Gara-Gara Serah Nama Dan Kata Laluan, Wang Berjumlah RM9,900 Lesap Dalam Bank

KOTA MARUDU: Seorang guru kerugian RM9,900 selepas menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet miliknya kepada orang tidak dikenali.

Gara-Gara Serah Nama Dan Kata Laluan, Wang Berjumlah RM9,900 Lesap Dalam Bank



Hal ini berlaku, susulan mangsa terlalu khuatir akan didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram.

ARTIKEL MENARIK:“Maaf bukan nak menyusahkan, cuma nak minta rm3 utk isi minyak” Pakcik Tunggang Motosikal Dari Kual Kangsar Ke KL Undang Simpati Ramai


Dalam kejadian pada 1 Mac lalu, mangsa lelaki berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali.

Individu tersebut mendakwa dia daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Zairolnizal Ishak, pemanggil memaklumkan kepada mangsa yang dia mempunyai tunggakan cukai syarikat.

Mangsa kemudian diarahkan menghubungi satu lagi nombor yang mengaku sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Individu yang mendakwa kononnya pegawai polis itu kemudian memaklumkan nama mangsa telah terbabit dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Lalu, mangsa diminta memberikan maklumat akaun peribadi miliknya.

“Oleh kerana berasa takut dan panik, mangsa mengikut arahan yang diberikan sehingga memberikan maklumat nama serta kata laluan akaun bank miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Zairolnizal berkata, pada 21 Mac lalu, mangsa membuat semakan dalam talian ke atas akaun miliknya.

Lalu, mangsa mendapati terdapat transaksi yang dilakukan daripada akaun miliknya.

Transaksi dilakukan kepada akaun milik individu yang tidak dikenali, membabitkan nilai RM9,900.

“Menyedari ditipu, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di atas kehilangan wang dalam akaun miliknya, pada 22 Mac lalu,” katanya lagi.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Astro Awani viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post