Punca Sebenar Iqval Tersingkir Didedahkan. Rupanya Ada Benda Tak Ok Yg Jadi

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan, ketiadaan bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli di sesi sidang media yang diadakan selepas program itu selesai adalah kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Punca Sebenar Iqval Tersingkir Didedahkan. Rupanya Ada Benda Tak Ok Yg Jadi



Nurzeha ketika ditemui berkata, dia juga masih menantikan maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan daripada pihak pengurusan peserta pertama yang tersingkir itu.

ARTIKEL MENARIK:“Sudah lama bersabar dan bertahan” Puteri Sarah dedah sudah mempunyai bvkti kukuh,Jumpa di mahkamh


“Saya dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Iqbal terus keluar sejurus selepas dia diumumkan sebagai peserta tersingkir.

“Katanya, dia tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” ujarnya kepada Harian Metro.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan nyanyian asal band Indonesia, Matta mendapat markah keseluruhan 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus markah undian penonton.

Juri tetap, Ajai berkata, ketiadaan Iqbal dalam program itu selepas ini tidak memberikan kesan kepadanya selaku juri.


loading...


“Dia ada atau tak, sama sahaja. Maksud saya, sudah-sudahlah dengan perkara begini. Benda ini berkaitan maruah dan untuk kebaikan dia sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula menganggap ini adalah keputusan terbaik untuk semua pihak.

“Keputusan sudah dibuat dan ia adalah keputusan yang betul. Bukan sahaja untuk program Big Stage, tetapi juga untuk dirinya sendiri,” katanya.

Selain Ajai dan Siti, Big Stage juga menyaksikan penyanyi, Aina Abdul berada di kerusi Juri Juara, Mas Idayu sebagai Juri Pedas dan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

SUMBER: HMETRO viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post