Kongsi kisah rumah tangga dalam sebuah rancangan TV, Shuk Sahar ni teruk dikritik warganet

Memang sudah tak asing lagi dengan seorang artis yang penuh kontroversi ini. Baru baru ini kecoh lagi dengan kejadian apabila pemilihan Shuk sebagai tetamu undangan rancangan TV, ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.

Kongsi kisah rumah tangga dalam sebuah rancangan TV, Shuk Sahar ni teruk dikritik warganet



Nama pelawak, pelakon, dan pengacara Shuk Sahar kembali menjadi sebutan warganet. Ia susulan selepas selebriti itu diundang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program bual bicara yang dihoskan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi. Kalini Shuk Sahar dijemput untuk kongsi kisah rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Awie ditanya pasal isu Zul Ariffin, Tapi ini reaksi beliau sampai buat ramai setuju


Menerusi hantaran di akaun Instagram rancangan tersebut, Shuk dilihat sedang ditemu bual oleh Aznil atau dikenali ramai sebagai Pak Nil mengenai kisah rumah tangganya yang pernah bergolak sebelum ini disebabkan isu cur4ng.


Pelbagai reaksi yang mencetuskan kritikan dari warganet. Walaubagaimanapun, pemilihan Shuk sebagai tetamu undangan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet yang berpendapat stesen televisyen tersebut hanya mahu mengejar rating semata-mata. Malah ada yang berpendapat isteri kepada Shuk, Rossa Sera yang seharusnya menjadi tetamu jemputan program itu.Terdahulu, Shuk menjadi perhatian ramai berikutan beberapa dakwaan dia pernah berlaku cur4ng dengan isterinya, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassiah Asshaferah yang pernah tampil mendedahkan bukti. Sekadar info, Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assifati Aimi yang kini berumur dua tahun. Sumber, murai.my

Hanya Fikirkan Diri Sendiri Dan Anak Anak, Isteri Shuk Sahar Tampil Jelaskan Kehadiran Ke Mhkamah Syariah. Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera tampil akui hanya nakkan menjalani masalah rumah tangganya dengan sebaik mungkin. “Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu bagaimanalah saya hadap. Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak,” katanya.






Walau macam manapun, Sera masih enggan dedahkan butiran rakaman kehadirannya ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, kelmarin. Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan seorang lelaki yang diatakan sebagai Shuk duduk di tempat pemandu kereta yang dinaiki oleh Rossa Sera. Tak pasal-pasal, kini ianya memberi teka-teki buat warganet berkenaan status terkini hubungan mereka. Malah, Sera kini cuma mengharapkan urusannya bakal dipermudahkan dan tidak ingin berkongsi siapa individu di dalam rakaman terbabit. “Mengenai saya ke mahkamah dan pergi dengan siapa, urusan itu biarlah saya saja yang tahu. Doakan semuanya baik-baik saja,” katanya.

Masalah rumah tangga Shuk dan Sera terus memberi tanda tanya ramai sebaik sahaja tular Sera ingin memfailkan perpisahan terhadap suaminya itu, Shuk Sahar pada November tahun lalu. Untuk pengetahuan umum, Sera dan Shuk telahpun berkahwin pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2. Sumber: Gempak


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post