Kuala Lumpur – Musim keempat program nyanyian Big Stage yang bermula sebelum ini telah melunaskan janjinya untuk memberikan kejutan.
Selain memperkenalkan dua kerusi baharu di meja juri iaitu Juri Juara yang diwakili oleh juara Gegar Vaganza musim ke 8, Alif Aziz dan Juri Pedas menerusi Mas Idayu, Big Stage 2022 juga nampaknya mengekalkan tugas Presiden Netizen dan kali ini, ia diwakili oleh usahawan popular yang baru saja terkesan dengan k.ontroversi dalam dunia hiburan, Dato’ Seri Vida.
ARTIKEL MENARIK:2 Artis Ini Bakal Berdepan , Ameng Spring Tampil Bagi Nasihat
Kemunculan DSV yang diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad merupakan rahsia besar yang disimpan oleh produksi Astro Ria sebagai penyeri bagi musim kali ini.
Hi semua, Assalamualaikum. Saya Dato’ Seri Vida. Nak mula buku baharu, perjalanan baharu di Big Stage ini. Jadi untuk mulakan benda yang baik, saya nak mohon maaf saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula.
“Jadi, saya dengan rela hati memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia terkasar bahasa tersilap kata, maafkan saya.
“Dan saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini boleh memberikan inspirasi kepada peserta-peserta dan penonton setia Big Stage. Akhir kata, terimalah saya seadanya.
Yang b.uruk itu daripada kek.hilafan saya, yang baik itu daripada Allah SWT. Terimalah saya Dato’ Seri Vida. Assalamualaikum wrh wbt,” pintanya sewaktu kemunculan tersebut.
Turut berada di meja panel pada musim kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai.
Ramai Perasan Dato Vida Bukan Menyanyi Live
Selepas menjadi bahan bualan beberapa minggu lalu menerusi single terbaharunya, Ku Ikhlaskan,
pengasas k.osmetik yang juga Presiden Netizen menyerlahkan bakat terpendamnya dengan menyanyikan lagu tersebut secara langsung di pentas akhir Big Stage 2022.
Sungguhpun Vida menerima banyak kec.aman, namun dia melihat penerbitan lagu tersebut sebagai satu inv.estment dan dijadikan sebagai medium untuk meraih derma sempena kedatang bulan Ramadan tidak lama lagi.
Dicipta oleh Amy Ukay’s dan lirik oleh Vida sendiri, lagu tersebut mendapat perhatian ramai termasuk barisan artis tanah air yang dilihat menyanyikan semula lagu berkenana mengikut rendisi tersendiri.
Reaksi Orang Ramai
Seni zaman ini murah sangat orang yang bukan ahlinya boleh jadi penyanyi.
Secara je live sora semua m.iming je lebih gaya over sgt. Iqbal siap gelak lagi.
Lagu sedap. Tapi m.iming DSV t.eruk sangat. Kena praktis lagi la DSV. Td pun nampak lupa lirik.
Klu ada jemputan mana2. Nyanyi live. R.osak, sbb dia lip s.ync saja.
Kredit : Mstar/Astro/FB via
Post a Comment