Tular sejak semalam kisah luahan suami yg lumpvh sebelah badan kerana ditimpa kemlangan. Dengan pergerakan yg terbatas menyukarkan si suami untuk bekerja dan menampung keluarga.
Tanggungjawab mencari rezeki digalas si isteri. Namun segalanya mula berubah. Isteri yg dahulunya sopan dan taat kini mula memarahi dan mem4ki si suami yg dikatakan menjadi beban kepadanya.
ARTIKEL MENARIK:Aku Berkwn Dgn Suami Org. Tiba2 Si Isteri Call Berkali2 Hingga Aku Terpaksa Jwb, Tak Sangka Si Isteri Boleh Tanya Mcm Mana Aku Jaga Kbersihan Diri Dan Alat Sulit, Rupa-Rupanya Ada Sebab Disebalik Soalannya Yg Buat Ak Terkejut
Sebak bukan. Ikuti luahannya yg dikongsi dari laman KRT dibawah. Salam Admin. Mohon hide kan profile saya min. Saya memerlukan bantuan dan pandangan. Maaf jika coretan saya agak panjang. Saya dah berkahwin dengan isteri saya dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Awal perkahwinan kami semuanya baik. Saya bekerja swasta dengan gaji yg cukup menampung keluarga. Isteri saya juga bekerja. Dia isteri yg baik, menhormati saya dan melayan saya sebagai suami selayaknya.
Namun, segalanya berubah setelah saya terlibat dalam kemlangan motor awal tahun lepas waktu balik kerja. Doktor sahkan saya lumpoh kekal separuh badan dari pinggang ke bawah kerana saraf tunjang saya rosak teruk
selain drpada beberapa tulang saya patah. Allah sahaja yg tahu betapa celarunya fikiran saya waktu tu. Bermula saat itu, isteri lah yg menjadi tempat bergantung. Dengan monthly rumah, kereta, bil-bil utiliti dan kelengkapan dapur. Isteri yg mulanya lemah lembut, penyayg, berubah 360 darjah.
M4ki h4mun jadi biasa baginya setiap hari. Saya ada juga usaha untuk bantu dia dengan libatkan diri dalam bisnes online. Tapi, apalah daya yg saya ada dengan keadaan lumpvh masa tu. Akhirnya, saya semakin tidak dia pedulikan dan yg paling saya terkilan, hampir setiap hari isteri ckp
“Kenapalah kau tak m4mpus je acident haritu, hidup pun menyusahkan aku!!!”. Allahu. DIA sahaja yg tau perasaan saya waktu tu. Saya faham isteri sangat tertekan dan saya cuba bersabar. Dengan duit tak mencukupi, dulu serba lengkap, kini serba tak kena. Saya pulak cac4t (Saya pemegang kad OKU).
Keadaan bertambah teruk bila isteri dah mula sep4k teraj4ng saya. Banyak kali kaki saya dip1jak dan disep4knya. Walaupun saya tak rasa sakit (kesan lumpoh, anggota badan tak rasa bila ada sentuhan). Tetapi hati saya sangat terluka min, diperlakukan oleh orang yg kita sayg.
Saya pula diarahkan tidur bawah, beralaskan tilam bujang. Cuma, saya bersyukur, dalam derita, Allah hadirkan seorang sahabat yg sangat baik untuk saya. Setiap hari sahabat saya akan melawat saya, temankan saya, mandikan saya dan sediakan makanan untuk saya. Setiap hari min dia jaga saya. Allah, Allah.
Hanya Yg Rahman shj yg mampu balas jasa kau sahabat. Dia tau derita saya walaupun saya tak pernah cerita layanan isteri sejak saya lumpvh. Tanpa pengetahuan isteri, saya minta sahabat saya uruskan claim insurans dan socso (kemlangan dalam tugas).
Dia lah yg bantu saya, papah saya turun naik ke pejabat insurans, uruskan pula claim socso semasa isteri saya keluar kerja. Setiap malam saya qiamullail min. Setiap mlm pkul 3pg-4pg, saya akan bangun bertaubat kepada Allah, mengadu nasib kepada Maha Pencipta.
Setiap mlm selama berbulan-bulan saya menangis di depan Allah min. Saya meratap nasib saya, menangis akui betapa kerdilnya saya di depan Yg Maha Kaya. Saya bertaubat sungguh-sungguh min, mungkin saya lalai dan leka dengan kemewahan yg Dia bagi selama ni hinggakan Dia murka dan tarik nikmat saya sekelip mata.
Satu malam tu, saya terlewat bangun untuk qiamullail, dalam pkul 5 pg, tak macam selalu pkul 3 pg. Saya bangun tergesa-gesa terus ke bilik air. Sampai di pintu dapur, baru saya tersedar min, yg saya ke bilik air tanpa kerusi roda. Allah, Allah.
Menangis saya min, terus saya sujud syukur kat pintu dapur tu. Saya menangis lama sujud syukur kepada Allah min. Sangat lama. Dia Maha Kuasa, mampu pulihkan saya walaupun dokator dan perubatan sendiri sahkan keadaan saya yg akan lumpvh seumur hidup.
Hati saya meronta nak naik ke bilik atas, nak kejutkan anak isteri saya, nak bagitau yg saya dah boleh berjalan semula, yg saya dah tak cac4t lagi. Tapi, sebahagian hati saya menghalang min. Jadi, saya ambil keputusan nak surprise kan dia pagi nanti.
Pagi tu, saya bersiap kemas-kemas, dan pura-pura duduk atas kerusi roda sambil buat sibuk sidai baju di luar. Masa isteri saya keluar nak ke tempat kerja, saya terjatuhkan tudung kesaygan dia sebab ampaian tu agak tinggi dengan keadaan saya berkerusi roda wakatu tu.
Habis dia meng4muk sakan min, m4ki hamun saya macam takde hari esok utk dim4ki, ditolaknya pula kerusi roda saya sampai saya tersungkur kat lantai min. Kebetulan sahabat baik saya baru sampai dpn pagar rumah berlari dapatkan saya, dan itu adalah pertama kali dia nampak sendiri
sikap sebenar isteri saya yg tak pernah saya cerita pada dia. Terkejut dia min, sampai dia bangun nak tampar isteri saya. Nasib saya sempat halang, dan sedarkan dia yg nak ditampar tu isteri saya. Isteri saya bertambah marah, masuk ke dalam, dia campak semua kain baju saya keluar min.
Dia menjerit-jerit halau saya dari rumah saya sendiri, dia m4ki h4mun saya depan sahabat saya, depan jiran-jiran yg sama terkejut bising-bising pagi tu. Menangis saya min. Tu je mampu saya buat. Hanya kerana tudung. Sahabat saya cuba untuk papah saya ke kerusi roda semula, tapi saya halang.
Saya bangun sendiri, kutip satu-satu pakaian saya dalam keadaan terhincut-hincut. Saya nampak reaksi terkejut sahabat dan isteri saya sebab saya mampu berjalan sendiri. Saya bungkus pakaian saya dengan kain pelikat, saya gerak ke kereta sahabat saya. Sahabat saya hanya ikut saya tanpa kata apa-apa.
Saya hanya mampu ucapkan kat isteri saya “halalkan makan minum abang sepanjang abang tak sihat. Abang maafkan awak dunia akhirat, abang redha, abang ampunakan awak,”. Tersedu-sedu saya menangis min. Masa saya dalam kereta sahabat saya tu, saya terus cari kerja dalam fb yg ada sediakan tempat tinggal,
yg sesuai dengan keadaan fizikal saya yg masih tak mampu kerja kuat dan berdiri lama. (Yg mana sahabat saya dalam fb dan group mencari kerja fb pasti tau siapa saya). Sahabat saya marah betul pada saya masa tu sebab sembunyikan masalah saya daripada pengetahuan dia. Dia ajak saya menumpang rumah dia,
tapi bagi saya, cukuplah saya dah menyusahkan dia selama ni. Saya minta dia untuk tinggalkan saya di Masjid sebab di sana ada rakan jemaah yg saya kenal dan pernah sama-sama ikut mereka tabligh. Marah shbt saya min sebab saya berkeras juga nak ke sana. Maafkan aku sahabat, cukup banyak dah aku susahkan kau,
tiba masa aku mencari kedamaian di jalan Allah. Mak saya dan keluarga masih ada, cuma saya tak mahu menyusahkan diorang. Lagipun, saya tak mampu nak bagitau hal ni pada mak saya, saya bimbang mak marah, kecewa, dan demi menjaga a1b isteri saya sendiri. Sampai di masjid sana, saya terus mencari Ust Adi (bukan nama sebenar) yg mesra saya panggil sebagai ‘abang’,
seorang mullaf Myanmar berstatus PR di Malaysia. Ketua jemaah di sana. Dia peluk saya, menangis sama-sama saya walaupun dia belum tahu masalah saya. Dia macam rasa hati saya waktu tu. Allahu. Di sana, dia yg jaga saya, bantu saya untuk mandi dan solat walaupum saya dah boleh lakukan semua sendiri.
Risau katanya. Moga Allah balas jasamu bang, dunia akhirat. Saya dapat beberapa pangg1lan untuk bkerja dalam fb. Dan akhirnya saya memilih satu kerja yg sangat sesuai dengan kudrat saya dan setimpal dengan kelayakan saya. Alhamdulillah. Tapi beliau tak benarkan saya utk bagitau siapa beliau, takut riak katanya.
Tahu apa yg saya rasa waktu tu? Allah ambil nikmat saya hanya satu, tapi Dia pulangkan 1000 lain kenikmatan yg tak tercapai dek akal saya. Allahuakbar. Saya mula bekerja dengan beliau dan diberikan tempat tinggal yg sangat selesa. Saya dia ajak tinggal di rumahnya.
Setiap hari dia sama bantu saya, segala kelengkapan mandi, selimut, dia belikan utk saya. “Hari ni hari kau, hari abang tak tahu bila dan macam mana”. Ayat tu yg dia selalu ulang-ulang sampai ke hari ni. Insayaa Allah, selagi khidmat saya dia perlukan utk bekerja dengannya,
selagi tu saya akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk bantu dia untuk naikkan syrikat. Doakan kami. Setelah beberapa bulan bekerja dengan majikan baru saya, pihak insurans maklumkan claim saya dah lulus dan minta saya untuk ke pejabat. Allahu, saya terima pampasan ratusan ribu ringgit termasuk claim socso. Allah, Allah.
Syukur sangat min. Saya tak tahu nilai ape saya ni di sisi Allah, sehinggakan Allah berikan nikmat sebegini banyak kepada saya. Sahabat-sahabat yg baik, majikan yg mulia, staff pejabat yg rajin menolong saya, kini duit pula yg Allah bagi. Apekah Allah ingin menguji saya sekali lagi?
Hanya Dia yg Maha Mengetahui. Sejak dari tu, isteri saya tak putus-putus hubungi saya siang dan malam. Dia kata dia menyesal perlakukan saya macam tu, dia nak saya pulang ke sisi dia. Dia kata anak rindukan saya, walhal sebelum ni,
anak saya nak dekat dengan saya pun dia tak bagi, dia kata takut berjangkit cac4t nanti. Baru sekarang nak ingatkan saya soal anak? Teruji iman saya min dengan kemarahan. Tapi saya pendamkan dalam hati. Saya tahu Allah uji saya. Saya juga memasukkan sejumlah wang claim tu ke acc isteri sebagai nafkah dia dan anak.
Dia masih isteri saya, wajib saya sediakan nafkah utknya. Saya tahu tu. Begitu juga anak, dia tetap anak saya. Cuma, perlu ke saya kembali ke pangkuan isteri saya? Saya sangat-sangat buntu min. Bantulah saya semua warga KRT.
Sumber IIUM via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Post a Comment