Kak Long Dah Minta Maaf, Giliran Wakil 7Eleven Pula Buka Mulut… Dedah Kisah Sebenar, CCTV Ada Bukti Segalanya!

SELEPAS seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen gara-gara ‘mengamuk’ di sebuah outlet 7 Eleven, terbaharu, seorang wakil daripada kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak sedemikian.

Kak Long Dah Minta Maaf, Giliran Wakil 7Eleven Pula Buka Mulut… Dedah Kisah Sebenar, CCTV Ada Bukti Segalanya!



Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.

ARTIKEL MENARIK:Hati Jejaka Ukraine Berbunga-Bunga, ‘Girlfriend’ Melayu Pulau Pinang Sanggup Buat Benda Ni Untuknya Smp Bertemu Jodoh


“Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” ujarnya.

“Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini,” katanya lagi.

SEBAB KENAPA PEKERJA 7-11 TANYA ANAK DIA MENCURI ATAU TIDAK

amuk 1

Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan.

“Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.

“Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya.

“Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang,” jelasnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial susulan tersebarnya video memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri.

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadab dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.

Namun kurang daripada 24 jam selepas ‘amukan’ berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana insiden berkenaan diselesaikan dengan baik.

amuk 2

Selepas menerima kecaman hebat netizen, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf.

“Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah.

“Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan kecam ibu tu. Terbaik team 7Eleven.

“Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven,” demikian antara komen netizen.

Video penjelasan tersebut meraih melebihi 1 juta jumlah tontonan dalam tempoh empat jam ia dimuat naik.

VIDEO:

Akak Yg Mengamuk Sebab Anak Dia Dituduh Mencuri Nak Siapa Yg Upload Video Dia Tolong Padam, Kalau Tak Ini Dia Akan Buat

akak-ngaruk-678x381.jpg

Susulan tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja, empunya diri tampil menjernihkan situasi tegang.

Menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, pemilik akaun Wan Nor Baizura memohon maaf dengan rela hati kepada staf kedai serbaneka itu sambil ditemani suami dan anak-anak.

Menangis teresak-esak, wanita terbabit menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan namun katanya hati dia luluh apabila anak kesayangan dituduh mencuri.




Saya nak tengok cctv baru puas hati. Saya dah kena kecam satu Malaysia. Saya sebagai seorang ibu, maruah saya pun dah tercalar. Saya orang meniaga.

IMG_4223.jpg

Saya marah ada sebab, saya ada dua anak. Hati ibu mana tak luluh bila anak balik bagitau dia kena tuduh mencuri. Saya minta maaf.

Ini pengajaran untuk saya dan ada hikmah apa yang berlaku. Kira kes ini dah selesai ya.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ memberitahu dia akan menarik semula laporan polis yang dibuat semalam.

Dah semak CCTV

BeFunky-collagekak-long.jpg

Dalam perbualan itu, pekerja kedai tersebut turut mendedahkan anak wanita terbabit tidak mencuri selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Malah katanya lagi, tidak ada kerosakan berlaku selepas anak kecil itu bertindak menendang barangan yang berada di kedai tersebut.

VIDEO MINTA MAAF

VIDEO MINTA PADAM VIDEO YANG VIRAL

Siapa yang dah share video, mohon padam. Siapa yang komen buruk saya akan ambil tindakan

Sumber : MSTAR ONLINE viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post