Keluarga Arwah Muhammad Adib terima Wang Pampasan 1.5juta.

Alor Setar: “Wang itu akan digunakan untuk saham akhirat arwah,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 2018.

Keluarga Arwah Muhammad Adib terima Wang Pampasan 1.5juta.



Mohd Kassim berkata, selain disumbangkan atas nama arwah, sebahagian daripada wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diterima itu juga digunakan untuk kelangsungan hidup keluarganya.

ARTIKEL MENARIK:Selepas PM Umum Pengeluaran Lagi RM10,000 KWSP, Ini Yg Berlaku Kepada Tengku Zafrul Dalam Parlimen


Katanya, keluarganya sangat bersyukur menerima wang itu pada 29 November lalu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Wang ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga, dalam masa yang sama wang ini akan turut disumbangkan kepada masjid.

“Saya juga akan guna wang ini untuk wakafkan sesuatu atas nama arwah. Kami sekeluarga akan lakukan yang terbaik untuk anak-anak saya serta arwah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah membayar ex-gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib pada 29 November 2021.

Katanya, kes kematian anggota bomba itu, kini sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Mohd Kassim yang bekerja sebagai pesawah bagaimanapun tetap berharap kematian arwah anaknya dibela dengan siasatan yang telus.

Katanya, sehingga kini mereka sekeluarga masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan berharap ia akan diteruskan sehingga penjenayah sebenar dibawa ke muka pengadilan.




Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

SUmber : HM viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post