Jika Sblm ini Sorok² Tak Bertudung, Kali ni Bekas Bini Daie Farhan Terang² Tunjuk Satu Gamabr Buat Ramai Terpaksa ‘unfollow’

Sejak berkongsi foto tanpa mengenakan hijab secara terbuka, bekas isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin kembali menjadi perbualan warganet di media sosial.

Jika Sblm ini Sorok² Tak Bertudung, Kali ni Bekas Bini Daie Farhan Terang² Tunjuk Satu Gamabr Buat Ramai Terpaksa ‘unfollow’



Terbaru, Dr Erin atau mana sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi sekali lagi mengundang perhatian ramai.

ARTIKEL MENARIK:“Aku Vote Habis Beratus, Kau Jadi Macam Ni? – Netizen Terkejut Tengok Saiful Makin ‘Wanita’,


Ini apabila tampil dengan imej sebegitu menerusi swafoto dimuat naik di laman Instagram.

Foto tanpa hijab, netizen perli bekas isteri

Menerusi kapsyen, wanita berusia 42 tahun itu menulis seolah-olah mampu berdepan kepayahan.

Dan tetap sedaya upaya berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.

Bagaimanapun, kebanyakkan netizen ada yang memilih untuk memberikan kata-kata positif.

Ni bukan jadi diri sendiri, tapi syetan berjaya hasut?

Terpaksa ‘unfollow’

Dasyat aura dia!

Mereka juga menitipkan doa agar wanita itu dapat kembali kepada fitrah sebagai seorang muslimah.

loading...


Posting itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan 300 komen pengikutnya.

Dimana rata-rata mereka menegur penampilan Dr Erin yang dikatakan kurang sesuai apatah lagi pernah bertudung labuh sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu meninggalkan komen sindiran termasuk mengenai ‘aura ke-19’ yang dikatakan sudah ‘hilang’ selepas popular suatu ketika dahulu.

Sekitar November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila didakwa berkahwin dengan Dr Erin secara rahsia di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya dikenali sebagai Fatin.

Tidak lama selepas itu, Da’i Farhan menceraikan Fatin yang ketika itu sedang hamil anak kedua mereka dengan talak satu pada Disember tahun sama.

Jodoh antara Da’i Farhan dengan Dr Erin bagaimanapun tidak berpanjangan apabila masing-masing berpisah pada April 2020 selepas lima bulan berkahwin.

Foto tanpa hijab, netizen perli bekas isteri

Da’i Farhan atau nama penuh Nik Farhan Nik Mohamad kemudiannya bernikah semula dengan Fatin pada Mei tahun lalu.

Dr. Erin Buka Cerita Cerai Dengan Bekas Suami Kasanova – “Dia Kantoi Ada Affair, Tangan Kita Yang Tercabut”

Bekas isteri Da’i Farhan, Dr. Erin tampil mendedahkan kisah sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama salah seorang bekas suaminya terdahulu.
Menerusi hantaran di Instagram, kata Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, dia terpaksa mengorbankan rumah tangganya bagi mengelakkan nyawanya dan anak-anak terancam.

“Terpaksa menjandakan diri. Ramai yang kata saya ni perempuan tak baik sebab kahwin banyak kali, saya takkan buka bab perceraian saya yang lain-lain sebab menghormati keluarga bekas-bekas husband saya yang semuanya baik-baik dan memahami kenapa saya bercerai secara baik dengan anak-anak depa.

“Bukan sebab orang ketiga cuma masalah yang boleh membahayakan nyawa saya dan anak-anak, itu je saya nak komen,” katanya.

Dedah Erin yang juga perawat neurofisiologi, perkahwinannya bersama seorang dua anak dua mulai retak apabila kiriman mesej aplikasi WhatsApp skandal suaminya ketika itu secara tidak sengaja terkantoi.

“Pendek cerita lepas seminggu akak nikah dengan duda ni, dia kantoi WhatsApp skandal masuk depan akak ketika anak OKU main telefon bapa dia.

“Jadi akak pun bacalah nak ambil tahu sangat. Tapi akak tanya je pun kat dia kenapa kahwin dengan akak kalau tak puas mencari perempuan lagi? Akak pun merajuk la sat nak balik jumpa mama.

“Masa akak balik kampung tu dia perburuk akak kat mak dia sebijik macam dia tuduh bekas bini dia dulu tu. Dia kata kat mak dia akak ada laki lain sebab tu balik Penang.

“Lepas dah sejuk, akak balik rumah mentua tapi mentua tak nak tengok muka akak. Masa tu akak hairan napa mak dia ni, dulu baik je dengan aku takkan sebab aku balik Penang nak marah macam ni. Lepas tu suami call kata mak tak nak tengok muka akak lagi.

“Mak dia duk suruh anak dia cerai akak dah anak dia kata akak bini curang. Jadi, mak dia tuduh akak bagi nasi kangkang kat anak dia sebab tu anak dia susah nak tinggal akak.

“Jadi, mak ni sampai ‘berpedang-pedang kain kuninglah’, punya nak kami bercerai. Akak suruh dia balik pada mak dia, cukuplah akak kehilangan mama akak tapi takkan sanggup hilang anak-anak dengan cara tu demi pertahankan rumah tangga puaka ini,” ceritanya.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram juga, Erin memuatnaik foto tangan yang berbalut selepas insiden kantoi mesej skandal.

“Dia yang kantoi ada affair dengan bini dan janda-janda, bila kita tanya je pun tangan kita yang tercabut. Bertuah laki ni dapat bini tak melawan,” katanya.

Erin pada masa sama menunjukkan bukti-bukti perbualan bekas suaminya bersama beberapa individu lain termasuk individu yang difahamkan sebagai bekas isterinya terdahulu.

Menerusi perkahwinannya dengan bekas suaminya itu, Erin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Justeru, kata Erin lagi, dia tidak kisah seandainya perlu menjadi janda berkali-kali sekiranya perkahwinan itu membawanya ke neraka.

“Bukan saja-saja orang nak jadi janda, tapi kalau perkahwinan tu bawa kita ke neraka, saya tak kisah jadi janda berkali-kali. Janji Allah reda. Jangan kita takut dengan kecaman orang, yang kecam tu pun level langau je.

“Bangun dan bangkit untuk cari syurga kita anak-beranak. Ada jodoh kahwin lagi jangan tak kahwin, rugi,” ujarnya.

Kredit : IG/BN viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post