Buat2 Senget Mulut Ketika Live, Jalan Tempang Macam Cacat, Kak Long Bersumpah Demi Allah Tiada Niat Persenda OKU, Ramai Geram Tengok Video Dia

BAGAI tiada kesudahan. Begitulah kisahnya mengenai Kak Long atau Wan Nor Baizura yang yang pernah tular gara-gara kes amukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC, baru-baru ini.

Buat2 Senget Mulut Ketika Live, Jalan Tempang Macam Cacat, Kak Long Bersumpah Demi Allah Tiada Niat Persenda OKU, Ramai Geram Tengok Video Dia



Pada Isnin pula, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

ARTIKEL MENARIK:Pengasuh Lempang Bayi Bertalu-Talu, Ketuk Kanak-Kanak Guna Sudip! Video Viral Dikatakan Dirakam Anak Tiri Usia 11 Tahun


Belum reda isu itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang dan herot, persis Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tindakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghina golongan cacat, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.

Buat2 mulut senget pulak

Video yang dimuatnaik kembali oleh Hafiz Shukri itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai memandangkan tindakan yang dilakukan kurang dari 24 jam selepas gambarnya berada di program TV AlHijrah tular.

Video tersebut pastinya membuatkan ramai pihak marah lebih-lebih lagi golongan OKU kerana ia disifatkan sebagai biadap kerana berpura-pura bertindak sebegitu ketika menjawab beberapa kecaman daripada netizen.

Minta maaf macam biasa

‘Goyang’ dengan kecaman yang diterima kali ini, Kaklong 7E seperti biasa membuat live di ruangan media sosialnya dengan memohon maaf dan menafikan tindakannya yang didakwa mengejek OKU.

Kesal dengan apa yang telah dilakukan, dia berulang kali memohon maaf dalam status Facebooknya kerana sedar menjadi kecaman orang ramai lagi.

Minta maaf sangat2

Gurau2 je sebenarnya

Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan dakwaan itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.

“Demi Allah saya tidak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?

1515177

TV Al Hijrah tangguh siarah program yang menampilkan Kak Long sebagai tetamu jemputan.

“Demi Allah saya tak ada niat nak hina OKU. Saya akui saya buat live gurau-gurau saja. Tapi benda tu buat ramai terasa. Saya minta maaf lagi sekali. Demi Allah saya tiada niat nak hina OKU,” tulisnya.

Ketika dihubungi mStar pada Rabu pagi, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai cubaan untuk memburukkan namanya.

Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?




“Video terbaharu saya viral, orang kata saya hina OKU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak hina, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.

“Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Al Hijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni ‘lapar’ famous.

“Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut OKU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham. Kenapa nak ambil tindakan? Sedangkan saya tak hina OKU. Saya tak sebut nama OKU,” ujarnya.

Menurut Kak Long, dia penat berdepan isu demi isu, malah setiap tindak-tanduknya di media sosial menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesalahan dan menjatuhkannya.

1515178

Kak Long menafikan dakwaan dia menghina OKU.

“Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Sekarang bila buat live FB, orang akan rakam video live saya. Orang tunggu masa saja. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga. Saya malas nak fikir.

“Saya buat live sekadar happy, untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya tak akan maafkan awak. Sesiapa yang edit video saya, pun saya tak maafkan.

“Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?” ujar Kak Long lagi.

Dalam pada itu, Kak Long yang berada di ibu negara sejak Ahad lalu demi memenuhi jemputan TV Al Hijrah baru sahaja tiba di Dungun, Terengganu sekitar jam 4 pagi Rabu.

Biarpun sudah membuat rakaman, TV Al Hijrah pada Selasa mengumumkan penangguhan siaran rancangan tersebut.

Selain pihak produksi dan Kak Long, Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara turut dikecam teruk oleh netizen.

Banyak sangat buat hal

media_post_e242c328ad214f2349eb9c7a1fc6c

media_post_cad0bf826ac6db3a4cd9a12c869fd

media_post_f8148e5b1c45dd385699c0db096e6

media_post_aa4f3af6b5bd5a283c1c8d31842f9

Tolong uninstall FB dia

Buat salah lepastu minta maaf


Orang macam ni sampai masuk tv?


Sumber Mstar viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post