ENGGAN nama baik terjejas, pelakon Fasha Sandha sentiasa berpesankan kepada adiknya, Elisya Sandha agar menjaga disiplin di lokasi penggambaran.
Selain itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, sikap merendah diri dan berkongsi rezeki dengan kru produksi perlu diambil berat agar disenangi ramai.
ARTIKEL MENARIK:Isteri Dikatakan Sebenarnya Janda Anak Dua, Tidak Berdiam Diri, Remy Tampil Ceritakan Perkara Sebenar
Selain itu, Fasha turut berpesan kepada Elisya agar sentiasa merendah diri dan berkongsi rezeki dengan kru penggambaran.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya.
“Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata. Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva.
“Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” kata Fasha kepada mStar.
Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva.
Isteri kepada aktor Aidil Aziz ini sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menepati masa dan disenangi orang dalam industri.
16 tahun dalam industri, pelakon drama Khilaf Asmara ini sentiasa memastikan dirinya mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
Fasha tiada masalah untuk bangun awal pagi pergi kerja.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya.
Elisya Sandha dah hamil?
Pelakon Elisya Sandha, 22, berkongsi berita kehamilannya menerusi hantaran video sekitar tahun 2021 dengan menyelitkan sekeping gambar imbasan ultra bunyi.=
Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan bagaimanapun belum berkongsi lanjut mengenai kehamilannya kepada umum.
Malah, menantu kepada pelakon Sheila Rusly itu menafikan mengenai berita kehamilannya ketika ditemubual pada sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara maya pada minggu lalu.
“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat. Jadi saya mengambil tempoh berehat selama sebulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga mentua.
“Tapi bukanlah disebabkan itu (berbadan dua), saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja. Jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah saja.
“Perancangan (hamil) itu adalah. Doa yang baik-baik,” katanya ketika diusik mengenai soal cahaya mata selepas memaklumkan dirinya kurang sihat tanpa memperincikan masalah kesihatannya itu.
Ruangan komen perkongsian berkenaan dibanjiri dengan ucapan tahniah dalam kalangan peminat yang menyedari foto imbasan ultra bunyi itu.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.
Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.
Kredit -
Post a Comment