Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.
Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
ARTIKEL MENARIK:Alhamdulillah Akhirnya Kerajaan Bersetuju Pengeluaran 10k Kwsp Untuk Kali Terakhir, Ini Kata-Kata PM Kita Mengenai Pengeluaran Kwsp
“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.
Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Kenyataan Tengku Zafrul
PENGELUARAN KHAS KWSP SEHINGGA RM10,000
Susulan kepada pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Antara komen2 netizen
Terima kasih Tengku,tapi jangan bersyarat mohon sangat sangat yang bawah 10k pom ingin Keluar kan demi untuk langsaikan hutang tertunggak kami
Semoga tanpa syarat yg mmbebankan pencarum, semoga ada sinar kepada semua pencarum yg sememang nya terdesak sekarang.
One off tanpa syarat. Kami semua sangat terjejas akibat dari pandemik luluskan tanpa syarat Tengku Zafrul. Terima kasih TZ.
Syukran Zafrul and PM, for the sudden shock in regards to KWSP One Off. At last both of you manage to pull off for the Rakyat in Needs…terima kasih PM sbb sudi dtg tempat kami beri kan bantuan..semoga dengan charity dan team diluaskan rezeki dn diberikan kesihatan yg baik supaya dpt terus berjuang utk rakyat.
Masih dalam teka teki..tggu berita selanjutnye.. 10K One Off ke? Ada syarat2 ke? Bagi bulan2 ke? Wahhh..debarannye macam nk tunggu pengumuman raya masa kecik2 dulu ni.
Berita yang sungguh menggembirakan dari PM dan MK. Walaupun saya takan buat pengeluaran tapi syukur sangat kerajaan tidak tunduk kepada tekanan penyamun 1MDB dan penjilat beliau ketua pemuda paling tua untuk pengeluaran awal. Dapat jugak lah kami merasa dividen tinggi…Tahniah Tengku Zafrul. Teruskan usaha. Jgn pandang blakang. Moga negara Malaysia kembali gah di mata dunia.
Hope tk bersyarat ….. Permudahkan urusan org lain insyAllah . ALLAH permudahkan urusan tengku .
Sumber FB Tengku Zafrul/Hmetro
via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
إرسال تعليق