Kejelitaan pelakon drama The Hotel ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Malah Mira Filzah makin cantik dan berseri-seri sejak bakal bergelar ibu tak lama lagi. Dalam diam, sudah 8 bulan usia kandungan
Mira Filzah dan tak lama lagi isteri kepada Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini bakal bergelar seorang ibu. NONA cuba mendekati Mira Filzah untuk bertanya khabar tentang dirinya. “Tak ada story sangat pun.
ARTIKEL MENARIK:Adegan P4nas Pelakon Zul Ariffin Dan Siti Hariesa, Ini Kata2 Fizz Fairuz Buat Ramai Setuju
Mira dah 8 bulan hamil so nothing much, tak ada penggambaran drama atau filem baru pun,” gurau Mira Filzah makin cantik dan terserlah seri ibu mengandung. Sebagai ‘mommy to be‘ sudah tentu Mira Filzah teruja dengan fasa kehidupan yang bakal ditempuhnya. Cerita Mira Filzah tentang persiapannya bergelar ibu, “Setakat ini sejujurnya tiada lagi persiapan yang Mira buat.
Mira tak beli apa-apa barang lagi kecuali hadiah daripada kawan-kawan dan klien. Tapi, Mira ada order barang online. Semua tu tak sampai lagi, should be by end of March insyaallah semua barang tu sampai,” tutur Mira Filzah. Wanita yang bakal berusia 29 tahun pada 2 April nanti juga akan mengambil cuti untuk menumpukan perhatian proses kelahiran anak sulungnya nanti. “Mira akan take a break bermula bulan April sebab kita dah mula puasa. Pertengahan April pula Mira dah cukup bulan (full term). Jadi, bulan April Mira tak ambil apa-apa photo shoot.
Semua endorsement engagement Mira terpaksa push forward ke bulan Februari dan Mac. Dua bulan kebelakangan ini Mira sangat-sangat sibuk dengan komitmen Mira sebab bakal bercuti termasuk bersalin dan berpntang nanti. Mungkin tiga hingga ke empat bulan Mira akan bercuti. Jadi dua bulan ini memang sangat pack dan hectic membuatkan Mira tidak fikir lagi pasal persiapan baby. Mira fokus untuk habiskan photo shoot serta iklan TV dan sebagainya,” ujar Mira Filzah lagi.
Tambahnya lagi, “Daripada segi persiapan lain Mira ada book antenatal class sebagai persediaan sebelum bersalin dan juga breast feeding class. Mira akan menghadiri kelas ini hujung bulan ini atau awal April nanti. Mira akan susun tarikh selepas selesai semua komitmen kerja,” kata Mira tentang persiapannya untuk bergelar ibu. Terdetik untuk bertanya Mira Filzah tentang kunjungannya ke klinik kiropraktik baru-baru ini. “Macam chiro tu, Mira nampak dekat Instagram the feed back is very good, very genuine and very legit.
So, I think it’s a good place for one of the preparation untuk sebelum bersalin. Macam Mira, alhamdulillah sepanjang pregnancy tak ada alahan tak ada muntah-muntah, all good. Tapi bila dah masuk third trimester ni dah 8 bulan ni memang ada sakit belakang dan susah nak tidur. Mira tak ada buat yoga, jogging dan sebagainya. Banyak photo shoot dan duduk kat rumah. Kalau duduk kat rumah, duduk saja, baring, tidur, makan dan tengok TV apa semua.
So I think it’s good for me to have something untuk relaks kan otot dan sebagainya. Mira rasa probably everyone kalau yang tak mengandung pun pasti ada effect on the muscle, back pain, tulang dan sebagainya. Jadi Mira pergi chiro as one of my preparation and effort untuk proses kelahiran nanti. Hopefully dapat bantu Mira in term of naturally birth, insyaallah,” tutur Mira mengakhiri perbualan. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Nona
Teruja Teka Jantina Anak Mira Filzah. Kini Ramai Dapat Petunjuk Melalui Dekorasi Kek.
Hiasan kasut bayi diatas kek buat peminat teruja meneka jantina anak pelakon jelita ini. Pelakon dan hos jelita, Mira Filzah kelihatan semakin berseri-seri apatah aura keibuan jelas terpancar di wajahnya. Baru-baru ini Mira dan rakan baiknya mengadakan pertemuan ringkas, bagi meraikan serta mendedahkan jantina anak (baby shower) di Dusun OpenHouse.
Dah Tahu Jantina Anak Sejak November
Melihat di Insta-Stories selebriti manis ini, Mira mendedahkan sebenarnya sudah mengetahui jantina anak pertamanya itu sejak bulan November tahun lalu dan tidak berahsia tentang hal tersebut jika ada yang bertanya tentang jantina anaknya.
“Sejak November tahun lepas dah tahu jantina dan tak berahsia pun. Bagitahu je sesiapa yang tanya. Belon tu cukup syarat je untuk tangkap gambar hari ni! Thank you girls.” dedahnya
Kek Baby Shower Yang Comel
Dalam pada itu, Mira turut berkongsi gambar kek (baby shower) yang sebenar bersama dekorasi sepasang kasut bayi berwarna merah jambu dan biru yang comel namun sayang kek tersebut tumbang dan diganti dengan kek baru. Meski kek tersebut tumbang, rakannya sempat menyelamatkan dekorasi kasut bayi yang comel tersebut dan kemudian diletakkan diatas kek yang baru.
“Kek tumbang. Jadi..” “Dan beli kek baru.” “Mereka berjaya selamatkan dua kasut comel ni. @amalinanrzn @aniszulkiflee23 @dianakhairuddin” tulisnya
Peminat Teruja Meneka
Melihat foto kek yang dimuatnaik Mira di Instagram nya, ramai peminat selebriti ini teruja meneka jantina anak pertamanya. Ada yang memberi komen bayi lelaki, ada yang mengatakan ianya bayi perempuan dan ada juga yang meneka ianya kembar.
“Bayi perempuan? Lelaki? Kembar?” “Bayi perempuan ni… Tengok Perut macam tu lah..” “Kembar” “Tahniah” “Comelnya! Lelaki atau perempuan? Semoga dipermudahkan semuanya kak Mira” komen peminat. Sekadar info, Mira dan Wan Emir mendirikan rumahtangga pada 2 September 2020 dengan empat majlis berasingan dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Sumber: Murai.my
Alhamdulillah Tahniah. Raja Ilyah Tampil Dedah Dah Berbadan Dua Dan Siap Berterima Kasih Pada Semua.
Pelakon Raja Ilya memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung. Perkongsian tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu menerusi satu hantaran di Instagram. Menurut Raja Ilya, usia kandungannya kini masuk bulan kelima dan dia berterima kasih kepada semua atas sokongan serta doa.
“Yes betul, Ilya mengandung. Tak sabar actually nak share news ni dengan semua. Oleh kerana masa dan situasi tak mengizinkan, kami Cadang untuk share pada hari ini. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa. Kami happy sangat dekat sini, walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga. Rindu nak shooting jumpa kawan-kawan. Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni,” tulisnya.
Ilya juga tidak menafikan cabaran besar di dalam proses bakal bergelar ibu. “Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai boleh share tips dekat Ilya ok. One thing Ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard, bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu. Tapi in the same time, rasa excited and bersyukur. Thank you for all the well-wishes, love & support dari korang semua selama ini,” tulisnya bersama lampiran beberapa hantaran foto terbarunya. Untuk rekod, Raja Ilya berkahwin dengan suaminya, Trent Garret pada 23 Disember 2018. Sumber: Media Hiburan
Selepas 7 Hari Menimang Cahaya Mata Akhirnya Ernie Dan Syamel Umumkan Nama Anak. Memang Sedap Betul Nama Puteri Sulung Ernie Zakri.
SELEPAS tujuh hari menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan nama untuk anak perempuan mereka itu. Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Nur Khawla Soleha. “Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha.
“Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Panggil saya Khawla,” tulis Ernie. Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Boneka ini turut memuat naik foto memperlihatkan genggaman tangan mereka bertiga.
Ernie umum nama anak sulung. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memuji pemilihan nama kepada bayi tersebut. Malah, rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Khawla membesar menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT
“Khaula seorang srikandi yang hebat dan Allah rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran. Wanita ini disegani oleh Saidina Umar ketika menjadi khalifah, beliau tidak akan beredar selagi Khaula belum habis memberi maklum balas. “Nama yang sangat indah. Subhanallah! Selamat datang Khawla Soleha. Cantik sungguh nama seindah makna.
Ernie, Syamel doa Khawla jadi anak solehah. “Sedap nama Khawla, semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah dan bonda,” tulis pengikut. Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.
Alhamdulillah Dah Selesai Majlis Tahnik. Sedap Betul Nama Putera Sulung Dayah Zubit.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis cantik manis yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kakak’ kepada anak penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Dia merupakan bekas pengasuh anak penyanyi popular, Dato Sri Siti Nurhaliza. Nurhidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin yang lepas.
Berita gembira itu dikongsi Dayah menerusi sebuah hantaran di Instagram memberitahu dirinya selamat bersalin pada jam 2.41 pagi di sebuah hospital swasta di Terengganu. Dalam hantaran itu, Dayah memuatnaik foto bersama suaminya disisi yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II), Ridzuan Razali.
Menitipkan rasa syukur atas kurniaan tersebut, Dayah turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat suaminya. Bagaimanapun, wajah dan jantina bayi mereka masih belum didedahkan pasangan itu. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan.
Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran anugerah & amanahMu untuk kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi. Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yg terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama2 buat yg terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yg abang lakukan
Menerusi posting dilaman ig, pasangan ini selesai membuat majlis tahnik & cukur rambut untuk cahaya mata pertamanya yang diberi nama Muhammad Al Fattah. Alhamdulillah, tabarakallah mashaAllah. Hari ke7 selepas kelahiran, selesai majlis tahnik & cukur rambut untuk Muhammad Al Fattah. Semoga mendapat keberkatan & rahmat Allah.
Semoga Allah swt takdirkan Muhammad Al Fattah menjadi anak soleh, alim, cerdik & bijak. In shaa Allah ameen ya mujib. Terima kasih kepada para ustaz & hafiz alquran yg sudi meluangkan masa untuk tahnik & cukur rambut Muhammad Al Fattah alhamdulillah.
Terdahulu, Dayah mengejutkan ramai pengikut dan kenalannya setelah terjtuh daripada motorsikal ketika sedang sarat mengandung. Kesan kejadia tersebut, Dayah mengalami kelukaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki.
Bagaimanapun, keadaan Dayah dan kandungannya ketika itu berada dalam keadaan baik. Untuk rekod, Dayah dan Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021. Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber:IG are9ridzuan
Selepas seminggu jatuh motosikal. Akhirnya ini perkembangan terkini Dayah Zubit.
Bekas pengasuh anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nurhidah Zubit atau lebih dikenali dengan Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam. Pengasuh Siti Aafiyah itu selamat bersalin tepat jam 2.41 pagi semalam selepas seminggu mengalami luka jatuh dari motosikal.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah dan rezeki yang kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi(semalam),” katanya.
Dayah melahirkan rasa syukur itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Sebelum ini Dayah mengalami luka di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki ketika sedang sarat hamil. Dalam entri yang sama dia turut memuat naik fotonya di atas katil hospital bersama suaminya di sisi. Selain itu, Dayah turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.
“Terima kasih my love for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pula yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” ucapnya.
Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu bayi lagi dan menamatkan tugasnya selepas berkahwin. Wanita berusia 26 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021. Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment