Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, 58, kini kurang baik apabila jantungnya lemah dan sakit perut sejak lebih seminggu lalu.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sekarang lebih banyak berehat di atas katil dan berjalan di dalam rumah saja kerana cepat penat dan sukar bernafas.
ARTIKEL MENARIK:Sangat Menyayat Hati. Keluarga Sampai Tak Mampu Nak Solekkan Tangmo Buat Kali Terakhir Sebab Benda Ni Yg Berlaku
“Keadaan kesihatan saya sekarang memang tidak menentu. Sejak lebih seminggu lalu terasa agak teruk sedikit sebab jantung lemah dan sakit perut. Sekarang pun, perut saya keras dan sukar membuang air.
“Saya pun tak tahulah apa sebenarnya sakit ini sebab belum jumpa doktor lagi untuk pemeriksaan lanjut. Temujanji saya dengan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 27 Mac ini,” katanya kepada Harian Metro.
Bob yang menetap di Kelantan berkata, buat masa ini dia duduk di rumah sehingga ke tarikh itu memandangkan ubat yang dibekalkan pihak hospital masih ada.
Menurut Bob, dia sebenarnya trauma untuk ke hospital selepas menjalani rawatan laser di jantungnya, pada 3 Oktober tahun lalu yang didakwanya sangat menyakitkan.
Ia sedikit-sebanyak membuatkan Bob fobia dan tidak mahu melaluinya lagi.
“Saya juga dah lama sangat sakit. Walaupun semangat nak sihat itu ada, tetapi dari segi psikologi terganggu juga. Macam-macam yang saya fikirkan.
“Saya juga tidak boleh memandu lagi sekarang. Jika hendak ke mana-mana, anak yang akan bawakan. Saya mohon doakan kesihatan saya baik-baik saja,” katanya yang turut memaklumkan isteri, Relawati Daud dan anak kini mengurus perniagaan bubur daging dan serunding daging sejak dua tahun lalu.
Terdahulu, Bob pernah dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah pada 1 Oktober tahun lalu berikutan jantungnya pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik.
Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu turut menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di hospital berkenaan pada awal Disember 2020 lalu.
‘Bob bertahan selagi mampu’
Cuba bertahan dengan kudrat yang ada demi hidup. Itulah situasi dihadapi pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, yang belum pulih daripada masalah jantung, sejak beberapa tahun lalu.
Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman yang menghasilkan lirik lagu ‘berhantu’ seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama dipopularkan Wings, mengakui masih berjuang dengan masalah jantung dan cepat letih.
“Selepas keluar hospital, saya cepat penat. Keadaan kesihatan saya turun dan naik. Saya ingat boleh ‘terbang’ macam Superman, tetapi tidak boleh juga.
“Saya bertahan selagi mampu… Memang tidak boleh rancak sangat pergerakan,” katanya berkongsi perkembangan terbaru kesihatannya kepada BH Online.
Kini menetap di Kelantan bersama isteri dan anak, Bob mengakui dalam keadaan sekarang, dirinya reda berdepan segala kemungkinan.
“Saya memang bersedia dengan segala kemungkinan termasuk yang buruk iaitu soal mati. Bukan hendak kata saya tak takut mati, semestinya saya takut. Jadi, saya cuba habiskan ruang hidup ini melakukan perkara bermanfaat. Saya tidak mahu menyesal pada kemudian hari,” katanya.
Bob dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, selama sebulan, Oktober lalu, bagi melakukan prosedur memasukkan bateri pada jantung.
Melalui prosedur itu, Bob dilaporkan bergantung kepada jantung kombinasi bateri untuk bernafas dan perlu membawa alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) ke mana-mana sahaja.
Meneruskan kelangsungan hidup, Bob berkata, dia masih menawarkan perkhidmatan katering juadah Pantai Timur yang masih mendapat sambutan pelanggan dan rakan.
Bob memiliki kepakaran memasak dan pernah membuka restoran di TTDI, Shah Alam.
“Tetapi sekarang saya tidak memasak. Disebabkan keterbatasan diri, saya jadi ‘tukang tengok’ dan pantau sahaja. Antara tempahan diterima adalah nasi maqluba, bubur daging dan serunding daging. Kebanyakan juadah adalah hidangan eksotik Kelantan. Kadang-kadang ada kawan meminta masak sup gear box dan sup tulang,” katanya.
Bob yang pernah membintangi filem Santau dan Jin Notti bersyukur kerana isteri dan anak lelakinya mengambil alih tugas memasak.
“Saya lebih banyak mengarah itu dan ini… Hendak pegang senduk pun tak boleh lama. Sesekali, saya ambil tugas menghantar makanan di sekitar rumah dengan memandu kereta. Bosan juga duduk memerap dalam rumah. Jadi saya cuba cari alternatif ambil angin keluar rumah,” katanya.
Selain itu, Bob banyak menurunkan ilmu memasak kepada isteri dan anaknya.
“Kalau saya tiada nanti, tak ralatlah. Masa pun banyak dihabiskan dengan keluarga sekarang,” katanya.
Bob yang terbatas pergerakan turut bergantung kepada tongkat untuk berjalan.
“Hendak pergi beri ceramah agama pun tak larat, bukan seperti dahulu,” katanya.
Bob berkata, sejak berdepan masalah kesihatan, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave sering menghulurkan sumbangan.
“DJ Dave selalu tolong saya. Begitu juga Pertubuhan Muslim Care. Sebelum ini, saya ada mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) yang digunakan untuk membantu saya tidur dan pernafasan sumbangan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
“Selepas mesin itu rosak, Muslim Care beli yang baharu. Jika nafas saya terhenti, mesin itu secara automatik berfungsi dan memberi isyarat untuk pernafasan aktif semula,” katanya.
Bob berkata, sejak sakit dan penularan pandemik CVID-19, dia jarang berpeluang pergi ke Kuala Lumpur melawat rakan.
“Kalau dapat pergi Kuala Lumpur dan berjumpa kawan lama seperti Hattan dan Datuk M Nasir seronok juga. Tetapi itulah, dengan keadaan saya, semua itu jadi mustahil. Hendak jumpa anak yang belajar tahfiz di Terengganu pun sukar,” katanya sambil memberitahu tiga anaknya mendalami ilmu tahfiz.
Sumber: Metro via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Post a Comment