Petaling Jaya – Sebab buat hal ketika mengendalikan program realiti Mic On! MO, pengacara sensasi Azwan Ali dihentikan tugas serta-merta.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan menggugurkan Azwan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek.
ARTIKEL MENARIK:Kenali Siapa Dan Maksud Kumpulan SOG, Bukan Calang-Calang Rupanya Kumpulan Ini Sampai Boleh Menang Di AJL 36
“Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas sebagai pengacara MO berkuatkuasa serta-merta. Pentas MO akan dikendalikan secara solo olah Issey Fazlisham,” jelas Adam.
Bagaimanapun tidak dinyatakan p.unca sebenar pengguguran itu dibuat.
Difahamkan, ti.ndakan itu disebabkan m.asalah berkaitan sikap pengacara itu yang did.akwa menjejaskan kelancaran program realiti berkenan.
Selain itu, pihak pengurusan stesen terbabit juga menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku atau gang.guan yang boleh menc.etuskan keharmonian produksi.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor demi memastikan keharmonian penerbitan program ini dapat diteruskan.
“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan etika kerja mana-mana pihak. Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gan.gguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
“T.indakan k.eras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelangg.aran integriti prinsip tersebut,” ujarnya.
Azwan bergandingan dengan Issey sebagai pengacara rancangan MO yang mula bersiaran sejak 28 Januari. Program realiti Mic On! bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Awesome TV.
Jawapan Dari Diva AA
Pengacara sensasi, Azwan Ali enggan mend.edahkan punca namanya digugurkan sebagai pengacara program realiti, Mic On musim kedua di Awesome TV.
Azwan ketika dihubungi berkata, persoalan itu sepatutnya ditanya kepada pihak pengurusan Awesome TV yang mengambil keputusan drastik itu.
“Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.
“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ciput ini, tapi saya buat demi peminat.
“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” katanya kepada.
Azwan berharap pihak Awesome TV tidak sesekali mempergunakan orang sesuka hati dan selesaikan hutangnya secepat mungkin.
“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ciput. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.
“Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang a.jar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka an.iaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.
“Ada benda kurang aj.ar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya d.akwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan d.edahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.
“Saya bila-bila masa boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi k.es polis,” katanya.
Sedikit info mengenai Mic On
Mic ON! adalah sebuah program realiti TV nyanyian yang berbeza daripada yang lain dimana program ini menyaksikan tiga orang pelawak mencari dan menguruskan bakat baru untuk dijadikan sebagai anak didik mereka dalam bidang nyanyian. Program ini telahpun disiarkan bermula pada 6 November 2020 pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di saluran Awesome TV.
Mic ON! adalah merupakan program realiti TV berbentuk nyanyian yng berbeza daripada program realiti nyanyian yang lain dimana didalam program ini menyaksikan tiga orang pelawak yang bertindak sebagai pengurus mereka dimana mereka akan mencari dan mengasah bakat-bakat baru ini dalam bidang nyanyian untuk dijadikan sebagai anak didik mereka. Manakala peserta-peserta yang terpilih tidak boleh memilih pengurus mereka sebaliknya hanya dipilih oleh tiga pengurus ini.
Sesi penyingkiran juga berbeza dimana setiap peserta yng mendapat markah terendah bakal disingkirkan oleh pengurus mereka sendiri masing-masing.
Mic ON! musim pertama telah memulakan siarannya pada 6 November 2020 dan program ini dihoskan oleh Nana Mahazan dimana tiga pelawak iaitu Shuk Sahar, Ropie Cecupak dan Fad Bocey masing-masing akan memilih empat peserta untuk dijadikan sebagai anak didik dan team mereka. Persembahan para peserta akan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Dato’ M. Nasir dan Mas Idayu.
Pada 29 Januari 2021, Jiwa Firdaus atau Muhammad Firdaus dinobatkan sebagai juara Mic ON! yang pertama dimana beliau berjaya menewaskan lima lagi finalis iaitu Ainnur, Aaron, Erman, Qmir dan Azmi. Kedudukan naib juara dimenangi oleh Siti Wan Ainnur atau Ainnur dan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Harun Abdul atau Aaron.
Mic ON! musim kedua telahpun memulakan siarannya pada 28 Januari 2022 dan dihoskan oleh Azwan Ali dan Issey Fazlisham dimana kali ini Ropie Cecupak, Fad Bocey dan Ajak Shiro yang menggantikan tempat Shuk Sahar dalam misi mencari dan mengasah bakat baru dalam bidang nyanyian. Para peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap iaitu Dato’ Hattan, Mas Idayu dan Dato’ Awie.
Kredit : HM/Mstar via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Post a Comment