Kereta Myvi Shuk Sahar ‘T3rjun’ P4rit

Nama Shuk Sahar menjadi perbualan hangat di platform TikTok selepas satu video memperlihatkan sebuah kereta terb4bas ke dalam parit yang did4kwa milik pelawak itu.

Kereta Myvi Shuk Sahar ‘T3rjun’ P4rit



Difahamkan kereta jenis Myvi berwarna hitam berkenaan terb4bas di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada petang Isnin.

ARTIKEL MENARIK:“Ajar Mereka Yang ‘Tak de Telor'”- Fizo Omar Minta Netizen Ambil Iktibar Dari Kes Saman Hannan Medispa


Menguatkan lagi spekulasi kenderaan itu milik Shuk apabila sebuah portal tempatan iaitu Utusan TV menerusi TikTok rasmi turut berkongsi video tersebut.

“Kereta Shuk Sahar terjun parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam,” tulis tajuk di video tersebut.


Menerusi rakaman tersebut, pelawak berusia 36 tahun itu turut dilihat berada di lokasi kejadian sambil memerhati keretanya diangkat naik ke atas jalan.

Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar dilihat tenang dan masih mampu ketawa.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan komen daripada Shuk g4gal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen dan respons.

Malah, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza.


loading...


“Lain kan kalau orang biasa punya kereta jadi begitu, hati r3muk. Tapi artis boleh gelak, relax beli lagi apa ada hal.


“Kereta ini juga dia pakai pergi lepak Padang Kota hari itu kat Penang, memang kereta dia kan,” komen beberapa netizen.

Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera supaya tahu tentang kem4langan tersebut.

Untuk rekod, status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memf4ilkan percer4ian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih


Kredit -Mstar viaMotif Viral


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post