Pengakuan bekas suami, Rashidi Ishak yang memaklumkan perpisahan mereka selepas 17 tahun bersama nyata mengejutkan.
Tambahan pula, pasangan ini selalu menjadi pasangan kegemaran peminat kerana pasangan ini dikatakan sangat secocok bila bersama.
ARTIKEL MENARIK:Sambung Degree & Suka Bagi Motivasi, Kenali Isteri Cantik FIZO OMAR Bijak & Ada Pakej Lengkap!
Apa pun, jom kita tengok 10 fakta menarik mengenai heroin filem Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran
1) Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Binti Imran telah dilahirkan pada 1 Oktober 1973 di Pulau Pinang namun membesar di Kuala Lumpur.
2) Lebih gemar dengan nama panggilan Vee, pelakon berusia 46 tahun ini telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
3) Ketika Vanida berusia 20 tahun, dia telah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World pada tahun 1993 dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
4) Selepas itu, Vee telah memulakan kariernya sebagai seorang pelakon pada usia 21 tahun. Vanida telah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Aziz M. Osman.
5) Pada tahun 1 Oktober 2000, Vanidah telah menamatkan zaman bujangnya untuk mengahwini Rashidi Ishak. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata bernama Mikhail Aimran dan Maryam Rashika.
6) Walaupun telah mendirikan rumah tangga, Vanidah tetap mementingkan soal akademik. Lalu, Vanidah telah melanjutkan pengajian tinggi untuk memperoleh ijazah Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia.
7) Pada tahun 2007, pelakon yang terkenal di dalam filem misteri The Red Kebaya, telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 setelah hampir 25 tahun Vanidah bergelar sebagai anak seni.
8) Vanidah telah menceburi dalam bidang pengacaraan pada tahun 2011 apabila dia telah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3 untuk mengantikan pengacara terdahulu, Maya Karin.
9) Menyedihkan, Vanidah telah kehilangan ibu tercinta, Sharifah Bee Binti Abdul Majid pada Disember 2017 akibat komplikasi jantung.
10) Terdahulu Rashidi Ishak telah mengumukan perceraiannya bersama Vanidah. Menurut Rashidi, mereka telah disahkan bercerai pada 1 Ogos 2018 di hadapan hakim Makhamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
‘Memang ada lelaki cuba mendekati’
Kegagalan perkahwinan pertamanya tidak pernah membuatkan pelakon, Vanidah Imran, menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup.
Vanidah yang lebih mesra disapa Vee, 46, bagaimanapun berkata tidak mudah untuknya menyerahkan hati kepada sesiapa kerana ada syarat perlu dipatuhi pihak berkenaan dalam perhubungan.
“Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak.
“Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.
“Justeru, kalau ada lelaki yang mahukan saya, dia kenalah pandai mengambil hati mereka juga. Selain diri ini, dia juga perlu menyayangi anak-anak saya,” katanya kepada BH Online.
Tegas pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 ini, siapa sahaja yang bakal menjadi suaminya nanti, lelaki terbabit tidak boleh bersikap terlalu mengongkong.
“Saya ada aktiviti kegemaran sendiri seperti menyertai acara larian. Jadi, saya harap biarlah lelaki terbabit dapat memberi kebebasan untuk saya melakukan hobi saya itu. Saya tidak mahu nanti, banyak perkara tak boleh dilakukan selepas kembali berumah tangga.
“Sebelum ini pun, bekas suami (Rashidi Ishak) tidak pernah mengongkong, malah memberi galakan untuk saya melakukan aktiviti yang berfaedah,” kata Vanidah
Rashidi Ishak hidup dalam paranoid
PETALING JAYA – Pengalaman menjadi pesakit Covid-19 selepas dijangkiti wabak maut berkenaan pada Disember tahun lalu benar-benar mengubah kehidupan pelakon Rashidi Ishak.
Akui Rashidi, 48, dia mengakui berasa trauma dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerana ketika itu, keadaan kesihatannya agak teruk.
Trauma yang dialaminya membuatkan dia berubah menjadi seorang yang memiliki personaliti Obsessif Kompulsif atau Obsessive compulsive disorder (OCD) Covid-19.
“Sekarang saya jadi lebih OCD. Cecair pembasmi kuman sentiasa ada dibawa bersama, tak habis-habis nak bersihkan tangan.
“Kesan kejadian tempoh hari juga buatkan saya tak bergaul dengan sesiapa semasa penggambaran. Selepas tamat babak, saya masuk kereta dan jauhkan diri daripada orang.
“Sekarang pun saya tak keluar berjumpa orang. Selepas kerja, terus balik ke rumah. Perancangan bercuti pun langsung tak ada untuk tahun ini memandangkan kes harian juga semakin meningkat,” kongsinya.
Dia berkata demikian ketika ditemu bual secara maya sempena mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Tetuan Ang & Rahimin bersama Ben Amir dan Daiyan Trisha semalam.
Rashidi disahkan positif pada 7 Disember tahun lalu ketika penggambaran Tetuan Ang & Rahimin berlangsung iaitu tiga hari selepas Daiyan terlebih dahulu disahkan positif pada 4 Disember.
Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, dia memaklumkan bahawa keadaan dirinya ketika itu sangat teruk kerana mengalami banyak simptom seperti demam, batuk, cirit-birit dan muntah pada hari keempat kuarantin.
Seluruh badannya juga berasa lembik dan sakit sehingga tiada tenaga selain otot-ototnya berdenyut.
Kini selepas lebih dua bulan pulih, pelakon itu berkongsi keadaan kesihatannya pasca dijangkiti Covid-19.
“Selepas sembuh, saya mudah berasa letih. Untuk drama Tetuan Ang & Rahimin, ada jayakan babak di dalam mahkamah yang ambil masa panjang berjam-jam lamanya.
“Selepas empat hingga lima jam, saya terus rasa tak larat. Malah ton suara saya juga jadi berbeza, tambahan pula pada ketika itu saya belum pulih sepenuhnya,” ujar Rashidi.
Selain Rashidi dan Daiyan, ramai lagi selebriti tempatan menjadi mangsa jangkitan Covid-19 antaranya Intan Ladyana, Nabila Razali, Ariff Bahran dan Afdlin Shauki.
Sumber : Carian Google via
Post a Comment