kepada soal maruah dan juga mengajar mereka yang pengecut ‘tak de telor’ menggunakan soc med bukannya face to face.”- tegasnya

Fizo turut menasihati orang ramai yang gemar menggunakan akaun palsu supaya berhenti dan fokus pada diri sendiri.

“Yang  mana sibuk guna fake akaun tu, sudah-sudah lah. banyak benda lagi nak buat dalam hidup ini, lebih baik fokus untuk diri sendiri supaya lebih berjaya daripada sibuk stalk orang lain dan komen-komen macam macam dengan niat yang tak baik.”- tambahnya lagi.

Dipetik dari UTUSAN online, menurut Hannan, dakwaan doktor yang juga bekas pekerjanya pada November 2019 itu tular di Facebook menyebabkan syarikat mengalami kerugian pendapatan hampir RM1 juta. Sehingga hari ini, bekas pekerja Hannan Medispa yang kalah dalam kes itu masih belum menjelaskan saman sebanyak RM1 juta tersebut.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------


loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post