Rakaman PM Di ‘Tolak’ Utk Beri Laluan Pada Bossku, Veteran Politik Bagi Satu Teguran Padu Utk Pemimpin UMNO

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mendapat penghormatan daripada UMNO meskipun beliau hanya memegang jawatan Naib Presiden, kata veteran politik, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Rakaman PM Di ‘Tolak’ Utk Beri Laluan Pada Bossku, Veteran Politik Bagi Satu Teguran Padu Utk Pemimpin UMNO



Beliau mengemukakan pandangan tersebut sebagai teguran kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

ARTIKEL MENARIK:KWSP Akhirnya Umum Apa Syarat2 Untuk Keluarkan 10K Dan Tarikh Pembayaran, Tapi Ramai Tidak Berpuas Hati


“Saya ingin menegur pemimpin-pemimpin UMNO tentang layanan kepada Ismail Sabri.

“Beliau adalah ketua kerajaan Malaysia walaupun dalam parti hanya Naib Presiden UMNO.

“Justeru perlu diberi kehormatan dan tempat yang sewajarnya. Satu pandangan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Syed Hamid memuat naik tegurannya mengenai layanan pemimpin UMNO terhadap Ismail Sabri di akaun Twitternya.

Pandangan itu dipercayai susulan penularan video menunjukkan barisan kepimpinan BN meraikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Dalam klip video berkenaan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat menarik tangan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada asalnya berada pada kedudukan agak terlindung untuk berada di tengah.

Tindakan itu menyebabkan Ismail Sabri yang pada awalnya jelas berada di tengah-tengah barisan dilihat terpaksa berganjak sedikit ke belakang dan agak terlindung.

Sebuah video menunjukkan beberapa ahli politik daripada parti Barisan Nasional sedang berkempen tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter itu merupakan rakaman pendek yang diambil dari berita di televisyen.

Antara yang berada di situ adalah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, tindakan Zahid Hamidi telah mendapat perhatian warganet.




Menerusi rakaman itu, beliau dilihat seolah-olah menolak Perdana Menteri ke tepi untuk memberi laluan dan memanggil Najib Razak berdiri di sebelahnya.

Kesian pulak tengok Ismail Sabri kena macam ni.

Kesian pulak tengok Ismail Sabri kena macam ni. pic.twitter.com/9agnaLpBSN

— Am (@amofficialmy) March 14, 2022

Ramai netizen memberi respon masing-masing di Twitter dan rata-ratanya menyatakan pandangan mereka tentang apa yang berlaku itu.

Ada yang marah dan tidak suka dengan tindakan Zahid Hamidi kerana dikatakan tidak menghormati Perdana Menteri.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat kejadian itu tidak perlu diperbesarkan kerana Najib Razak dilihat menghormati dan berdiri di sebelahnya.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post