Menggemparkan Rakaman Detik-Detik Cemas Seorang Lelaki Panjat Keluar Dari Kereta Selepas Tersangkut Dlm Banjir

Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota mengalami banjir kilat.

Menggemparkan Rakaman Detik-Detik Cemas Seorang Lelaki Panjat Keluar Dari Kereta Selepas Tersangkut Dlm Banjir



Hujan bermula kira-kira pukul 3 petang itu juga menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh Polis Trafik Dituduh Halang Ambulans Sebab Utamakan Konvoi VVIP, Sekali Ini Kata Saksi, Petugas Medik Buat Ramai Terkejut


Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia,trafik dari Plaza Tol Loke Yew Ke Salak Selatan dilencongkan ke Jalan Istana berikutan banjir kilat di Salak Selatan dan Kuchai Lama.

WhatsApp-Image-2022-03-07-at-4

Beberapa kawasan di Kampung Baru juga dinaiki air dan berlaku banjir kilat.

Malah Jalan Ampang, Jalan Raja Laut serta kawasan berhampiran KLCC dan Masjid Jamek juga dinaiki air.

WhatsApp-Image-2022-03-07-at-4

Beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan tersekat di jalan dan dinaiki air di kawasan parkir.

[VIDEO] Kereta tenggelam, lelaki panjat bumbung selamatkan diri

WhatsApp-Image-2022-03-07-at-4.37.41-PM-

Sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, dekat sini kira-kira pukul 3.37 petang.

Turut kelihatan puluhan kenderaan juga terkandas kerana tidak dapat melalui jalan berkenaan yang sudah ditenggelami air.

Keadaan tersebut turut menyebabkan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah kenderaan terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam.

VIDEO:

[VIDEO] Huru-hara banjir kilat di Kuala Lumpur

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami fenomena banjir kilat sehingga menyebabkan ramai pengguna jalan raya dan orang awam terkandas.

Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi sehingga berlakunya timbunan sampah sarap serta lumpur yang turut dihanyutkan bersama air banjir.

Keadaan ini menimbulkan rasa panik orang ramai dan rata-rata daripada mereka sempat merakamkan detik-detik cemas tersebut.

banjir5.jpg

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati antara kawasan yang terjejas adalah di Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.




Seorang pengguna di Facebook berkongsi klip video memaparkan seorang individu yang sedang menyelamatkan dirinya dengan memanjat bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam.

Dalam perkongsian yang lain, puluhan kenderaan dilihat tenggelam di dalam air banjir terutamanya di Lebuh raya Pantai Baru (NPE) serta beberapa kawasan parkir awam.

Lebih 50 rumah terkesan banjir kilat sekitar Selangor

Beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sekitar 3 petang hari ini. FOTO Ihsan JBPM Selangor

Shah Alam: Dianggarkan lebih 50 rumah terkesan susulan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat selepas hujan lebat yang turun sekitar 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, setakat ini tiada pemindahan penduduk dilakukan dan beberapa kawasan yang dinaiki sudah mulai surut.

“Antara kawasan yang terjejas setakat ini adalah Kampung Gombak, Kuang, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Melayu Kundang (Batu Arang) dan Kampung Melayu Sungai Serai (Batu Arang).

“Turut terjejas banjir kilat adalah beberapa kawasan di Kapar iaitu pekan Kapar, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Teratai, Taman Meru Daya, Jalan Sesenduk Meru, Jalan Cempaka dan Jalan Paip.

“Dianggarkan lebih 50 rumah terjejas bagaimanapun tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, beberapa video mengenai banjir kilat akibat hujan lebat tular di media sosial.

Sumber Kosmo/AS Sohor viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih-

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post