Viral Babak Panas Lakonan Zul Ariffin, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama

Hiburan tidak dilarang dalam Islam namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi membabitkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan ternyata mengundang maksiat.

Viral Babak Panas Lakonan Zul Ariffin, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama



Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad susulan tular pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul ‘Perempuan Itu’ di Instagram hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Masih Dalam Hukvman, Sekali Kecoh Nia Ramadhani Dikhabarkan Bakal Bercer4i


Idris berkata, apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan pada bulan yang sepatutnya ditunggu oleh manusia yang beriman bagi mengejar takwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang dikira melampaui batas, maka ia perlu ditegur.

“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah,” katanya pada kenyataan di Facebooknya.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.





Harian Metro hari ini melaporkan, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya.

Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.

Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video yang dimuat naik pelakon berusia 35 tahun itu selain tidak kurang juga yang menganggap babak yang dilakonkan agak keterlaluan.

Sumber : HM viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post