HAMPIR tiga bulan melahirnya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Menyedari kerap menerima pertanyaan yang sama, isteri kepada Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz ini memberitahu dia mungkin akan berkongsi keletah anaknya jika bayi itu sudah kuat dan sesuai untuk ditunjuk kepada umum.
ARTIKEL MENARIK:“Tangmo…Tangmo Apa? Lantak Dia Dah M4ti!” – Ramai Melenting Bila Ustaz Kazim Elias Tegur Org Kita Suka ‘Lebih-Lebih’
Neelofa juga berkata, dia berhati-hati dalam berkongsi tentang anaknya bagi mengelakkan penyakit ain.
Neelofa jawab pertanyaan netizen mengenai wajah Bilal.
“Untuk yang bertanya fasal Bilal, tak berhenti tanya saya fasal Bilal saja… ramai yang menasihati saya benda yang sama.
“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain, atau pun nanti bagi dia besar dahulu, kuat dahulu. Bagi masa dan ruang,” kata Neelofa.
Selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di laman Instagram pada malam, Rabu.
Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan.
Sesi IG Live tersebut juga turut disertai rakan baiknya yang juga pelakon Izara Aishah bagi mempromosikan koleksi tudung raya.
Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasinya.
“Terima kasih kepada yang memahami,” ujarnya secara ringkas.
Neelofa bersama suaminya, Harris Ismail.
Menerusi temu bual mStar bersama ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini berkata dia menghormati keputusan Neelofa yang masih belum bersedia berkongsi gambar Bilal kepada umum.
Malah katanya, keluarga terdekat juga masih belum melihat wajah cucunya itu.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Harris Ismail pada 27 Mac tahun lalu.
Pasangan selebriti terkenal itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Neelofa ingat rutin berpantang macam pergi spa boleh mengurut dan bersauna… Baru sedar kena berkurung dalam rumah
IBU kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyerahkan kepada Neelofa untuk berkongsi gambar cucunya, Muhammad Bilal kepada umum.
Ujar Kartini, sehingga kini dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihan Neelofa.
“Saya pun tak tanya bila dia nak kongsikan, sebenarnya keluarga terdekat pun tak dapat lagi gambar Bilal.
“Family kat Kelantan pun tak tahu. Saya sendiri pun tak ada la ambil gambar Bilal untuk share.
“Saya respect dia,” katanya kepada mStar.
Selain itu Kartini juga berkongsi keadaan terkini Neelofa yang masih dalam fasa berpantang.
“Haritu dia berpantang kat hospital seminggu, lepastu berpantang di rumah saya sekejap… kemudian dia berpantang kat rumah dia sendiri.
“Dia rasa lebih selesa sebab barang baby ni banyak. Saya akan luangkan masa dengan dia dalam empat ke lima jam sehari.
“Sebagai ibu saya bagitahu la perkara-perkara lain semasa berpantang,” ujarnya.
Sumber Mstar
viaApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
إرسال تعليق