Bangga Dpt Bela Si Pendera?” Netizen Sepakat ‘B4ntai’ Senarai Peguam Bela Siti Bainun.

Setiap perkembangan kes remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sentiasa diikuti netizen di media sosial.

Bangga Dpt Bela Si Pendera?” Netizen Sepakat ‘B4ntai’ Senarai Peguam Bela Siti Bainun.



Perbicaraan kes yang berlangsung ketika ini memperlihatkan pelbagai berita dilaporkan antara Siti Bainun dan remaja berusia 13 tahun itu demi menuntut keadilan sewajarnya.

ARTIKEL MENARIK:10 Peguam Lawan Seorang Kanak2, Ini Reaksi YM Che Puan Khaleeda. Boleh Buat Semua Peguam Siti Bainun Mula Goyang


Tidak terkecuali bagi salah seorang peguam mewakili Siti Bainun iaitu Hafidzah Hassan yang berkongsi ‘cross examination’ (transkrip soal balas) ke atas saksi pendakwaan kelima menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Sebahagian cross examination oleh peguam siti bainun kepada Saksi pendakwaan kelima.

THREAD pic.twitter.com/BZyxAEEuGn

— HafidzahHassan (@hafidzahhassan1) April 14, 2022

Bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping foto dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.

Meninjau ke ruangan komen, ciapan diulang kicau lebih 8,000 kali itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut ‘membela’ kes Siti Bainun.

Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan dialami Bella akibat didera.

Nak tahu identiti 9 peguam lain


Boleh posing buat ‘peace’, padahal Bella bernanah…


Bangga dapat bela si pendera?


Betul la kata Fynn Jamal, susah kes ni nak menang


Motif buat ciapan ni? Bella dah cukup azab


Tak belajar etika perundangan, kurang sensitiviti?

Bahana peguam muslim yang tidak pernah belajar tentang Adabūl Qadha’ (Etika Perundangan) menurut perspektif Shariah, kurang nya sensitiviti terhadap konsep ;

1. من مشى مع خصمه وهو له ظالم فهو آثم حتى يرجع إلى الحق.

2. أنّ حكم الحاكم لا يحلّ له الحرام.#keadilanbuatadikbella https://t.co/AUbJ3T5rjO

— عِزّ الأزهري (Izz) (@izzalazhary) April 14, 2022

Berfoto dengan pendera, buat simbol mini ‘love and peace’

Saya faham tugas peguam. Wakili klien, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love & peace, tak tau nak cakap apa. https://t.co/P061zwKJhX pic.twitter.com/gFUVhQBqOp

— KNB 🏴 (@nizambakeri) April 14, 2022

10 peguam lawan seorang kanak-kanak

OKT miliki 10 orang peguam, melawan seorang kanak-kanak OKU. Saksi pula anak remaja yang tak pernah jejakkan kaki ke mahkamah.

Kredit fynn jamal. #Justiceforbella pic.twitter.com/0Dkcwd0fdt

— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 14, 2022

Apapun sama ada bersalah atau tidak, peguam hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan membantu mahkamah bagi membuat keputusan yang adil.

Sumber: Twitter @hafidzahhassan1

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella – “Pelik dan agak mustahil di dunia ini.”


Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Ternyata setiap kali kes itu dibicarakan, pasti kita akan terkejut mengenai fakta yang keluar dari mulut saksi yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda.




Antara bukti terkini adalah saksi mengatakan Bella telah diberi makan 20 biji cili padi selama seminggu oleh tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali.


Banyak benda tak masuk akal, Fynn Jamal turun padang

Melihat kepada perkembangan kes yang  banyak tak masuk akal, penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.

Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin meluahkan pandangan bahawa perbicaraan kes tersebut sangatlah pelik jika hendak dibandingkan dengan siri jenayah yang jauh lebih teruk daripadanya sebelum ini.


Macam mana orang takda pekerjaan tetap boleh bayar hampir 10 orang peguam?

Selain itu, wanita berusia 40 tahun itu akui pelik apabila mengetahui tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap tapi masih boleh membayar khidmat peguam seramai hampir 10 orang itu.

Mengikut logik fikiran, adalah amat mustahil sekiranya Siti Bainun bergantung harap pada duit sumbangan semata-mata bagi membayar peguam atau mereka melakukan pembelaan secara pronona yakni percuma.“Apakah amalam-amalan defenden sehingga dibela begini sekali dan bukan untuk Bella?”katanya.


Justice For Bella ni macam mustahil di dunia

Pelatun lagu Arjuna Beta itu memberikan pandangan peribadi kepada pengikut kes tersebut dengan mengatakan pembelaan untuk adik Bella amatlah mustahil untuk ditegakkan.

Hal ini berdasarkan pemerhatiannya, di mana peguam Siti Bainun seolah-olah mahu bukti segala kenyataan saksi pendakwaan kelima iaitu Yasmin Nahar Mahmood tidak layak dipercayai.

Bukan itu sahaja, malah lebih banyak lagi cuba dipertikaikan oleh wakil peguam tersebut seperti meminta saksi yang hanya bersekolah setakat Tingkatan 2 mencari perkataan tersembunyi dalam laporan kesihatan yang sememangnya ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

 

Sebaik sahaja membaca ulasan daripada penyanyi ini, makin bertambah tipis hasrat untuk melihat nasib adik Bella dibela dengan adil kerana ia seperti mempunyai ‘kabel’ kuat.

Sumber: Instagram @fynnjamal

Ohmymedia. viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post