Aisar Khaled kali ni teruk dikritik oleh warganet lepas muat naik content tayang duit, sekali komen Wak Doyok paling win

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kontroversi itu. Apa saja konten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai.

Aisar Khaled kali ni teruk dikritik oleh warganet lepas muat naik content tayang duit, sekali komen Wak Doyok paling win



Baru-baru ini, Aisar ada memuat naik content terbaru di akaun Tiktok miliknya memaparkan kehidupan sebagai orang bujang. Bagaimanapun, Aisar sekali lagi dikritik oleh wargaet yang kurang senang dengan konten tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh video Shuk Sakan dating bersama 'kekasih', Sera berlapang dada bawa diri balik Sabah


Mana tidaknya, menerusi video itu Aisar seolah sedang mengeluh ketika membuat peti sejuk di rumahnya dan ada sebiji telur. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila peti sejuknya itu dipenuhi dengan bungkusan duit RM1. Bukan itu saja, dia kemudian mahu mengambil kasut dan membancuh teh, namun memaparkan banyak longgokan duit.

Perkongsian Aisar itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengkritik tindakan pemuda itu seolah menunjuk-nunjuk. Video itu turut dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan menulis kapsyen menyindir Aisar bahawa pemuda itu akan membuat permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dalam pada itu, ada segelintir warganet tidak faham apa sebenarnya motif di sebalik video itu. Malah, ada yang menegur tindakannya itu boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika ada individu yang berniat jahat. Dalam pada itu, Wak Doyoh ada tinggalkan satu komen seolah menyindir “Kena kritik mintak maaf, tunjuk solat. Pastu buat lagi mintak maaf tunjuk solat. Begitulah seterus nya sampai abg jamil mmps..” tulis Wak Doyoh. Apa kata anda, Kongsikan bersama kami.





Aisar Khaled mohon maaf terlajak perbuatan. Pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas tindakannya menjadikan pemergian Siti Sarah sebagai kandungan dalam video YouTube. Permohonan maaf itu susulan warganet mempertikai serta mengkritik kerana tidak memikirkan sensitiviti serta kesedihan yang ditanggung keluarga arwah. Dia juga akhirnya memadam video terbabit. Dalam kenyataannya, dia mengakui sangat menyesali tindakan itu kerana tidak berfikir panjang mengenainya.

“Saya sudah pun padam video terbabit. Saya minta maaf sangat-sangat atas tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video terbabit. “Oleh hal demikian, saya tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Minta maaf lagi sekali, sedar kesilapan saya,” katanya. Menerusi videonya itu, Aisar dilihat turun dari kereta dinaikinya dan meluru ke arah pagar pusara tempat Siti Sarah diuruskan . Namun, dia kemudian berpatah balik berjalan ke kereta semula. Penularan video terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. Rata-rata warganet menyifatkan tindakannya itu sangat biadap serta menangguk di air keruh. Video berkenaan juga meraih jumlah tontonan lebih 90,000 selepas empat jam dimuat naik. Ia juga mendapat lebih 10,000 tanda suka.


Kredit -erakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم