Nafiez Zaidi Nafi Tinggal Sebilik Dengan Fify Azmi Di Pulau Perhentian – ‘Hanya Kami Tahu Perkara Sebenar’

Sebelum ini Fify Azmi memaklumkan dirinya dan Nafiez Zaidi antara 389 orang pelancong yang terperangkap di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu selepas memasuki tempat peranginan itu sejak 24 Februari lalu.

Nafiez Zaidi Nafi Tinggal Sebilik Dengan Fify Azmi Di Pulau Perhentian – ‘Hanya Kami Tahu Perkara Sebenar’



Selepas lima hari menempuh situasi menakutkan, Fify menarik nafas lega akhirnya mereka selamat keluar dari pulau terkenal itu. Namun wujud tohmahan liar mengatakan pasangan ini tinggal sebilik ketika di pulau itu.

ARTIKEL MENARIK:Polis Bentang Hasil For3nsik, Ini Yg Dijumpai Di Paha Tangmo Nida Dan Di Badan Salah Seorang Penumpang Bot, Akhirnya Terdedah


Sudah menjangka kecaman netizen

Screenshot-2022-03-02-at-9.30.55-AM.png

Ujar pemilik nama Abdul Nafis Abduzaidi menerusi laporan Harian Metro, dia sudah menjangkakan bakal menerima kecaman seperti itu daripada wargamaya.

Ditambah kami adalah pasangan kekasih dan ia makin menguatkan dakwaan itu. Bagaimanapun, kami ke sana atas undangan kerja dan bukannya suka-suka.

Betul, perkara ini akan timbulkan fitnah apabila kami buat hantaran begitu di media sosial. Namun, kami cuma nak kongsi keadaan sebenar yang berlaku ketika di sana.

Mengulas lebih lanjut, pasangan ini pergi ke pulau tersebut bagi memenuhi jemputan resort tersebut serta melakukan kerja-kerja ulasan. Namun cuaca di sana dilaporkan kurang baik menyebabkan mereka terperangkap.

Tak nampak apa yang berlaku di sana

Screenshot-2022-03-02-at-9.42.23-AM.png

Ujar pelakon drama Bunga Hati lagi, wargamaya boleh menuduh sesuka hati berikutan mereka tidak menjadi saksi apa yang berlaku di sana.

Tak hairanlah mereka akan tuduh kami buat benda tak elok. Alhamdulillah, kami jaga kelakuan dan jaga batasan sebagai umat Islam. Lagi pun ia bukan di luar negara.

Semua yang bekerja di resort itu adalah orang Islam. Takkanlah kami nak pergi duduk berdua-duaan begitu.

“Kami pun datang dalam bot yang sama dengan keluarga Melayu dan mereka pun kenal kami. Biarlah netizen nak cakap apapun. Yang penting hanya kami berdua tahu perkara sebenar. Keluarga kami pun tahu kami ada di sana,” katanya.

Nafiez berkata, mereka bersyukur berjaya keluar dari pulau itu pada jam 10 pagi kelmarin dengan bot yang disediakan.

“Dari Terengganu saya terus ke Lumut, Perak untuk menjalani penggambaran drama Air Mata Di Bumi Matador. Saya sepatutnya tinggalkan Fify di Kuala Lumpur tapi produksi meminta saya terus ke sana supaya saya dapat sampai awal dan berehat untuk penggambaran hari ini (kelmarin),” katanya yang tiba di Lumut pada jam 10 malam kelmarin.

Biarlah netizen nak cakap apa pun. Yang penting hanya kami berdua tahu perkara sebenar. Keluarga kami pun tahu kami ada di sana.

‘Macam dalam filem terkandas di pulau’ – Nafiez Zaidi

0228rskandas_1646019455.jpg



“Sepatutnya kami balik pagi semalam tapi Jabatan Laut Malaysia beritahu di sebelah Besut bot tak boleh keluar lagi. Namun lewat petang semalam ribut sudah reda dan nampak matahari muncul. Harap hari ini kami dapat keluar dari sini,” kata pelakon Nafiez Zaidi yang terperangkap di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Nafiez yang menginap di Pulau Perhentian Besar bersama pelakon Fify Azmi sejak 24 Februari lalu berkata, kejadian teruk berlaku di sebelah Long Beach, Perhentian Kecil.

“Tempat kami tinggal tiada kejadian buruk kecuali angin kuat menyebabkan ombak kuat dan kami terkandas. Bot tak boleh nak datang.

“Orang tempatan pun terkejut dengan kejadian ini kerana sepatutnya hujung Februari sudah tiada ribut. Kedatangan kami atas jemputan resort untuk tujuan ulasan tempat mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nafiez, semasa di jeti Besut, ada memo bot tidak dibenarkan keluar. Bagaimanapun pihak resort mengatakan tiada masalah ke bahagian pulau.

“Kami pun okeylah. Tambah lagi Jabatan Laut Malaysia pun benarkan bot keluar. Hari pertama cuaca okey. Hari kedua hujan renyai-renyai dan hari ketiga hujan lebat seharian.

“Apapun aktiviti tak boleh buat kerana hujan dan angin kuat. Apa yang boleh dibuat ialah duduk di kafe, layan wifi dan tengok berita.

“Rasa macam dalam filem pula terkandas di sebuah pulau. Kami kenal rapat dengan pengunjung lain iaitu tiga keluarga Melayu dan dua dari luar negara,” katanya.

Nafiez menasihatkan sesiapa yang mahu ke pulau agar memilih bulan April ke atas.

“Sebenarnya pihak resort yang menjemput kami pun tak menjangka tiba-tiba jadi begini. Saya akan masuk set drama Airmata Di Bumi Matador 2 pada 2 Mac nanti untuk hari terakhir.

“Mula-mula risau juga takut terkandas lagi, namun harapnya hari ini kami dapat keluar dan semuanya lancar,” katanya.

Antara Komen Netizen,

Dah la dedua tak kenal. Tak pernah tahu pulak diorang pergi pulau tu. Tetiba tuduh kita kecam dia. Serius tak faham. Mujurlah baca. Kalau tak, diorang main guna je nama kita.

Moga mereka yg diuji dgn banjir dipermudahkan segala urusan… tabah dan sabar dgn ujian Allah…Amin..

Sbb tu la Jgn tunjuk kan mesra melampau depan sesiapa pun sampai cetus fitnah. Semua bermula dari perangai sendiri.

Kita manusia ni hanya boleh teka saja..yg betul2 tahu hanya Allah swt..pentingnya husnu zon dlm hati kita..tp kalu duk berkepit memanjang tayang sana sini ..susah juga laa kita netizen nak bersangka baik..apa2 pun..jgn lah kita menuduh bukan²..doakan mereka segera ke jinjang pelamin..

Nasib artis la kann, mesti kene tudoh buat “moksiat”.. Hat bukan artis pun boleh tahan rancak check in sana sini sinun, Sbb bkn artis, org pun x peduli.. Tp kene ingat dosa pahala sama saja.. Cepat2la nikah, x elok lama2 ke sana ke mari, nanti mengundang fitnah..

“Lagipun ia bukan di luar negara. Semua yang bekerja di resort itu adalah orang Islam. Takkanlah kami nak pergi duduk berdua-duaan begitu. Contoh ayat dia,kalau p melancong Israel sah² mandi dlm tub skali.

Nk pergi bercuti berdua2 g la kawen dlu …xde la jd fitnah, Org slalu ingt yg fitnah shj dpt dosa, dia xtau klu sengaja buat pbuatan yg mdatangkn fitnah pun dpt dosa jgk

Zaman skrg ni buat apa pun mesti niat nk org kecam.. lagi byk kecaman lagi popular.. lagi popular, lagi sng buat duit…

“Kami pun datang dalam bot yang sama dengan keluarga Melayu dan mereka pun kenal kami. Biarlah netizen nak cakap apapun. Yang penting hanya kami berdua tahu perkara sebenar. Keluarga kami pun tahu kami ada di sana,” katanya. Tapi kami netizen x kenai anda berdua.

Nafiez berkata, netizen boleh menuduh sesuka hati kerana mereka tidak nampak apa yang berlaku di sana. “Tak hairanlah mereka akan tuduh kami buat benda tak elok. Alhamdulillah, kami jaga kelakuan dan jaga batasan sebagai umat Islam. Gambar yg ni jaga batas ke?

Islam dh cakap lelaki n pepuan yg bukan mahram xleh dok berdua duaan.. x paham ke.. kalau dikutuk dhina dicaci pun x guna krn mmg dah terkutuk terhina pun.. elok DOAkan ygg baik2 je.

Kalau bala turun, bukan kau dua ekor je yang kena. Habis semua orang tak berdosa pun turut sama kena.

Sumber: Harian Metro viatwo.e-kesah



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم