Nama pelakon ini bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Dikenali dengan nama Zul Ariffin, pelakon ini memulakan kariernya sebagai anak seni pada tahun 2008 menerusi drama Awan Dania.
Boleh dikatakan memiliki pakej lengkap sebagai seorang pelakon, Zul Ariffin juga cukup sinonim dengan badannya yang tegap serta kacak.
ARTIKEL MENARIK:Sanggup Berlakon Adegan P4nas Dgn Zul Ariffin, Ini Biodata Siti Hariesa Pelakon Perempuan Itu
Malah terbaharu ini namanya menjadi bualan hangat selepas satu klip video aksi ‘panas’ dari sebuah drama telah dikongsikan olehnya.
Difahamkan video tersebut adalah teaser bagi sebuah drama yang bakal ditayangkan pada April nanti berjudul Perempuan Itu di TV3. Apa-apa pun jom kenali serba sedikit mengenai pelakon lelaki yang sering menjadi tumpuan ramai ini menerusi biodata Zul Ariffin berikut:
Biodata Zul Ariffin
NAMA PENUH: Zulkifli Bin Ariffin
NAMA POPULAR: Zul Ariffin
UMUR: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1986
ASAL: Taiping, Perak
INSTAGRAM: zul_ariffin
Kerjaya
Pada awal pembabitannya dalam dunia seni, Zul Ariffin berlakon dalam drama Awan Dania pada tahun 2008 sebagai watak pembantu. Dia kemudiannya membintangi drama Gerak Khas memegang watak Inspektor Ashraf di RTM.
Filem pertama lakonannya adalah Evolusi KL Drift 2 pada 2010 sebagai ASP Zam. Namanya semakin menjadi perhatian ramai selepas berganding dengan Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% di slot Akasia TV3. Sejak daripada itu, kejayaan satu persatu drama lakonannya mula membuahkan hasil.
Zul Ariffin juga pernah memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem Penanggal.
Jika nak diceritakan tentang perjalanan karier lakonan Zul Ariffin memang sudah banyak dan panjang. Namun sudah pastinya beberapa kontroversi turut terpalit pada figura ini menjadikan namanya sering mencuri perhatian ramai.
Foto
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/ via Slamber Media
Post a Comment