Tidak Perlu Lagi Pelitup Muka Dan Penjarakan Sosial, Arab Saudi Tamatkan Sekatan Covid-19

Arab Saudi dilaporkan telah menamatkan semua sekatan COVID-19 di negara itu termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di luar rumah, berkuat kuasa Sabtu lalu.

Tidak Perlu Lagi Pelitup Muka Dan Penjarakan Sosial, Arab Saudi Tamatkan Sekatan Covid-19



Memetik laporan Saudi Gazette, penjarakan sosial di dua masjid suci dan semua masjid dalam kerajaan negara itu turut ditamatkan. Walau bagaimanapun, jemaah masih perlu memakai pelitup muka.

ARTIKEL MENARIK:Ramai marah! ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 suspek selepas terima wang. Jumlahnya buat dia susah nak tolak


Keputusan baharu itu telah diumumkan oleh sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, negara tersebut juga tidak lagi mewajibkan pelancong menjalani kuarantin wajib COVID-19 sebaik tiba di sana dan penumpang juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR semasa ketibaan mereka.

Pun begitu, semua ketibaan di negara itu yang menggunakan semua jenis visa lawatan perlu mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan jangkitan COVID-19.

Difahamkan, kerajaan itu juga telah menarik balik penggantungan penerbangan terus dan ketibaan dari negara Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho, Eswatini, Mozambique, Malawi, Mauritius, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Republik Bersatu Comoros, Nigeria, Ethiopia dan Afghanistan.



Menurut laporan, Kementerian Dalam Negeri juga turut menekankan kepentingan untuk terus melengkapkan perlaksanaan pelan kebangsaan untuk imunisasi termasuk mengambil dos penggalak dan menggunakan prosedur untuk mengesahkan status kesihatan dalam aplikasi “Tawakkalna” untuk menyertai sebarang acara, aktiviti, kemudahan, pesawat dan pengangkutan awam.

Sumber itu menjelaskan bahawa langkah-langkah yang diambil di atas adalah tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa di negara itu, mengikut perkembangan dalam situasi epidemiologi.

Sumber : SK  viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post