Tak sangka bakal terima adik walaupun umur cecah 25 tahun, Riena Diana akui sibuk beli barang bayi

Teruja apabila bakal terima adik baru diusia 20an ini. Riena Diana luah rasa teruja setelah terima seorang lagi adik pada usianya cecah 25 tahun.

Tak sangka bakal terima adik walaupun umur cecah 25 tahun, Riena Diana akui sibuk beli barang bayi



Riena atau nama sebenarnya Qamariana Diana Zulreal berkata, ibu tirinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Selasa. Namun, Riena dedah ibunya belum lagi berkesempatan melihat anaknya gara gara hidap sakit CvdI9.

ARTIKEL MENARIK:Shuk Sahar Beri Respon Isu Video Viral, Bila Video Isteri Pergi Mahkamah Syariah Tersebar


“Alhamdulillah, ibu tiri saya selamat melahirkan anak perempuan dua hari lalu. Tapi dia tak dapat lagi tengok baby sebab disahkan positif CvdI9. Jadi, bapa saya minta tolong untuk ambil baby di hospital untuk bawa pulang ke rumah. Buat masa sekarang, bapa saya jaga baby dengan pertolongan ibu mentuanya. Saya pun ada tolong juga beli barang-barang keperluan baby,” kata Riena. Riena tampil kongsikan rakaman ketika dalam perjalanan untuk mengambil adik baharunya di hospital. Memang sangat teruja, macam nak ambil anak sendiri pula. Riena juga mengakui sifat terujanya itu seolah olah digambarkan seperti ingin pergi mengambil anaknya sendiri.


“Memang sangat excited, macam nak anak sendiri pula. Bila ada adik ini, sumpah buat saya sedar yang saya kena ada anak sendiri selepas ini. Mungkin sebab sebelum ini, saya hidup berdua dengan adik lelaki yang jarak usia hanya tiga tahun. Tak pernah sangka nak ada seseorang baru dalam hidup kami. Kami ini seperti anak tunggal sebab tak reti nak ada adik-beradik lain. Kami pun berbeza jantina. Jadi, bila ada seseorang baru dalam hidup sama-sama perempuan, peliknya perasaan. Tapi seronok saya dapat luangkan masa dengan baby. My dad pun cakap yang saya ini special dah 25 tahun dapat adik lagi,” ujarnya. Riena juga ada tampil kongsikan foto bersama bapanya iaitu Zulreal yang baru saja bernikah pada Mei tahun lalu. Sumber: Mstar

Tahniah, Riena Diana dapat mak baharu. Pelakon Riena Diana, 24, menafikan dia berkahwin sebaliknya menerima ibu baharu menerusi hantaran gambar yang dimuat naik di Instagram Story, semalam. Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia tidak menjangka perkahwinan bapanya, Zulreal itu membuatkan peminat salah sangka. “Selepas saya muat naik foto itu dengan kapsyen sebegitu, saya terima banyak mesej peribadi (DM) daripada warganet yang ingat saya berkahwin. Bukan saya yang kahwin. Lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu semalam. Bukannya saya yang berkahwin tapi bapa saya,” katanya.

Ibu bapa kandung Riena sudah bercerai sejak dia berusia 14 tahun. Justeru, pelakon drama Kampung People itu sangat teruja dengan perkahwinan terbaharu bapanya semalam. Terdahulu, Riena memuat naik gambar berserta kapsyen mengucapkan syukur serta tahniah buat dirinya sehingga menerima banyak mesej ucapan tahniah. Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM berkenaan memaklumkan hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai Nik Afiq baik-baik saja namun belum terfikir menamatkan zaman bujang. “Alhamdulillah, saya dan kekasih baik-baik saja. Tapi seperti saya katakan sebelum ini, soal kahwin bukan fokus utama saya buat masa sekarang,” katanya. Riena menarik tumpuan sebelum ini selepas memberi ucapan romantis kepada Nik Afiq sempena ulang tahun kelahiran teman lelakinya itu di media sosial. Sumber: Hmetro

Itu ‘dart’ lah, bukan benjolan lain – Riena Diana. Meleraikan persoalan dan tanda tanya warganet, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana menjelaskan ‘benjolan’ yang timbul pada bahagian dadanya hanyalah bentuk jahitan busana yang digayakan. Riena berkata, dia mendapat banyak kiriman Direct Message atau DM dalam Instagram yang menegurnya kerana tampil berpakaian tidak senonoh pada sebuah majlis anugerah berprestij baru-baru ini. “Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak senonoh, tetapi sebenarnya itu adalah bentuk dart (jahitan) busana dipakai saya. Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi,” katanya.




Tambah Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, pada mulanya dia hanya menutup sebelah mata mengenai isu berkenaan namun menjadi besar sehingga membuatkan beberapa pihak bertelagah menerusi ruangan komen dalam media sosialnya. “Dua hari sebelum itu lagi saya ada membuat fitting (ukuran), jadi mana mungkin saya memakai baju yang seksi dan tidak senonoh begitu. Saya akan mengambil langkah berhati-hati pada masa depan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi,” katanya lagi. Terdahulu, pelakon yang mencipta nama menerusi watak Lailer dalam drama Kampung People itu menggayakan busana jenama Official Yuleza pada majlis Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) Sabtu lalu. Sumber: K! ONLINE

Tanah air sendiri pun kita boleh berjaya, tetapi… – Riena Diana. Lain pula pendapat pelakon dan penyampai radio, Riena Diana ini yang bersetuju apabila artis tempatan yang memahat nama di negara jiran boleh dianggap berjaya. Bagaimanapun, pelakon drama Kampung People itu bukanlah menidakkan di Malaysia sendiri tidak boleh digelar berjaya. Namun peluang untuk mengorak langkah lebih jauh di Indonesia lebih besar kerana ramai yang dapat melihat bakat seseorang artis tersebut.

“Saya setuju kerana saya juga mempunyai target untuk berlakon di sana kerana lagi ramai yang dapat melihat bakat kita. Jika hendak berkata mengenai ukuran berjaya itu semestinya di tanah air sendiri pun kita boleh berjaya juga. Ramai sahaja artis yang sudah berjaya di Malaysia ini. Tetapi, jika nak pergi ke satu peringkat lain, bagi pendapat saya sebaiknya cuba dahulu menempa nama di Indonesia bahkan di Singapura juga bagus sebenarnya,” katanya. Mengulas lanjut, Riena turut menyatakan artis yang sudah lama dalam industri tanah air tetapi masih tidak berpeluang menembusi pasaran Indonesia baginya bukan tidak berjaya. Malah, dia menyifatkan mereka sudah pun mencapai era kejayaan kerana membuktikan kekal relevan walau sudah lama kerana mengakui agak susah untuk mencipta nama bahkan dikenali dalam negara sendiri. “Bagi saya, bukanlah jika seseorang artis itu sudah ada dalam industri ini lama tetapi masih tidak memahat nama ke negara seberang dianggap tidak berjaya. Namun, mereka sendiri dah berjaya dalam industri kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk kita dikenali. Dalam Malaysia sendiri pun sukar, saya hendak pergi ke ‘next step’ pun masih rasa sukar lagi,” tuturnya panjang.

Riena bagaikan ‘semut’ dalam kelompok pelakon drama. Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana menganggap dirinya belum layak dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi walaupun watak Laila menerusi drama Kampung People dan Kampung People 2 menjadi sebutan ramai. Berbeza pengalaman dan pencapaian calon lain dalam kategori itu, Riena, 24, menyifatkannya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan pelakon lain. “Saya umpama ‘semut’ berbanding calon lain yang tersenarai dalam kategori ini. Mana tidaknya, kebanyakan nama besar bertanding dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi. Malah, saya rasa masih belum cukup layak untuk berada dalam kategori itu, apatah lagi, menang. Dengan secebis pengalaman yang ada, mungkin kategori Artis Baharu Wanita Popular sahaja yang sesuai,” katanya sambil tertawa.

Tahun lalu, nama Riena pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, namun nasib tidak menyebelahinya. Tetap terharu dengan kesungguhan peminat mengundinya, Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia tidak kisah berkempen dalam media sosial, walaupun menyedari peluang menang sangat tipis. “Saya mempunyai kelab peminat, Riena Diamond dan merekalah menjadi tulang belang gigih mengundi. Melihat kesungguhan mereka, rasanya tidak adil jika saya tidak memberi sokongan. Lagipun, drama Kampung People sudah lama ditayangkan, saya juga tidak mempunyai produk drama terbaharu. Saya juga bimbang jika orang lupa. Disebabkan itu, saya kena kerap memuat naik hantaran dalam media sosial supaya tidak dilupakan,” kata pelakon yang dicungkil bakalnya menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Sumber: BHarian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Kredit -viaEra Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post