Siapa yang tidak marah kalau anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh dimarahi oleh orang lain sehingga menangis-nangis mengadu tentang insiden berkenaan.
Namun begitu, sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita percaya bulat-bulat apabila mendengar aduan anak tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.
ARTIKEL MENARIK:“Dia Pernah T0lak R4suah RM10,000”- P0lis Temb4k Diri Sendiri, Ketua P0lis Buka Cerita Sbnar
Tak boleh terima anak dituduh mencuri
Hal ini terjadi seperti beberapa perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja-pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.
Oleh hal itu, dia telah datang menyerang para pekerja di pasaraya tersebut kerana tidak dapat menerima anaknya pulang dalam keadaan menangis.
Buat live nak marah2
Menerusi video yang dikongsi laman Facebook Viral Apa Hari Ini, wanita berkenaan telah membuat live di FB sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter dengan lantang.
Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut membuang-buang barang yang ada di kaunter serta berkata kasar kepada pekerja pasaraya tersebut.
Lebih2 pulak
Insiden itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen kerana merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan disebabkan dia langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.
Dia juga terus terjerit-jerit memarahi para pekerja sambil melihat viewers di akaun Facebooknya sambil mencabar pekerja supaya membawanya ke balai polis.
Kalau kena marah dekat sekolah ni mak auto datang
Susulan daripada itu, rata-rata netizen merasakan tindakan wanita tersebut agak keterlaluan kerana begitu lantang memarahi orang lain tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.
Ada juga sesetengah netizen yang memandang serong dengan mengatakan sudah tahu perilaku yang kurang beradap ditunjukan kanak-kanak itu datangnya dari orang tuanya sendiri.
Anak pun berani tengking orang tua
Anak pun berani tengking orang tua
Kecil2 dah pandai menjawab budak tu
Dia sorang jela yang kerja rasa letih
Asyik menangkan anak dia je
Langsung tak nak dengar penjelasan
Mungkin akak ni letih, penat serabut tu yang marah2
Susah bercakap dengan orang panas baran
Anak dia yang terpaling betul
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak. Punca perkara tersebut berlaku turut tidak jelas kerana belum ada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak merujuk kepada video tular terbabit.
Sumber: FB Viral Apa Hari Ini, TikTok @real_life669, OMM via
إرسال تعليق