Ahli UMNO Kini 3,391,236 Orang, Zahid Desak Bubar Parlimen!

KUALA LUMPUR: UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, sementara bilangan cawangannya berjumlah 22,274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara.

Ahli UMNO Kini 3,391,236 Orang, Zahid Desak Bubar Parlimen!



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Sabah merekodkan keahlian tertinggi iaitu 594,631 ahli, diikuti Johor (452,642 ahli); Selangor (426,109 ahli); dan Kedah 300,564 ahli.

ARTIKEL MENARIK:Selepas PM Umum Pengeluaran Lagi RM10,000 KWSP, Ini Yg Berlaku Kepada Tengku Zafrul Dalam Parlimen


Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu seramai 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849 ahli); Libaran (39,513 ahli), Gombak, (38,437 ahli) dan Baling, 37,249 ahli," katanya ketika menyampaikan laporan Setiausaha Agung UMNO (PAU) pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara hari ini.

Ahmad berkata, pada PAU kali ini, seramai 21 duta dan wakil negara hadir termasuk United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh.

"Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, 1 Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir. UMNO masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di dewan ini.

"Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNO Siswa daripada 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS serta UMNO Siswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia," katanya.

Beliau juga memaklumkan, seramai 5542 perwakilan UMNO hadir pada PAU kali ini iaitu perwakilan wanita (954 orang), pemuda (966 orang), puteri (956 orang) serta 2666 orang, perwakilan bahagian lapor Berita Harian



Dalam masa yang sama MalaysiaNow melaporkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tekanan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen, 10 kali menyebut tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam ucapan dasarnya dalam perhimpunan agung parti itu hari ini.

Katanya, Umno mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju parti sendiri dalam mendepani PRU15 meskipun kuasa membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet.

“Jadi hendak tunggu apa lagi, bubarkan Parlimen,” katanya dalam ucapan dasar presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Zahid bagaimanapun berkata Umno adalah sebuah parti yang menjunjung Perlembagaan dan memahami kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet dan perdana menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ucapan Zahid hari ini sebada dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang sebelum ini turut mendesak Ismail membubarkan Parlimen segera selepas siri kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Bagaimanapun Ismail sebelum ini menegaskan Umno tidak boleh melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pembubaran Parlimen.

Kredit -Anak Sungai Derhaka


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post