Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar



Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Pensyarah Hi.na Pelajar Kerana B40, Ramai Netizen Tidak Puas Hati. Akhirnya Ini Respond Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad


“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yang memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya.

MPP UiTM minta siasatan dan tindakan kepada pensyarah

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti itu yang disifatkan menghina pelajar.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

Menurutnya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

Katanya, kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah berkenaan sudah merosakkan imej universiti keramat ini.

“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.

Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Pensyarah Yang Tular Bercakap Mengenai B40 Bukan Calang2 Rupanya, Ini Biodata Pensyarah Tersebut


Dr Roshana Takim Ialah Profesor Madya Di Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Fspu), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam



Dia telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan di Bahagian Pengurusan UiTM, menguruskan keseluruhan pembangunan fizikal UiTM selama 15 tahun.

Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Lepasan Ijazah di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ShahAlam, Selangor dan telah berkhidmat di Fakulti sejak 1997.

Beliau berkelulusan dari Universiti Heriot-Watt, United Kingdom pada tahun 1987 dengan BSc. (Hons.)Bangunan. Pada tahun 1996, beliau menerima MSc. Pengurusan Projek Pembinaan diLoughborough University, UK dan PhD beliau di Glasgow Caledonian University, UK pada tahun 2005.

Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong dan Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu dan anti-rasuah.

Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yang luas dan pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja dan pengurusan bagi organisasi kerajaan dan separa kerajaan di Malaysia.


Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM – Menteri


Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.

Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM,” katanya.


Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu.

Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.

Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar itu.

Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.

Sumber Uitm/Astro Awani viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post