Sejak beberapa hari yang lalu, hangat di media sosial isu pertelingkahan antara cef selebriti terkenal, Cef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong yang menghantar surat saman sebanyak RM1 juta.
Susulan daripada isu yang timbul itu, Shikin Maembong hingga ke hari ini terus-menerus mendapat kecaman hebat dari netizen.
ARTIKEL MENARIK:“Untung Awak Dik..” – Netizen Puji Kakak Pengantin Bagi Hadiah Gelang Emas RM25k
Selain dari kecaman sarkastik, wanita itu juga menerima kiriman mesej peribadi kata-kata negatif daripada netizen dan ada juga yang menghina fizikalnya serta turut dipanggil sebagai menantu dari neraka.
loading...
Biarpun mendapat kecaman-kecaman yang hebat dari netizen, ibu kepada seoarang anak itu tetap tenang menghadapi itu semua dan turut meluahkan rasa hatinya menerusi Instagram Story, semalam.
Sumber : Gempak
Sekadar info, sebab Shikin menyaman cef selebriti itu kerana telah menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suaminya, Chef Riz berhubung soal anak.
Kredit - Beautifulnaraloading...
إرسال تعليق