Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fazura memuat naik rakaman video dirinya menjawab beberapa soalan daripada Fattah.
ARTIKEL MENARIK:Polis Bentang Hasil For3nsik, Ini Yg Dijumpai Di Paha Tangmo Nida Dan Di Badan Salah Seorang Penumpang Bot, Akhirnya Terdedah
Dalam video berdurasi 2 minit 34 saat itu, Fattah, 31, mendedahkan ada netizen yang bertanya kenapa seringkali Fazura dilihat memandu kereta?
Ada orang selalu tanya.. Kenapa Faz (nama panggilan) selalu drive? Fattah tu pemalas nak drive ke?
Menjawab soalan itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin menafikan dakwaan suaminya pemalas. Kata usahawan berumur 38 tahun itu, dia akan berasa pening sekiranya duduk di kerusi penumpang. Oleh sebab itu, dia memilih untuk memandu sendiri dan tidak mempunyai pemandu peribadi.
Tak.. the reason why Faz suka drive sebab kalau orang lain drive, Faz akan pening. Sebab itu tak ada orang lain drive, saya pun tak ada driver. Memang saya prefer drive sendiri.
Ciri-ciri calon ‘boyfriend’ Fatima
Selain itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella turut menerima soalan tentang ciri-ciri lelaki untuk anak perempuan sulungnya, Nur Fatima Aisya.
Semestinya nak yang terbaik untuk anak. Boyfriend Fatima nanti seorang protective, menyayangi Fatima seadanya bukan sebab apa-apa pun dan beriman.
Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.
Fazura Terharu Nampak Wanita Pakai Tudung Keluarannya, Peminat Puji Pandai Hargai Pembeli – ‘Hari Demi Hari Dia Beri Inspirasi Kepada Saya’
Peminat fanatik semestinya tidak pernah terlepas untuk mendapatkan koleksi tudung keluaran aktres jelita Fazura. Baru-baru ini juga, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menggayakan tudung tersebut ketika menghadiri sebuah majlis.
Terdiam nampak pelanggan pakai Tudung Fazura
Fazura, 38, kerap kali dilihat membuat Instagram Live bagi mempromosi tudung keluarannya sambil berborak melayan peminat.
Menerusi perkongsian di TikTok @fazurafave, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin terkejut apabila secara tiba-tiba ternampak seorang wanita memakai tudungnya ketika sedang melakukan tutorial.
Terharu dengan sambutan yang diterima, isteri kepada aktor Fattah Amin ini terjerit sekejap namun terdiam selepas itu.
Eh tengok kakak tu pakai Tudung Fazura..
Nampak ikhlas dengan kata-kata dia
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji akan sikap rendah diri pelakon drama Hero Seorang Cinderella yang pandai menghargai walaupun hanya perkara kecil.
Di samping itu, ada juga segelintir warganet yang mengidolakan peribadi ibu pada Nur Fatima Aisya ini.
Sumber: Instagram @missfazura via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Post a Comment