Suami Nak Nikah Lagi, Aku Minta Jumpa Perempuan Tu Kat Kafe Kayangan, Selesai Mkn, Ak Keluarkan Segala Slip Gaji Suami,Geran Kereta,Rumah Depan Perempuan Tu, Tak Sangka Lepas Tu Lain Pula Yg Jadi Kt Perempuan Tu

SALAM KRT. Saja nak luah ni. Suami aku cvrang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan itu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi.

Suami Nak Nikah Lagi, Aku Minta Jumpa Perempuan Tu Kat Kafe Kayangan, Selesai Mkn, Ak Keluarkan Segala Slip Gaji Suami,Geran Kereta,Rumah Depan Perempuan Tu, Tak Sangka Lepas Tu Lain Pula Yg Jadi Kt Perempuan Tu



So aku tanya suami, dia cakap ye dia nak nikah. Aku cakap, bagi aku masa tiga hari untuk bersedia.

ARTIKEL MENARIK:Aku Berkwn Dgn Suami Org. Tiba2 Si Isteri Call Berkali2 Hingga Aku Terpaksa Jwb, Tak Sangka Si Isteri Boleh Tanya Mcm Mana Aku Jaga Kbersihan Diri Dan Alat Sulit, Rupa-Rupanya Ada Sebab Disebalik Soalannya Yg Buat Ak Terkejut


Tiga hari selepas itu, aku berjumpa dengan perempuan itu bersama-sama dengan suami. Duduk semeja di restoran mahal. Kalau tiga orang makan mau dekat RM200 kot aku rasa. Suami aku ingat nak suai kenal agaknya. Sengih bukan main, amboi-amboi, gatal mi4ng kau ye jantan, bukan main lagi.

Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu, biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pingan letak ke tepi. Aku tanya perempuan tu.

“Sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami?”, Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii. Amboi suka hang nak ambil laki kami. Aku bawa keluar slip gaji suami aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800.

Aku bawa keluar pula geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motosikal pun atas nama aku aih. Suami aku tak ada harta apa pun. Aku cakap, “Agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? Takpayah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang, muhong aih.

“Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah, memang kami bagi penerajang dua-dua. Bulan-bulan nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia saja. Bagi kami takat RM100-RM200. Itupun minta semula.

“Tapi kot ampa redha dapat RM10 ja setiap bulan, ikutlah. La ni ampa duk dua nah, fikir baik-baik dulu nak kahwin lagi ka tak mau nih kami baru buka pasal z4hir, b4tin kami tak bagitau lagi. Kot dua minit ka tahan. Sebulan sekali ja mampu, tu ampa tak tau lagi.

“Fikir elok-elok nah. Ni yang kami makan, ampa bayar. Nak balik ampa cari Grab pasal kat luaq tu kereta kami punya. Ampa biasakan dari sekarang naik Grab ka, jalan kaki ka, merangkak ka nah. Semoga berjaya.”

Puas hati aku tengok suami aku dengan perempuan tu dari sengih mereny4m jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketoi. Aku balik tidur, esok bangun-bangun suami aku cakap dah tak jadi nikah. Dia minta maaf, teriaklah dia minta ampun nyawa tobat sampai masuk syurgakata dia. Baru ada akai.

Perempuan itu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah. Dia tahu dia salah, minta maaf. Puihh la hang.bAku cakap kat suami aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi, aku framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu, dapur, toilet.

Silap-silap aku buat profile picture Facebook, WhatsApp semua baru padan muka hang. Sumber, Kisah Rumah Tangga via The Reporter

Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Cvrang Dengan Boss Aku

Terima kasih sudi publish cerita aku. Nama pendek aku Emi. Dulu aku pernah ada bini. Bini aku ini dulu aku kenal dekat satu tempat kerja. Masa aku kenal dia dulu dia ini pemalu sangat. Lalu depan lelaki pun tunduk. Tapi lepas kahwin perangai dia 360 darjah berubah.

Aku ini suka lepak kedai mamak. Tapi aku tak lepak dengan kawan aku saja. Aku bawa bini aku sekali. Bini aku masa lepak dengan kawan-kawan lelaki aku terus perangai malu dia itu dulu hilang. Terg3dik-g3dik, ketawa kuat.

Aku ini mula-mula terkejut juga. Tapi lega juga dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku. Fikir dari sudut positifla. Baru kahwinkan. Mungkin ada lagi yang aku tak tahu pasal dia. Jadi aku ikutkan saja.

Start dari hari itu, tiap-tiap hari bini aku ini akan tanya, bila lagi nak lepak dengan kawan-kawan aku. Dia kata dia bosan duduk rumah saja. Oh ya bini aku memang berhenti kerja lepas kahwin dengan aku. Lagipun aku pun mampu sara dia.

Sambung cerita. Aku pun ajakla kawan-kawan kerja aku lepak. Malam itu bos aku dapat join sekali. Bos aku ini muda dalam 30-an. Hensem. Masyuk gila sebab dia memang dah dilahirkan kaya.

Malam itu bini aku buat perangai lagi. G3dik sana-sini, cakap kuat, gelak kuat. Macam saja nak jadi attention saja. Lagi-lagi dengan bos aku ini. Gedik dia perghhh… nyirap juga aku tengok.

Balik itu aku tegur la bini aku. Dah kenapa macam itu. Macam nak mengorat saja. Tak manis orang tengok sebab dia itu dah jadi bini aku. Kalau single lain cerita. Bini aku kata aku fikir bukan-bukan. Dia rasa biasa saja. Mana ada melebih-lebih. Dia kata dia memang selesa kawan dengan lelaki. Jadi aku diamkan lagi.

Malam esoknya aku lepak lagi dengan bini aku. Bini aku ini kalau keluar dengan aku jarang dia makeup, tapi hari itu dia makeup. Aku dah tak sedap tapi aku biarkan saja. Pakai blouse lawa tudung lilit-lilit. Padahal keluar minum saja.

Bila aku tegur katanya prepare mana tahu kot-kot aku tiba-tiba nak bawa dia jalan mall ke.. aku diamkan sajalah. Malam itu masa lepak dia buat perangai dia la. Aku cool lagi. Biarkan dulu.

Sampai satu hari office aku buat family day. Bos aku ini bawa tunang dia. Meleret laa muka bini aku ini tak dapat menggedik. Aku ingat boleh la lega tapi tak……. dia menyendeng jugak dengan bos aku.

Soalan apa saja yang keluar dari mulut bos aku dia akan jawab dulu. Tak sempat tunang dia nak jawab. Kesian tunang bos aku dok senyap saja dekat situ. Sejak balik daripada family day itu kita orang selalu sangat gaduh. Dia asyik sibuk layan whatsapp, tersengih-sengih sorang-sorang. Macam orang tengah mabuk bercinta gitu.

Aku tak boleh check handphone dia sebab dia letak password. Sejak bila entah letak password ini. Sebelum ini tak pernah pun. Sejak itu rumah makan pakai aku tak terurus.



Lepas itu ada saja barang online dia beli. Mana dia dapat duit banyak itu entah. Aku syak dia ini ada orang lain. Jadi aku plan strategi macam mana nak bagi dia kant0i. Malam itu aku saja buat-buat tidur. Dia pun terus bawa keluar handphone dia. Aku sempat la intip tengok dan hafal password phone dia. Lepas itu aku pun tidur.

Esoknya masa dia tengah mandi aku check la handphone dia. Macam nak gugur jantung aku tengok mesej-mesej dia dengan lelaki lain. Bersayang-sayang bagai. Mengadu-ngadu aku dengan dia selalu gadvh. Padahal aku jadi macam itu sebab dia dah berubah.

Dan lelaki itu bukan orang lain, tapi BOS AKU! Bila masa entah dia orang ini tukar nombor telefon. Bos aku melayan pulak itu. Siap cakap bila nak jumpa. Segan nak berdua kalau aku ada. Allah… aku dah istighfar panjang-panjang. Tak boleh jadi. Aku kena buat plan lain.

Aku cakap dengan bini aku, aku kena outstation 3 hari tengok site. Memang pun aku kena pergi site tapi aku apply cuti sehari awal. Aku kelentong bos aku cakap aku ada tempat nak pergi sebelum pergi site sebab aku ada urusan lain. Laju saja bos aku approve cuti. Seronokla dia dapat berdua dengan bini aku nanti.

Bini aku ini biasanya kalau aku outstation dia minta izin balik kampung. Tapi kali ini tak. Dia kata mak dia tak ada kat kampung, pergi Perak rumah kakak dia. Aku offer hantar sampai Perak tak nak pulak. Ada saja alasan dia.

Malam itu aku bertolak la konon-kononnya siap bawa beg bagai. Aku drive jauh sikit dari rumah aku lepas itu parking tempat tersorok sikit. 15minit lepas itu aku nampak kereta bos aku masuk kawasan rumah aku. Aku dah menyumpah seranah tapi aku rileks dulu.

Aku biar dalam 20minit lepas itu aku terus masuk dalam rumah. Terkejutnya aku tengok bos aku dengan bini aku dah tak berb4ju masing-masing. Tinggal seluar dalam saja dua-dua orang itu.

Muka aku dah panas tahan marah tapi aku tarik nafas dalam-dalam. Bini aku dah peluk-peluk kaki aku menangis-nangis minta ampun. Bos aku konon cuba nak coolkan aku dia cuba nak pegang bahu aku. Aku apa lagi terus bagi dia sebijik. Terhuyung hayang la kejap bos aku itu. Puas hati aku. Bini aku pulak aku cakap elok-elok, aku lepaskan dia cara baik. Malam itu juga aku lafaz tal4k kat dia.

Sekarang dah setahun berlalu, bos aku kahwin dengan tunang dia itu. Bini aku duduk dengan mak dia dekat kampung. Tapi mak mertua aku kata dia masih dengan perangai dia mengg3dik dengan lelaki. Mak mertua aku kata memang dia ini pantang tengok lelaki hensem. Sebab itu masa aku merisik dia mak mertua aku laju saja terima sebab dia ingat lepas kahwin anak dia akan berubah. Tapi tak pun..

Mujur juga aku dengan dia tak sempat ada anak. Kalau ada anak lagi haru. Sesungguhnya Allah jela sebaik-baik perancang. Sumber nasihatpakcik. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Sumber IIUM 

viatwo.e-kesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم