Tak henti menangis dlm dewan, kekasih Tangmo tiba2 lari keluar buat rakan artis panik, sama2 kejar

Umum sedia maklum mengenai upacara pemakaman aktres terkenal, Tangmo Nida yang diadakan 3 hari berturut-turut dari Jumaat hingga Ahad.

Tak henti menangis dlm dewan, kekasih Tangmo tiba2 lari keluar buat rakan artis panik, sama2 kejar



Ramai sahabat, malahan rakan artis yang menghadiri upacara tersebut, dilihat sebak dan masih berharap keadilan berpihak pada Tangmo.

ARTIKEL MENARIK:Upacara Pembakaran Tangmo Nida Ditunda, Mayat Dipindahkan Semula Ke Pusat Forensic, Rupanya Sebab Ini Ibu Dia Minta Bedah Semula


Peminat Tangmo berarak di Bangkok

Bird tak henti menangis, mata bengkak, badan lesu…

Dalam pada ramai yang menangisi pemergian Tangmo, kekasihnya, Bird mencuri tumpuan ramai apabila dia tidak henti-henti menangis sehingga matanya bengkak dan datang ke upacara pemakaman dalam keadaan lesu.

Bird lari sambil menangis, kawan2 panik, kejar untuk pujuk

Sepanjang berlangsungnya upacara tersebut, ramaiyang risau akan keadaan Bird hinggakan mereka sentiasa berjaga-jaga dan mengawasi pergerakan lelaki tersebut.

Namun tiba-tiba difahamkan, Bird berlari keluar dewan sambil menangis, membuatkan semua rakan-rakan panik dan mengejar lelaki tersebut, risau akan keadaannya.

Kawan-kawan semua jaga, lindung Bird

Nangis sorang2 kat tempat sunyi…

Melihat video-video yang tular dikongsi, ramai sebak melihat betapa agungnya cinta Bird kepada Tangmo. Meski mendiang telah tiada, namun kasih sayangnya tetap jelas terpancar dan rasa kehilangan kuat ditunjukkan..

Upacara pengebumian Tangmo tiga hari

Bangkok: Kira-kira 1,000 orang hadir ke upacara doa pengebumian pelakon Thailand, Tangmo Nida yang akan berlangsung tiga hari sehingga esok di sebuah gereja di sini.

Upacara yang dibuat besar-besaran itu turut ditayangkan secara langsung menerusi YouTube dan Facebook gereja berkenaan.

Tempahan tempat duduk dalam rumah ibadat itu juga sudah penuh.

Gereja terbabit mampu memuatkan 3,000 tetamu, namun dikurangkan kapasitinya untuk upacara berkenaan.

Hanya 1,000 dibenarkan masuk setiap hari bagi mematuhi arahan penjarakan fizikal.

“Kita semua tahu bahawa Nida adalah anak kesayangan Tuhan. Tuhan sudah mengatur sebuah tempat buat anaknya ini di syurga,” demikian mesej pihak gereja itu dalam sebuah hantaran.





Selain keluarga, upacara itu turut dihadiri ramai kenalan artis serta penggiat industri hiburan.

Ia dianjurkan pengurus artis Supachai Sriwichit dan pelakon Patcharapa Aum Chaichua.

Dalam pada itu, ketua penyiasat kematian pelakon itu, Jirapat Phumjit berkata, mereka akan mengambil masa empat minggu untuk mencapai penyelesaian kes berkenaan.

Menurutnya, polis masih menunggu maklumat lanjut sebelum menutup kes berkenaan. Ia termasuk keputusan bedah siasat dari hospital-hospital di Siriraj dan Hospital Awam Polis, saksi-saksi dan bahan bukti lain.


Semalam, Bangkok Post melaporkan bedah siasat tidak menemui kesan gigi patah atau kecederaan kepala pada mayat Tangmo yang lemas selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, 24 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan doktor daripada Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis yang melakukan proses bedah siasat.

SUMBER:https://redaksi.com/ viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post