“Ini Bukan Pert4ma K4li Sej4k K4hwin Dengan Heliza, Tak Sngka Sem4kin Menj4di-J4di” Suami Heliza

Petaling Jaya: “Ini bukan kali pertama nama saya digunakan, malah semakin menjadi-jadi sejak saya mendirikan rumah tangga bersama Heliza,” kata Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Ini Bukan Pert4ma K4li Sej4k K4hwin Dengan Heliza, Tak Sngka Sem4kin Menj4di-J4di” Suami Heliza

Pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium yang juga suami kepada selebriti, Datin Seri Heliza Helmi itu mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud.

ARTIKEL MENARIK:Melampau, Kekasih Pembantu Rumah Sebar Foto Tak Bertudung Isteri Artis Dengan Kapsyen Tak Senonoh

Beliau mengesan pihak dan individu terbabit menggunakan akaun palsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram selain aplikasi sembang maya seperti Telegram untuk memperdaya mangsa.

Akibatnya, beliau dan syarikatnya menerima banyak kiriman mesej daripada mangsa yang mendakwa menanggung kerugian akibat ditipu sindiket berkenaan.

“Berdasarkan maklumat mangsa, mereka ditawarkan skim pelaburan serendah RM300 dan menjanjikan pulangan antara RM10,000 sehingga RM18,000 hanya dalam tempoh tiga hari.

“Scammer ini menggunakan nama, gambar dan video ceramah saya kononnya saya adalah bos mereka.

“Kebanyakan mangsa yang terpedaya memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank diberikan tetapi selepas tiga hari, mangsa diminta memasukkan sejumlah wang lagi sebagai deposit bagi mendapatkan wang pelaburan mereka.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila individu terbabit gagal dihubungi selepas memasukkan wang itu,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Sungai Penchala di sini, hari ini.

Mahadi berkata, setakat ini pihaknya mengesan kira-kira 100 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan identitinya untuk mempromosikan skim pelaburan dan menipu mangsa.

Kredit -Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post